DOHA, Qatar, 16 September 2018 /PRNewswire/ --
Rancangan TV popular Yayasan Qatar siar musim baharu melalui pelbagai saluran seluruh rantau
Bagi meraikan sedekad inovasi Arab, Stars of Science Yayasan Qatar (QF) kembali ke layar perak di seluruh rantau ini dan di dunia, menerusi rancangan TV 'realiti didik hibur' inovasi pan-Arab terkemuka yang memulakan musim ke-10nya pada 22 September ini.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8398751-stars-of-science-10-years-of-innovation/
Rancangan ini, yang pertama kali disiarkan pada tahun 2008, telah memberi tumpuan kepada kadar inovasi sains dan teknologi di seluruh dunia Arab. Musim terkini bakal tersedia melalui pelbagai saluran di seluruh rantau. Ia juga dapat ditonton dengan sarikata pada laman sesawang 'Stars of Science's' dan platform YouTube.
Musim dengan 10 episod ini akan memperkenalkan penonton dengan inovasi termaju dan individu di sebaliknya. "Usaha untuk memulakan forum inovasi terkemuka yang menyediakan golongan belia Arab dengan alatan dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berjaya, masih dan terus menjadi daya penggerak di sebalik Stars of Science," kata Khalifa Essa Al Kubaisi, Pengurus Perhubungan Media, QF. "Kejayaan Stars of Science dapat diukur menerusi jutaan orang muda yang mendapat galakan daripadanya untuk mempunyai impian yang besar. Ia telah membuktikan kesan ketaranya dan akan terus memberikan kesan yang sama dalam tahun-tahun mendatang."
Tempoh pemilihan Stars of Science akan menyaksikan ratusan individu yang berharap melontarkan idea mereka dan setelah terpilih, sembilan calon teratas, yang dibimbing oleh pakar dan alumni Stars of Science akan memasuki pusingan prototaip dan pengesahan pelanggan. Penyingkiran berdasarkan maklum balas juri akan dibuat menerusi episod-episod akan datang, sebelum empat finalis bersaing bagi memenangi hadiah wang tunai sebanyak $600,000 untuk pembiayaan peringkat awal.
Tatkala calon-calon berusaha untuk mara ke peringkat Finale Akhir, ahli-ahli juri Stars of Science, Profesor Fouad Mrad, Profesor Abdelhamid El-Zoheiry dan Dr. Khalid Al Ali, akan memberikan kritikan membina kepada mereka. Personaliti TV Khaled Al Jumaily turut kembali ke dalam siri tersebut, sebagai pengacara rancangan sejak dari awal.
Alumni Stars of Science, seperti pemenang tahun lalu Fouad Maksoud dari Lebanon, merupakan pencetus perubahan yang menyasarkan untuk meninggalkan kesan kepada masyarakat, negara mereka dan seluruh dunia. Sejak sepuluh tahun lalu, 131 daripada alumi rancangan telah mengumpul sebanyak $14 juta menerusi pendapatan, pendanaan orang ramai dan geran penyelidikan.
Tonton episod 1 pada hari Sabtu, 22 September 2018. Untuk panduan siaran penuh Stars of Science Musim 10, layari http://www.starsofscience.com
Maklumat perhubungan: MDiefallah@webershandwick.com
(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/741585/Stars_of_Science.jpg )