omniture

Pengalaman VR Hiper-Realiti Star Wars(TM) yang Pertama di Asia Bakal Tiba di Resorts World Genting

Dihasilkan oleh ILMxLAB dan The VOID, masuk ke dalam dunia Star Wars dengan pengalaman unik lain daripada yang lain
Resorts World Genting
2018-09-07 08:00 2964

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 7 September 2018 /PRNewswire/ -- Dari galaksi yang jauh, datang satu pengalaman luar biasa yang pertama seumpamanya di Asia, anda bersama rakan-rakan boleh menerokai antara dunia nyata dan realiti.

Star Wars: Secrets of the Empire -- The VOID
Star Wars: Secrets of the Empire -- The VOID

Resorts World Genting dan The VOID hari ini secara rasmi mengumumkan akan membawa pengalaman hiper-maya pertama membabitkan filem francais terkenal Star WarsTM: Secrets of the Empire pada penghujung tahun ini yang dihasilkan dengan kerjasama dengan ILMxLAB.

Ini menjadi kolobrasi pertama The Void di luar Amerika Syarikat dan UK menjadikan pegalaman di Resorts World Genting (RWG) ini yang pertama di Asia. Terletak pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, pengalaman Realiti Maya (VR) itu menjadi salah satu tarikan terbaharu di RWG yang mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 25 juta pada tahun lepas. Tarikan ini akan duduk sebaris dengan tarikan lain termasuk restoran, premis peruncitan dan hiburan serta taman tema  tertutup dan terbuka yang akan dibuka tidak lama lagi.

Star Wars: Secrets of the Empire akan membawa para pengunjung merasai pengalaman menakjubkan membolehkan mereka menerokai dengan bebas tanpa gangguan secara interaktif di dalam dunia Star Wars. Gabungan realiti dan imiginasi itu menjanjikan pengalaman sebenar di mana pengunjung boleh merasai sendiri kesan ditembak "blaster bolts", bau asap di sekeliling persekitaran dan menekan butang bagi menyelesaikan teka-teki untuk melepaskan diri daripada musuh secara langsung melalui alat khas yang menghubungkan dunia nyata dan maya.

Di bawah kumpulan pemberontak, sepasukan empat orang mengembara ke planet Mustafar dan menyelinap masuk ke Pangkalan Imperial. Semasa melaksanakan misi, anda akan bertemu watak-watak utama dalam filem Star Wars ketika cuba menghindari bahaya di sepanjang perjalanan.

Craig Watson, Pengerusi The VOID berkata: "Pengalaman hiper-realiti The VOID, hingga sekarang ini membawa orang ramai ke dalam dunia yang hanya wujud di dalam imiginasi mereka. The VOID menjadi peneraju segmennya dan kini selangkah ke hadapan dengan menjadikan perkara mustahil bertukar nyata dan membolehkan para pengunjung melangkah ke satu dunia realiti yang baharu. Dalam Star WarsSecrets of the Empire anda boleh dengar, rasa, sentuh malah bau supaya lebih dekat dengan jalan penceritaan, karakter dan tempat."

Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Taman Tema di Resorts World Genting berkata: " Kami berbangga berkerjasama dengan The VOID bagi menyediakan teknologi bertaraf dunia kepada para pengunjung dengan pengalaman menarik yang bakal menjadi pertama seumpamanya di Asia."

Vicki Dobbs Beck, Eksekutif ILMxLAB berkata: "Di ILMxLAB, matlamat kami adalah untuk orang ramai 'Masuk Ke Dalam Penceritaan Kami' dan kini peminat di Malaysia dan Asia akan berpeluang untuk mengalami pengalaman penggembaraan dan keseronokan Star Wars: Secrets of the Empire."

 

Klik pautan ini untuk mengakseskan kit akhbar: https://drive.google.com/open?id=1xMWWaw6qcEr3AQC9Gczaqj9aRKxhZk-K

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180905/2228708-1
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20180906ResortsWorldGenting-b.mp4  

Source: Resorts World Genting
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Joint ventures New products/services