omniture

Karnival Pelancongan Bobing Pertengahan Musim Luruh Xiamen 2018 Bermula dengan Sorakan dari Dunia

Xiamen Municipal Tourism Development Commission
2018-09-15 03:53 1257

XIAMEN, China, 15 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 10 September, Karnival Pelancongan Bobing Pertengahan Musim Luruh Xiamen 2018, China, dimulakan di Heping Wharf, Jalan Lujiang. Sebagai kempen festival jenama Xiamen, Karnival ini telahpun diadakan selama 7 tahun berturut-turut sejak tahun 2012 dan secara berperingkat-peringkat menjadi No.1 antara semua jenama pelancongan budaya rakyat di China.

Memanfaatkan Bobing yang unik sebagai barisan utama, Kempen ini, bertema budaya Pertengahan Musim Luruh, dianjurkan oleh Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Perbandaran Xiamen dan Kerajaan Rakyat Daerah Siming dan dikelolakan oleh Biro Pelancongan Daerah Siming serta Xiamen Tourism Group Co. Ltd., di bawah bimbingan Kerajaan Perbandaran Xiamen, P.R. China dan Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Wilayah Fujian. Bermula dari 10 September hingga 8 Oktober, rantaian aktiviti yang beraneka dan berwarna warni termasuk Bobing Antarabangsa Pertengahan Musim Luruh, Bulan Jualan Istimewa Produk Pelancongan, Global KOLs Kunjungi Xiamen, Pameran Video Bobing Pertengahan Musim Luruh, Pelancong Global Bermain Permainan Bobing dan Cinta di Xiamen-Rakaman Jelajah Bulan Madu akan diadakan.

Dice of Xiamen Bobing, permainan H5 yang direka mengikut prototaip Xiamen Bobing telah dijadikan Permainan Segera Facebook selama satu minggu. Ia telahpun menarik kira-kira 10,000 pemain permainan luar negara yang sebahagian besarnya dari Amerika Syarikat.

Tetamu-tetamu kehormat bagi majlis perasmian Karnival yang diadakan pada 10 September ini ialah Li Dong, penyelidik Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Wilayah Fujian; Yang Qi, pengarah Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Perbandaran Xiamen; Yao Yuping, naib gabenor Kerajaan Rakyat Daerah Siming; unit-unit ahli bagi persatuan-persatuan pelancongan berkaitan Xiamen; wartawan-wartawan daripada media arus perdana tempatan dan luar negara, wakil-wakil pelancong dari dalam dan luar negara; KOLs; serta beberapa penaja kempen.

Karnival Pelancongan Bobing Pertengahan Musim Luruh Xiamen 2018, China, dilancarkan secara rasminya selepas majlis pembukaannya, sewaktu 7 aktiviti bertema akan diadakan. Kempen ini diwujudkan untuk menyebarkan adat rakyat Xiamen melalui unsur-unsur menarik dan berkaitan budaya. Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Perbandaran Xiamen dengan ikhlas mengajak para pelancon dari seluruh dunia untuk memberi perhatian yang teliti kepada Karnival Pelancongan Bobing ini dan adat kebiasaan rakyat tradisional China, agar dapat mengalami konotasi budaya rakyat yang unik bagi Bobing Pertengahan Musim Luruh dan mengetahui tentang ciri-ciri budaya pelancongan di Xiamen.

Source: Xiamen Municipal Tourism Development Commission
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services