omniture

SWIFT gpi (Inovasi Pembayaran Global atau Global Payments Innovation) menawarkan pengesanan ralat mesej pembayaran dan ketelusan yuran pendahuluan

Keupayaan baharu memberi pengesanan awal ralat data untuk mengurangkan kelambatan yang tidak diperlukan
S.W.I.F.T.SCRL
2018-09-17 10:00 984

KUALA LUMPUR, Malaysia, Sept. 17, 2018 /PRNewswire/ -- SWIFT memperkenalkan perkhidmatan prapengesahsahihan yang akan membenarkan pelanggan mengesan dan menyelesaikan ralat yang menangguhkan mesej pembayaran sebelum mereka dihantar serta membenarkan pihak bank menawarkan ketelusan yuran pendahuluan kepada pelanggan akhir mereka.

Lebih daripada 50% pembayaran SWIFT gpi dikreditkan kepada benefisiari dalam masa kurang daripada 30 minit dan kebanyakannya diselesaikan dalam masa beberapa saat. Sebahagian besar daripada mesej yang selebihnya tertangguh disebabkan ralat dalam data pembayaran seperti maklumat benefisiari yang tidak betul atau tidak lengkap dan data pengawalaturan yang tidak mencukupi.

Dengan penggunaan API (Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi atau Application Programming Interface) selamat, analisis ramalan dan kepintaran buatan (Artificial Intelligence, AI), keupayaan gpi baharu tersebut akan melakukan prapenentusahan pada mesej, mengenal pasti dan menangani isu-isu yang kemungkinan berlaku dengan lebih awal, dan dengan itu, mampu mengurangkan kelambatan, penolakan serta pengembalian mesej pembayaran yang tidak betul. Pelanggan akan diberi jaminan yang lebih kukuh dan pengalaman ketenangan fikiran dari mula sehingga selesai dengan pengasas pembayaran membuat pengesahan dengan bank benefisiari, terlebih dahulu, bahawa akaun benefisiari akan dapat menerima dana tersebut.

Perbincangan awal telah dimulakan dengan beberapa bank untuk menyampaikan perkhidmatan prapengesahsahihan yang juga akan menawarkan ketelusan terdahulu pada yuran, berdasarkan penghalaan mesej pembayaran yang tepat. Ini akan membolehkan pengasas pembayaran dan benefisiari menyelesaikan ketelusan serta ramalan tentang kos, hala dan penyampaian yang dijangka untuk dana mereka.

Ketika mengumumkan konsep ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SWIFT, Gottfried Leibbrandt, berkata: "Dalam komuniti gpi yang berkembang pesat, terdapat permintaan yang tinggi untuk ketelusan lanjut dan keupayaan untuk menangani isu-isu sebelum pembayaran dibuat supaya transaksi dapat diramal serta disiapkan dengan secekap yang mungkin. Ciri baharu yang mengujakan ini akan membantu memenuhi keperluan tersebut dan memberi pelanggan kami ketenangan fikiran apabila mereka menghantar mesej pembayaran mereka."

Harry Newman, Ketua Perbankan di SWIFT, berkata: "Walaupun kawalan mata wang dan proses kelulusan pengawalaturan akan sentiasa menyebabkan kelambatan dalam proses pembayaran, namun banyak aliran pembayaran boleh dipercepatkan dengan memastikan maklumat yang tepat disediakan pada peringkat awal – maklumat benefisiari yang tidak sah ialah sebab pertama pembayaran dikembalikan atau ditolak. Penyingkiran ralat serta kesilapan yang boleh diramal dan dielak ini akan menjadikan pembayaran antarabangsa lebih cekap."

Sehingga kini, lebih 220 institusi kewangan di seluruh dunia telah mendaftarkan SWIFT gpi, dengan lebih USD 100 bilion dalam pembayaran SWIFT gpi telah dihantar setiap hari merentas 600+ koridor pembayaran antarabangsa – mewakili lebih satu pertiga daripada semua pembayaran SWIFT.

Perihal gpi

Inovasi pembayaran global SWIFT merupakan perubahan terbesar dalam pembayaran merentas sempadan sepanjang 30 tahun yang lalu dan merupakan standard baharu. SWIFT gpi telah menambah baik secara dramatik pengalaman pelanggan dalam pembayaran merentas sempadan dengan meningkatkan kelajuan, ketelusan dan penjejakan hujung ke hujung. Beratus-ratus daripada jutaan pembayaran merentas sempadan pada hari ini dihantar menggunakan standard gpi baharu tersebut dan pembayaran telah dibuat dengan pantas, lazimnya dalam beberapa minit atau saat.

SWIFT gpi membenarkan korporat menerima perkhidmatan pembayaran yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri utama berikut:

  • Penggunaan dana yang lebih cepat pada hari yang sama dalam zon waktu penerima ahli gpi
  • Ketelusan yuran
  • Pengesanan pembayaran hujung ke hujung
  • Maklumat penghantaran wang yang dipindah tidak terpinda

Sebagai inisiatif, SWIFT gpi melibatkan industri perbankan global dan komuniti fintech untuk berinovasi dalam bidang pembayaran merentas sempadan di samping mengurangkan kos pejabat mereka. Sejak pelancarannya pada Januari 2017, gpi telah menambah baik secara dramatik pengalaman pembayaran merentas sempadan untuk korporat di lebih 600 koridor negara. Ciri-ciri utama perkhidmatan gpi termasuk peraturan menambah baik peraturan perniagaan dan melindungi penjejakan pangkalan data dalam awan yang boleh diakses melalui API.

Berterima kasih kepada SWIFT gpi, korporat boleh mengembangkan perniagaan antarabangsa mereka, menambah baik perhubungan penyedia dan mencapai kecekapan perbendaharaan yang lebih baik. Secara keseluruhannya, hampir 50% pembayaran SWIFT gpi dikreditkan kepada benefisiari dalam masa 30 minit dan hampir 100% pembayaran dalam masa 24 jam. Transaksi yang mengambil masa lebih lama lazimnya melibatkan pertukaran asing, penyemakan pematuhan atau pengesahan pengawalaturan yang lebih rumit.

Selain daripada 220 institusi kewangan yang telah menggunakan gpi, lebih daripada 55 infrastruktur pasaran pembayaran telah bertukar pembayaran gpi, membolehkan pertukaran dan penjejakan domestik. Infrastruktur pasaran pembayaran memainkan peranan yang penting untuk memudakan penjejakan hujung ke hujung pembayaran merentas sempadan kerana sebaik sahaja pembayaran antarabangsa disampaikan di negara destinasi, pembayaran tersebut lazimnya diselesaikan melalui infrastruktur pembayaran tempatan.

Perihal SWIFT

SWIFT merupakan koperasi milikan ahli global dan peneraju sedunia penyedia perkhidmatan pemesejan kewangan. Kami menyediakan platform untuk pemesejan dan standard untuk berkomunikasi, dan kami menawarkan produk serta perkhidmatan untuk memudahkan akses dan penyepaduan, pengenalpastian, analisis serta pematuhan pengawalaturan.

Platform pemesejan, produk dan perkhidmatan kami menyambungkan lebih daripada 11,000 organisasi perbankan serta sekuriti, infrastruktur pasaran dan pelanggan korporat di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Walaupun SWIFT tidak menyimpan dana atau mengurus akaun bagi pihak pelanggan, kami membolehkan komuniti pengguna global kami berkomunikasi dengan selamat, bertukar mesej kewangan mengikut standard secara utuh, dengan itu menyokong aliran kewangan tempatan dan global, serta perdagangan di seluruh dunia.

Sebagai penyedia mereka yang boleh dipercayai, kami tidak henti-henti mengejar kecemerlangan operasi; kami menyokong komuniti kami dalam menangani ancaman siber; dan kami sentiasa mencari pelbagai cara untuk mengurangkan kos, mengurangkan risiko dan menyingkirkan ketidakcekapan operasi secara berterusan. Produk dan perkhidmatan kami menyokong akses serta penyepaduan komuniti kami, kecerdasan perniagaan, data rujukan dan keperluan pematuhan jenayah kewangan. SWIFT juga menyatukan komuniti kewangan – di peringkat sedunia, serantau dan setempat – untuk membentuk amalan pasaran, mentakrifkan standard serta membahaskan isu-isu kepentingan atau kebimbangan bersama. Rancangan lima tahun SWIFT yang strategik, iaitu SWIFT2020, mencabar SWIFT untuk terus melabur dalam bidang keselamatan, keutuhan dan perkembangan platform pemesejan terasnya, di samping melakukan pelaburan tambahan dalam perkhidmatan yang sedia ada serta menyampaikan penyelesaian yang baharu serta inovatif.

Beribu pejabat di Belgium, tadbir urus antarabangsa dan penyeliaan SWIFT memperkukuhkan perwatakan global serta neutral struktur koperasinya. Rangkaian pejabat global SWIFT memastikan kedudukan yang aktif dalam semua pusat kewangan utama.

Untuk mendapat maklumat lanjut, lawati www.swift.com atau ikuti kami di Twitter: @swiftcommunity dan LinkedIn: SWIFT.

Hubungan:   

Jaime Lee
+852 2107 8860
jaime.lee@swift.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160127/8521600559Logo

Source: S.W.I.F.T.SCRL
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology