omniture

Habanos S.A. Lancar Julung Kalinya Romeo y Julieta Tacos 2018 Edisi Terhad di Sepanyol dan Seluruh Dunia

HABANOS SA
2018-09-07 03:11 1293

HAVANA, Cuba, 7 September 2018 /PRNewswire/ --

  • Club Pasión Habanos membawakan Edisi Terhad ini di ibu kota Sepanyol pada 8 September
  • Romeo y Julieta Tacos 2018 Edisi Terhad, yang mana proses penghasilan dan pembangunannya dibuat dengan sangat teliti, akan diperkenalkan dalam pasaran Sepanyol mulai 10 September

Tabacalera, pengedar rasmi Habanos, S.A. di Sepanyol, melancarkan pratonton dunia bagi Romeo y Julieta Tacos 2018 Edisi Terhad, vitola yang telah dipulih guna dari tahun 1970-an (Tacos Imperiales, 49 tolok gelang x 168 mm panjang) dan dilancarkan dalam kotak 25-unit.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8395151-habanos-launches-romeo-y-julieta-tacos/

Penampilan Romeo y Julieta Tacos 2018 Edisi Terhad akan diadakan pada 8 September di Madrid dalam sebuah upacara yang diilhamkan oleh jenama Habanos legenda ini dan dianjurkan oleh Club Pasión Habanos di bawah slogam "Passion unites us" ("Minat menyatukan kami"). Ahli-ahli akan mendapat keistimewaan untuk merasai Habanos ini dan menikmati Romeo y Julieta Habanos lain, serta seleksi produk gourmet daripada beberapa jenama Premium, muzik dan makan malam koktel yang direka dengan teliti, berserta kejutan lain yang tidak dijangkakan.

Semua Habanos daripada Edisi Terhad ini telah dihasilkan "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang - dan daun-daun tembakaunya dipilih khas dari kawasan Vuelta Abajo* di Pinar del Río*, Cuba*, kawasan penanaman tembakau terbaik di dunia. Proses-proses pengeluaran dan pembangunan produk ini yang terhad dan teliti dijalankan oleh pakar torcedores Cuba – penggulung cerut – yang bekerja keras bagi memenuhi kehendak peminat-peminat Habanos yang paling mendesak.

Habanos Edisi Terhad amat dihargai dan dinantikan oleh peminat-peminat saban tahun. Ciri utamanya adalah vitola yang tidak disertakan dalam portfolio tetap jenama tersebut. Ia dikenali kerana daun-daun tembakau yang dipilih khas - pembungkus, pengisi dan pengikat - dimatangkan tidak kurang daripada dua tahun lamanya.

Nama "Habanos" telah digunakan sejak lewat abad kesembilan belas bagi mengenal pasti cerut yang terbaik di dunia, meskipun tembakau Cuba sudahpun dianggap sebagai yang terbaik di dunia sejak abad kelapan belas lagi. Habanos ialah Apelasi Asal Terpelihara (P.A.O.) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, diperuntukkan bagi mengenal pasti cerut seberat lebih 3 gram, ditetapkan secara tradisi di bawah denominasi yang dinyatakan, dihasilkan Totalmente a Mano - Buatan Tangan Sepenuhnya - di Cuba mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan oleh industri tembakau Cuba, di bawah seliaan Majlis Pengawalseliaan P.A.O. Habanos.

Romeo y Julieta dicipta sebagai jenama Habanos pada tahun 1875, yang mana ia berasal daripada pementasan tragis William Shakespeare. Hari ini, Romeo y Julieta menikmati prestij yang hebat dan menawarkan rangkaian vitola yang paling luas dalam jenama Habanos, kesemuanya dihasilkan  "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang. Sejak diperkenalkan pada tahun 1875, Romeo y Julieta menjadi salah satu cerut Habanos yang terkenal, dihargai khususnya oleh mereka yang menghayati campuran harmoni dengan aroma yang sangat baik.

*Apelasi Asal Terpelihara

Sumber-sumber grafik: https://eshare.yr.com/fl/Aft1nWgun1

Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69, press.habanos@yr.com

generated by system

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8395151-habanos-launches-romeo-y-julieta-tacos/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco New products/services