JAKARTA, Indonesia, 14 September 2018 /PRNewswire/ -- Platform penemuan kandungan Dable menganjurkan sebuah acara untuk perbincangan mengenai status semasa dan masa depan pengiklanan dan pemasaran dalam talian.
Pada 12 September, Dable, sebuah syarikat ahli K-ICT Born2Global Centre, mengumumkan bahawa ia menganjurkan Persidangan Iklan Natif Indonesia (INAC) 2018 di Kuningan, Jakarta sebagai platform perbincangan mengenai segala-galanya bermula daripada contoh-contoh pemasaran yang berjaya kepada trend-trend terkini. Acara ini melakar kejayaan hebat, dengan kehadiran kira-kira 150 perwakilan daripada sektor-sektor media dan pemasaran.
Dable menyediakan perkhidmatan "Cadangan Kandungan Dable" dan "Iklan Natif Dable" yang mencadangkan kandungan dan iklan yang disesuaikan mengikut individu kepada pengguna berdasarkan pemprosesan data raya masa nyata serta teknologi pemperibadian dan cadangan. Pada tahun 2017, Dable menganjurkan Persidangan Iklan Natif Korea di Korea.
Diadakan di bawah tema "Pemasaran Kandungan Dipacu Prestasi", INAC menampilkan pelbagai penceramah termasuk Wikan Pribadi (pengawai pengumpulan dana digital, UNICEF), Wahyu Dhyatmika (ketua editor, Tempo), Nendra Primonik Sekar Rengganis (pengarah, Hipwee) dan Herni Wijaya (Naib Presiden, Leverate Media Asia), kesemuanya mempunyai pengetahuan luas dan pengalaman di lapangan dengan trend pemasaran terkini. Bermula dengan pembentangan bertajuk "Iklan Natif lwn. Iklan Paparan" yang menilai status dan masa depan iklan natif, perbincangan diadakan berhubung kes pertumbuhan jualan dan pemasaran jenama yang berjaya melalui iklan natif dan juga trend pemasaran terkini, termasuk pemasaran diperibadikan.
Herni Wijaya berkata: "Memandangkan iklan paparan sedang berkembang, orang ramai berdepan dengan iklan paparan yang semakin menjengkelkan dan instrusif di laman sesawang. Pengiklanan dalam talian seharusnya menambat perhatian, berguna dan menarik. Format iklan dipacu kandungan seperti Iklan Natif mempunyai kombinasi hebat antara prestasi dan pengalaman pengguna. Dengan Iklan Natif yang dilaksanakan dengan baik, kami dapat melihat pelbagai kempen yang berjaya untuk memprospek, mempromosi kandungan bahkan juga pertukaran (sebagai pembeli).
Sewon Yoon yang bertanggungjawab untuk perniagaan luar negara Dable berkata, "Platform iklan natif Dable dilengkapi dengan teknologi pemperibadian dan cadangan yang masih dalam peringkat awal di Indonesia. Kami berharap INAC akan menyumbang kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk menyebarkan maklumat berguna melalui iklan-iklan natif dan mewujudkan strategi-strategi berkaitan iklan."
Baru-baru ini Dable menembusi pasaran Indonesia. Ia telah menandatangani kontrak perkhidmatan dengan syarikat-syarikat media terkemuka Indonesia (Tempo, Kontan, JPNN, dsb.) dan kini berusaha untuk mendapatkan inventori. Syarikat juga sedang berusaha untuk merekrut pengiklan-pengiklan daripada kalangan syarikat-syarikat tempatan Indonesia dan antarabangsa.
Untuk maklumat terperinci mengenai Dable, sila kunjungi http://dable.io/id/
Perhubungan media:
Sabrina Rahma Azalia
Pengurus Perkongsian Dable
bizdev@dable.io
Jina Lee
Pengurus Perhubungan Awam Born2Global
jlee@born2global.com