omniture

Pakar politik, akademik dan perniagaan berhimpun bincangkan isu-isu hangat berkaitan budaya berasaskan rangkaian dalam era digital

gx.cri.cn
2018-09-17 10:07 992

Forum Pembangunan Kebudayaan Berasaskan Rangkaian China-ASEAN Information Harbor telahpun diadakan

NANNING, China, 17 September 2018 /PRNewswire/ -- Sebagaimana yang dilaporkan oleh gx.cri.cn, pada 13 September, Forum Pembangunan Kebudayaan Berasaskan Rangkaian China-ASEAN Information Harbor telahpun diadakan di Nanning, Guangxi. Bertemakan "Kemanusiaan disatukan dengan inovasi demi menerajui kehidupan digital", forum ini meninjau laluan pertukaran bagi budaya berasaskan rangkaian antara China dan negara-negara ASEAN, menghimpunkan konsensus pembangunan dan mengharapkan prospek-prospek kerjasama.

Fan Weiping, deputy director of the State Administration of Radio and Television, addressed the forum.
Fan Weiping, deputy director of the State Administration of Radio and Television, addressed the forum.

Fan Weiping (Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan China), Huang Junhua (Naib Pengerusi Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang) dan Razmountry Sacankhone (Timbalan Menteri bagi Kementerian Maklumat, Kebudayaan dan Pelancongan Laos) menghadiri forum dan menyampaikan ucapan. Lebih 250 tetamu termasuk pegawai kerajaan, eksekutif korporat, pakar industri dan wartawan media dari China dan negara-negara ASEAN menghadiri forum ini. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai pencapaian kerjasama kebudayaan berasaskan rangkaian sejak penubuhan China-ASEAN Information Harbor dan meneroka konsep baharu, idea baharu dan pemikiran baharu berkaitan pembangunan kebudayaan berasaskan rangkaian.

Forum ini dibimbing oleh Pentadbiran Ruang Siber China, dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan dikelolakan oleh Biro Akhbar, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Biro Pentadbiran Ruang Siber Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan CRI Online. Ia merupakan forum tahap tinggi pertama yang diadakan dalam bidang kemanusiaan berasaskan rangkaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kepentingan yang besar dan positif untuk menggalakkan pembinaan Guangxi digital, memudahkan transformasinya menjadi wilayah rangkaian dan kebudayaan yang kukuh serta meningkatkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan rangkaian China-ASEAN.

Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang akan merebut peluang daripada gelombang ekonomi digital, menumpu pada kerajaan digital, ekonomi digital, masyarakat digital dan pembinaan infrastruktur digital bagi menggalakkan gabungan mendalam teknologi-teknologi baharu seperti internet, data raya dan kecerdasan buatan serta ekonomi sebenar, pengurusan kerajaan, tadbir urus sosial, perkhidmatan mata pencarian rakyat dan kerjasama terbuka. Ia akan berusaha mewujudkan pintu masuk yang penting untuk dataran tinggi digital baharu dan Jalan Sutera digital yang dibuka untuk kerjasama antara negara-negara ASEAN, untuk menyuntik dorongan baharu bagi mengukuhkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan berasaskan rangkaian China-ASEAN serta galakan pembinaan China-ASEAN Information Harbor.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180914/2238329-1

Source: gx.cri.cn
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics