omniture

Maison Mumm Lancar Era Baharu Dengan Reka Bentuk Botol Graviti Sifar Terulung

Maison Mumm
2018-09-15 01:37 1304

VATRY, Perancis, 15 September 2018 /PRNewswire/ --

Penerbangan graviti sifar pertama seumpamanya Mumm Grand Cordon Stellar

Tiga tahun masa yang diambil bagi menjalankan penyelidikan dan uji kaji demi membangunkan Mumm Grand Cordon Stellar, champagne pertama yang direka untuk dirasai di ruang angkasa. Untuk penampilan sulung peringkat dunia ini, Maison Mumm secara simbolik memilih untuk terbang di atas ladang anggur Reims untuk menonjolkan inovasinya semasa penerbangan graviti sifar.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8400251-maison-mumm-new-zero-gravity-bottle-design/

Sains Hidangkan Champagne  

Matlamat Maison Mumm adalah untuk membawa champagne ke ruang angkasa sambil mengekalkan integritinya, iaitu menghargai aromanya, ritual rasa dan spesifikasi AOC. Maison adalah yang pertama yang berminat dalam kekangan saintifik yang dihasilkan oleh ketiadaan graviti terhadap cecair bergas. Untuk meneroka kemungkinan ini, Maison Mumm mengundang Octave de Gaulle, pengasas SPADE, sebuah agensi reka bentuk yang mengkhusus dalam penciptaan objek untuk digunakan di ruang angkasa, dan mengumpul sepasukan pakar (jurutera, penyelidik, angkasawan dan ahli oenologi) untuk bekerja bersama-sama beliau.

Memacu pengembaraan saintifik luar biasa ini ke hadapan, Maison Mumm bekerjasama melalui kolaborasi erat dengan Jean-François Clervoy (angkasawan ESA Perancis, veteran bagi tiga misi angkasa NASA) dan Gérard Liger-Belair (profesor di University of Reims, penyelidik yang terkenal di dunia yang mengkhusus dalam fisiokimia bagi sifat berbuih champagne). Melalui pengetahuan mereka terhadap dinamik cecair dan tindakan kapilari, mereka berupaya memahami tingkah laku terestrial champagne Mumm Grand Cordon.

Mereka berhadapan dengan banyak cabaran: tanpa kesan graviti, kesukaran utama adalah mengeluarkan cecair dari botol, mendapatkannya sebaik sahaja ia keluar dan akhirnya cara untuk meminumnya. Bagi membantu menyelesaikan persoalan ini, profesor Liger-Belair memberikan kajian selama dua puluh tahun berkaitan penciptaan buih dalam champagne untuk digunakan oleh Maison Mumm. Beliau turut mengetuai satu kajian bagi meramalkan tingkah laku champagne dalam graviti sifar.

SPADE mengusahakan prototaip botol tersebut berdasarkan teori-teori yang dikemukakan oleh dua pakar saintifik dalam pasukan untuk mencipta beberapa model yang diuji dalam keadaan realistik semasa penerbangan parabola antara April 2017 dan Februari 2018.

Hasil bantuan Maison Mumm, hipotesis tersebut diuji dan memudahkan pemerhatian pelbagai fenomena dan tindak balas, yang dianalisis dengan bantuan Jean-François Clervoy.

Reka Bentuk Berteknologi Tinggi 

Pada tahap inovasi ini, setiap unsur adalah penting, bermula dengan bahan-bahan yang mana, antaranya boleh memberi kesan kepada rasa, pembebasan gas karbon dioksida mahupun pembentukan buih dalam wain.

SPADE memilih kaca, aluminium bergred aeronautik dan keluli tahan karat (logam sama yang ditemui dalam vat pemasangan di Mumm Grand Cordon, Reims) atas kebolehan bahan-bahan tersebut untuk mematuhi spesifikasi kompleks. Dua rongga pada botol kaca, sistem mekanik yang terkandung di dalamnya, cincin yang dipasang pada gabus dan gelas berbatang tirus kesemuanya dipertimbangkan dengan teliti untuk menghasilkan semula ritual merasa di bumi setepat mungkin.

Sensasi Rasa Baharu 

Dalam keadaan melampau dengan graviti sifar inilah Mumm Grand Cordon membawakan ciri-ciri rasa baharu yang mengejutkan serta memberi sensasi yang tidak dijangkakan di dalam mulut. Wain keluar dari botol sebagai busa untuk dihidu dan bukannya dihirup. Emulsi ini kemudiannya bertukar menjadi cecair, yang melitupi lelangit dan lidah tatkala tindakan kapilari menunjukkan kesannya. "Dengan membebaskan kuasa Pinot Noir, sifatnya yang tiada berat dapat memekatkan dan memperhebatkan gaya unggul Mumm Grand Cordon. Ekspresi buah-buahan adalah lebih berjaya berbanding ketika berada di Bumi," jelas Raimonds Tomsons, Pelayan Wain Terbaik di Eropah 2017, yang turut menyertai proses merasa Mumm Grand Cordon Stellar graviti sifar rasmi pertama di Reims.

Semangat Pelopor 

Inovasi dan keberanian sudah sebati dengan Maison Mumm sejak diasaskan. Meneroka wilayah-wilayah baharu seperti ruang angkasa merupakan satu cabaran besar, namun ia sesuatu yang disahut oleh Maison dengan penuh semangat. "Maison Mumm ingin menerobos sempadan dan menjadi peneraju dalam bidangnya sejak mula diasaskan. Oleh yang demikian, Maison Mumm merupakan penyokong semula jadi bagi perintis masa lalu dan pada masa depan. Pada tahun 1904, Maison Mumm turut berada bersama-sama Komander Jean-Baptiste Charcot bagi meraikan kejayaan pertama ekspedisi Perancis ke Antartik. Pada hari esok, Maison Mumm akan menemani penumpang-penumpang ke angkasa dalam pengembaraan unik ini," kata Pierre Bérard, Pengarah Pemasaran Global.

Projek ini jauh melangkaui batasan yang terdapat pada Maison. Ia bukan sahaja membolehkan wain ini diperkenalkan secara berbeza, tetapi turut memastikan bahawa champagne menjadi sebahagian daripada masa depan eksplorasi angkasa dengan kemunculan pelancongan angkasa dan penerbangan suborbit komersial pertama. Melangkaui champagne, Maison Mumm telah membuat sumbangan yang besar terhadap tingkah laku dan rasa minuman berbuih di angkasa, yang membuka perspektif baharu.

Berani, menang dan raikan 

Menerobos sempadan kemungkinan, keberanian, menyahut cabaran dan memandang jauh ke hadapan ialah sesuatu yang digambarkan oleh inovasi ini untuk Maison Mumm, dan inilah yang sentiasa mendorongnya - sama seperti Usain Bolt, Ketua Pegawai Hiburan Maison sejak tahun 2016. Usain Bolt pastinya hadir di Reims, bersama-sama Maison, untuk peristiwa bersejarah ini. Semasa penerbangan parabola, beliau dapat menemui kenikmatan champagne dalam graviti sifar sebelum kembali ke Bumi untuk meraikannya, semasa parti terunggul di bilik simpanan wain Mumm.

generated by system

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8400251-maison-mumm-new-zero-gravity-bottle-design/

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services