omniture

Pemaju hartanah runcit terkemuka Thailand lancar 'Central Phuket', Destinasi Beli Belah Gaya Hidup Pantai 'Mewah & Libur' pertama di Asia

Central Pattana Public Company Limited (CPN)
2018-09-13 08:00 563

BANGKOK, 13 September 2018 /PRNewswire/ -- Central Pattana Plc (CPN), pemaju hartanah runcit yang terbesar di Thailand baru-baru ini meraikan Pembukaan Besar-besaran Central Phuket, pusat beli belah ulung yang mewah dan bertaraf dunia. Menubuhkan 'CBD' baharu di tengah-tengah Phuket, pulau indah yang terbesar di Thailand. Central Phuket dibangunkan dengan jumlah pelaburan sebanyak US$606 juta yang terdiri daripada pusat beli belah dan tarikan pelancong bertaraf dunia, yang menyasarkan untuk menjadi 'Destinasi yang Wajib Dikunjungi Dunia di Thailand'. Ini akan memenuhi pengalaman membeli belah dan gaya hidup bagi mewujudkan Phuket sebagai salah satu 'Destinasi Gaya Hidup Pantai' yang lengkap, setanding dengan French Riviera, Miami dan Hawaii.

CPN, Thailand’s largest retail property developer recently celebrated the Grand Opening of Central Phuket,its world-class luxury flagship mall
CPN, Thailand’s largest retail property developer recently celebrated the Grand Opening of Central Phuket,its world-class luxury flagship mall

Cik Wallaya Chirathivat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CPN, berkata: "Projek ini menonjolkan kecemerlangan kami di persada global dalam tiga aspek: 'Projek Bertaraf Dunia' – ia merupakan projek mega bertaraf dunia dan kedai ulung mewah Central Pattana, pengalaman membeli belah yang memuaskan, menjadikan Phuket sebagai 'Destinasi Gaya Hidup Pantai' yang sempurna; 'Pengalaman Bertaraf Dunia' – mewujudkan pengalaman bertaraf dunia bagi memenuhi trend perjalanan 'Gaya Hidup Mewah & Libur' untuk orang ramai dari serata dunia, dengan pilihan jenama global dan pelancaran acara-acara antarabangsa sepanjang tahun di bawah konsep 'The World Comes to Play' ('Dunia Berkunjung untuk Berhibur'); dan  'Tarikan Bertaraf Dunia' – destinasi baharu untuk pelancong dari seluruh dunia dengan tarikan 'Pertama Seumpamanya di Dunia'. Kunjungan ke Central Phuket akan memenuhi semua jenis gaya hidup: makan, membeli belah dan berseronok sepanjang hari."

Cik Wallaya menambah: "Central Phuket membantu menonjolkan kami selaku pengusaha global dan sejajar dengan dasar pembangunan wilayah untuk mengangkat Phuket bagi menjadi salah satu destinasi perjalanan paling lengkap di dunia. Kedudukan Central Phuket bakal menjadi 'Magnitud Destinasi Beli Belah Resort Mewah & Libur', kombinasi lancar antara gaya hidup Mewah dan Libur di satu tempat. Ia mengandungi dua bangunan: Floresta menumpu pada pelancong dan pelanggan yang memilih gaya hidup mewah, menggemari pengalaman membeli belah jenama-jenama terkemuka dan ingin mengunjungi tarikan bertaraf dunia; Festival bertujuan untuk menarik pelanggan daripada kumpulan keluarga yang kerap mengunjungi pusat beli belah untuk membeli belah, menikmati makanan lazat dan menonton wayang. Kami turut merancang untuk membangunkan pusat konvensyen antarabangsa dan serantau serta hotel bertaraf dunia."

Mengukuhkan kedudukannya sebagai mercu tanda negara, Central Phuket akan mengadakan acara-acara antarabangsa, seperti Festival Muzik Antarabangsa Phuket dan Kira Detik Antarabangsa Phuket 2019, sepanjang tahun. Di samping itu, para pengunjung akan memperoleh pengalaman 'Phuket Menu' eksklusif yang tersedia hanya di Central Phuket yang mana pusat beli belah tersebut berganding bahu dengan restoran-restoran popular di Phuket bagi mempromosikan reputasi masakan Phuket.

Selain gastronomi, Central Phuket juga cemerlang dengan beberapa tarikan eksklusif yang unik di dunia yang tidak harus dilepaskan oleh pelancong. Tales of Thailand – pasar dalam bangunan terbesar yang menonjolkan ciri-ciri gaya hidup Thai dari 4 rantau, Tribhum – pengembaraan maya 3D dalam laluan fantasi pertama di dunia, yang akan dibuka secara rasmi pada November 2018 dan Aquaria – format akuarium terbaharu Thailand yang akan disiapkan untuk pengunjung bagi mengalami keajaiban lautan dan misteri sungai yang mempunyai lebih 25,000 jenis haiwan pada suku pertama tahun 2019.

Kemuncak bagi Pembukaan Besar-besaran menampilkan dalam persembahan bertaraf dunia Thailand buat julung kalinya, termasuk 'Star Catcher', persembahan teater imersif 360 darjah secara langsung yang inovatif oleh pelakon-pelakon terkenal dari Kanada, 'Creativiva'; pertunjukan jalanan antarabangsa termasuk 'Bubble on Circus', dipersembahkan oleh artis-artis dari Itali dan 'The Balloon Show', dari Jepun.    

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Central Pattana Plc
Pishsinee Assavaadirekkul, Tel. +662-667-5555 samb. 4111, aspishsinee@cpn.co.th 
Thitiphon Untrakul, Tel. +662-667-5555 samb. 4199, unthitiphon@cpn.co.th

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180911/2233836-1

Source: Central Pattana Public Company Limited (CPN)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail Travel New products/services