NEW YORK, 13 September 2018 /PRNewswire/ --
Richmond Global Compass Capital, LP, dana berbilang aset global bertumpu kemampanan yang pertama seumpamanya menggunakan pembelajaran mesin bagi mendapatkan metrik bahan daripada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, kini secara rasminya dibuka kepada pelaburan luar. Rakan-rakan kongsi umum Compass telah melabur sebanyak lebih $20 juta sebagai sebahagian daripada modal peringkat awal dana dan berusaha untuk mengumpul $500 juta.
Diasaskan pada Jun 2016, firma ini diketuai oleh Peter Kellner dan sepasukan pakar dalam aspek kemampanan antarabangsa, pelaburan makro global, sains data dan pengurusan risiko dengan rekod prestasi terbukti di firma-firma seperti 3G Capital, Verde Fund, Richmond Global Ventures, Endeavor dan Goldman Sachs. Penasihat-penasihat firma ialah: Profesor Dan Esty, Yale Law School; Dr. Erik Allen, MIT & Rho A.I.; Bill Drayton, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Ashoka; dan Profesor George Serafeim, Harvard Business School.
"Sebagai sebuah masyarakat, kami mewujudkan dunia yang mana impak lebih positif menandakan ekonomi yang lebih baik," kata George Serafeim, Profesor Harvard Business School dan Penasihat RGC.
"Memahami kemampanan sebagai trend mega kritikal telah menjadi kepentingan korporat dan negara, manakala pelabur-pelabur pula semakin ingin mengetahui syarikat-syarikat dan negara-negara yang mana yang menerajui perubahan untuk membawakan faktor-faktor (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) ESG dalam strategi-strategi perniagaan dan kedaulatan mereka," Profesor Yale dan Penasihat RGC Dan Esty membuat pemerhatian.
"Pada dekad lalu, pelaburan mampan amat membuahkan hasil. Sepanjang 30 tahun akan datang, sebanyak $30 trilion akan diwariskan daripada generasi pasca peperangan kepada Generasi X kepada Golongan Milenia dengan 84% daripada Golongan Milenia berminat dalam Pelaburan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Malangnya, peluang-peluang pelaburan sedia ada tidak disesuaikan kepada permintaan dan produk-produk ESG sedia ada tidak dapat menjana pendapatan secukupnya. Compass mengkhusus kepada impak positif pelaburan ESG terhadap prestasi dan kebolehuntungan," kata Pengasas Peter Kellner.
Meskipun kebanyakan strategi ESG sedia ada merupakan dana ekuiti persendirian dan bertumpu aset tunggal atau pegangan lama sahaja, Compass berusaha mencapai objektif pelaburannya dengan menilai peluang-peluang pelaburan dan perdagangan merentasi kelas-kelas aset global seperti ekuiti, kredit, mata wang, kadar dan komoditi serta memperuntukkan modal terhadap strategi-strategi yang dipercayai dapat menawarkan pulangan terlaras risiko yang paling menarik. Kecerdasan buatan mengenal pasti set data ESG bahan untuk menggabungkannya ke dalam analisis asas berkaitan kelas aset korporat dan berdaulat yang ditentukan.
Saham Pengasas Dana Compass mengakhiri tahun dagangan pertamanya pada Mei 2018, memulangkan nilai bersih sebanyak 12.95% berbanding penanda aras Indeks HFRX HF iaitu 2.88%. Tahun fiskal keduanya setakat ini memulangkan 2.78% berbanding 0.11% untuk Indeks HFRX HF. Ia turut mengatasi tempoh kenaikan harga ekuiti paling lama dalam sejarah, selain bon. Kini, ia dibuka secara rasmi kepada pelaburan luar sebagai Dana ESG berbilang aset global yang bertujuan untuk memberi tahap pulangan baharu dan faedah berterusan.
Sebagai bukti selanjutnya minat Compass terhadap kemampanan, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Peter Kellner baru-baru ini menerbitkan kertas kerja berhubung peranan penting kapitalisme dalam menangani perubahan iklim yang menekankan akibat buruk dari segi sosial, alam sekitar dan ekonomi apabila tidak bertindak selain ganjaran yang banyak sekiranya pelabur-pelabur hebat yang mempunyai aset bertrilion-trilion di belakang mereka dapat menerajui usaha pembetulan laluan kapitalistik. Ketua Pegawai Pelaburan Decio Nascimento berada dalam kohort pertama Kelayakan Asas-asas Perakaunan Mampan (FSA) Lembaga Piawaian Perakaunan Mampan dan semua ahli daripada Pasukan Pelaburan firma ini mendapat Kelayakan FSA. Sebagai penandatangan bagi Prinsip-prinsip untuk Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN PRI), Compass komited terhadap pelaburan bertanggungjawab dengan matlamat untuk meningkatkan pulangan, mengurus risiko dan seterusnya memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat secara keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut, layari https://rgcompass.com atau hubungi +1-212-350-0222.
Perhubungan Media:
Charlotte Luer
+1-239-404-6785
cluer@ljhfm.com