omniture

Honor Play Dinamakan "Terbaik IFA 2018" oleh Media Ternama Global

Honor
2018-09-07 03:43 1944

Peranti permainan mudah alih pertama Honor dipuji untuk prestasi "Luar Biasa Pantas" oleh media teknologi pengguna terkemuka dunia

BERLIN, 7 September 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang baharu, penetap trend dan inovatif, memenangi beberapa anugerah di IFA 2018 untuk Honor Play yang "Luar Biasa Pantas, Luar Biasa Pintar". Peranti permainan mudah alih unggulan pertama seumpamanya daripada Honor dipuji untuk GPU Turbonya dan ciri-ciri pintar, termasuk getaran dikuasakan AI dan skrin takuk 6.3-inci untuk pengalaman permainan yang luar biasa.

Honor Play Dinamakan "Terbaik IFA 2018" oleh Media Ternama Global
Honor Play Dinamakan "Terbaik IFA 2018" oleh Media Ternama Global

Di IFA 2018, Honor Play meraih sembilan anugerah daripada media industri ternama, menerima anugerah "Terbaik IFA 2018" daripada Android Headlines, Digital Trends, Pocket-lint, T3, dan Ubergizmo, Gear Diary, Geek Spin, Talk Android serta Technobuffalo. Android Headlines memuji prestasi unggul Honor Play dan tahap kebolehmilikan yang menarik, manakala Digital Trends mengiktiraf kualiti grafiknya serta kamera AI yang amat pintar. Pocket-lint memuji Honor Play untuk prestasi grafik yang diberikan oleh GPU Turbo dan kebolehmilikan luar biasanya. T3 pula memuji kelajuan prestasinya, skrin FHD+ 6.3-inci dan perkakasan serta perisian bertumpu pemain. Peranti permainan mudah alih ini turut dipuji oleh Ubergizmo untuk Pemproses Kirin 970 dengan GPU Turbo yang dikatakan menawarkan prestasi luar biasa pada kadar harga yang kompetitif. Gear Diary mengesyorkan pemain untuk membeli Edisi Pemain Honor Play disebabkan oleh reka bentuk luar biasanya, manakala Geek Spin memuji Honor Play untuk prestasi luar biasanya, ciri-ciri serba boleh dan kebolehmilikannya. Talk Android dan Technobuffalo turut mengiktiraf prestasi unggul Honor Play dan menyampaikan anugerah "Terbaik IFA 2018" kepada Honor Play.

Di samping anugerah IFA, Honor Play turut memperoleh lebih enam cadangan editorial daripada media industri ternama, menerima "Produk Saranan Trend Digital", "Saranan Ulasan Pakar", "Pilihan Editor" Pocket-lint, "Telefon Permainan Mudah Alih Terbaik" T3 dan "Saranan Penasihat Teknologi" dan "Saranan Ulasan Dipercayai".

Pelancaran Honor Play menawarkan golongan muda dengan prestasi permainan yang belum pernah disediakan sebelum ini dan pengalaman hiburan "Sentiasa Hidup" sepanjang masa. Pelancaran global di IFA 2018 memperkenalkan dua teknologi telefon pintar utama industri kepada pemain dan pengguna biasa: GPU Turbo Honor yang meningkatkan pemprosesan grafik serta kecekapan pengkomputeran dan teknologi kamera AI canggih dengan ketara.

"Kami berbangga dengan sokongan padu daripada rakan media dan seluruh pasaran. Honor Play menawarkan golongan muda dengan apa yang mereka benar-benar inginkan daripada telefon pintar, permainan tanpa henti yang imersif dan pengalaman hiburan. Pengiktirafan ini mengesahkan bahawa Honor Play ialah detik 'Mulakan Permainan' yang dinanti-nantikan oleh industri," kata George Zhao, Presiden Honor.

Dilancarkan di Berlin pada Ogos ini, Honor Play ialah peranti pertengahan yang berprestasi hebat yang direka dengan GPU Turbo, teknologi pemprosesan grafik rintis yang memenuhi kehendak pemain muda untuk keupayaan pemprosesan grafik "sepantas kilat" dan penggunaan kuasa. Honor Play juga mempunyai paparan FullView 6.3 inci yang luas dengan nisbah skrin-kepada-badan 89% yang luar biasa dan bateri 3,750mAh amat besar yang menyokong sekurang-kurangnya 4.5 jam permainan. Honor Play akan disediakan pada harga €329 untuk dibeli di HiHonor.com dalam pasaran global termasuk Eropah Barat (UK, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol), CEE & Nordik, Timur Tengah, Rusia, India dan Asia Pasifik.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Latar Belakang IFA Berlin

IFA ialah pameran perdagangan yang terkemuka di dunia untuk barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah. Ia berlangsung di Tapak Pameran Berlin (ExpoCenter City) mulai 31 Ogos hingga 5 September 2018. Di samping acara berkenaan, IFA Global Markets berlangsung mulai 2 hingga 5 September di Station Berlin, menghimpunkan pembeli dan OEM / ODM di pameran penyumberan terbesar Eropah untuk sektor barangan elektronik.

www.ifa-berlin.com

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Miranda Xie
+852-2963-6768

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228836-1

 

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Wireless Communications Awards