omniture

OUE Bakal Peroleh Kepentingan 60% dalam Bowsprit

OUE Limited
2018-09-18 23:35 1251

- Pemerolehan Bowsprit adalah sebahagian daripada rancangan OUE untuk mengembangkan perniagaan pengurusan asetnya kepada lebih S$10 bilion menjelang 2019 

SINGAPURA, 18 September 2018 /PRNewswire/ -- Pemaju hartanah bersepadu yang tersenarai pada Papan Utama SGX-ST, OUE Limited ("OUE") dan subsidiari senaraiannya, OUE Lippo Healthcare Limited ("OUELH") hari ini mengumumkan cadangan pemerolehan kepentingan masing-masing sebanyak 60% dan 40% dalam Bowsprit Capital Corporation Limited ("Bowsprit"), pengurus First REIT yang tersenarai pada Papan Utama SGX.

OUE, kini melalui dua REITnya, OUE Commercial REIT dan OUE Hospitality REIT, mempunyai jumlah aset bawah pengurusan ("AUM") kira-kira S$5.7 bilion setakat 30 Jun 2018.

Portfolio hartanah yang diurus oleh Bowsprit bernilai kira-kira S$1.3 bilion setakat 30 Jun 2018.

Mengulas mengenai cadangan pemerolehan ini, Dr Stephen Riady, Pengerusi Eksekutif OUE berkata, "Perniagaan pengurusan aset ialah komponen penting dalam strategi perniagaan dan pertumbuhan OUE. Pemerolehan Bowsprit, digabungkdan dengan portfolio REIT sedia ada kami dan penyelesaian suntikan OUE Downtown ke dalam OUE Commercial REIT akan menjadikan AUM kami mencecah kira-kira S$8.0 bilion tahun ini dan kami merancang untuk mengembangkannya kepada lebih $10.0 bilion menjelang tahun 2019."

Dr Riady menambah, "Pemerolehan Bowsprit merupakan sebahagian daripada strategi berterusan OUE untuk mewujudkan platform pengurusan aset yang agak besar, terdiri daripada REIT yang pelbagai. Bowsprit dan First REIT akan mendapat faedah daripada sokongan, jaringan, kemahiran pengurusan dan kepakaran daripada portfolio REIT milik syarikat. Kami akan terus meningkatkan AUM pada platform pengurusan aset kami dengan tujuan untuk membawa kami lebih dekat dengan sasaran kami bagi menggandakan AUM dalam masa terdekat ini."

Latar Belakang OUE Limited

OUE Limited, tersenarai pada Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Limited (SGX-ST: OUE), ialah pemilik, pemaju dan pengendali hartanah pelbagai dengan portfolio hartanah yang terletak di lokasi-lokasi utama di Asia dan Amerika Syarikat. OUE tekal mengembangkan perniagaannya dengan memanfaatkan jenama-jenamanya serta kepakaran terbukti dalam membangunkan dan mengurus aset-aset mercu tanda dalam sektor-sektor komersial, hospitaliti, peruncitan dan kediaman. Pada Mac 2017, OUE memperoleh OUE Lippo Healthcare Limited (dahulunya dikenali sebagai International Healthway Corporation Limited), penyedia perkhidmatan dan kemudahan rawatan kesihatan bersepadu tersenarai, meluaskan portfolionya dalam sektor rawatan kesihatan. Dengan strategi terasnya untuk melabur dan mempertingkat hartanah tersendiri yang stabil, OUE komited untuk membangunkan portfolio yang mempunyai asas pendapatan berulang yang kukuh, diimbangi dengan keuntungan pembangunan demi meningkatkan nilai pemegang saham secara jangka panjang. OUE ialah penaja Amanah Hospitaliti OUE dan Amanah Pelaburan Hartanah Komersial OUE.

Latar Belakang OUE Lippo Healthcare Limited

OUELH ialah sebuah subsidiari OUE Limited. OUELH menyediakan penyelesaian rawatan kesihatan berkualiti tinggi dan mampan melalui pemerolehan, pembangunan, pengurusan dan operasi kemudahan-kemudahan rawatan kesihatan. Syarikat kini memiliki kemudahan-kemudahan rawatan kesihatan dan yang berkaitan di Jepun dan China serta terus berusaha meluaskan portfolionya di seluruh Pan-Asia.

OUELH telahpun mengumumkan untuk memperoleh baki kepentingan sebanyak 40% dalam Bowsprit dan kepentingan sebanyak 10.63% jumlah unit yang dikeluarkan oleh First REIT. Sila rujuk kepada pengumuman OUELH bertarikh 18 September 2018 untuk butiran lanjut.

Latar Belakang First REIT

First REIT ialah amanah pelaburan hartanah yang tersenarai pada Papan Utama SGX-ST sejak tahun 2006. Ia merupakan amanah pelaburan hartanah rawatan kesihatan yang melabur dalam portfolio yang pelbagai melibatkan hartanah yang menjana pendapatan dan/atau aset berkaitan hartanah di Asia yang digunakan khususnya untuk tujuan rawatan kesihatan dan/atau berkaitan rawatan kesihatan. Setakat tarikh pengumuman ini dibuat, berdasarkan maklumat orang awam, First REIT mempunyai 20 hartanah yang mencakupi 16 hartanah yang terletak di Indonesia, tiga di Singapura dan satu di Korea Selatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lisa Yunita Sajoto
Tel: +65-6809-6051
Emel: lisasajoto@oue.com.sg

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180918/2240788-1LOGO

Source: OUE Limited
Related Stocks:
Singapore:LJ3
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Health Care/Hospital Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers Real estate transactions