omniture

Robot World 2018 bakal Cadang Hala Tuju untuk Revolusi Perindustrian Keempat

Robot World
2018-09-19 09:00 1555

Acara bakal diadakan di KINTEX, Korea mulai 10 hingga 13 Oktober 2018

SEOUL, Korea Selatan, 19 September 2018 /PRNewswire/ -- Mempamerkan teknologi-teknologi robot terkini dari seluruh dunia, Robot World 2018 bakal diadakan di KINTEX, Korea mulai 10-13 Oktober 2018.

2018 Robot World poster
2018 Robot World poster

Robot World (eng.robotworld.or.kr/wp), yang menyambut ulang tahun ke-13nya tahun ini, mengandungi empat program utama: 'Pameran Industri Robot Antarabangsa' untuk industri robotik, 'Pertandingan Robot Antarabangsa', 'Persidangan Robot Antarabangsa' dan 'Dewan Promosi' untuk pameran dan demonstrasi robot-robot komersial.

"Pameran Industri Robotik Antarabangsa" yang bakal diadakan di Dewan 2 Pusat Pameran KINTEX 1 akan menjadi tempat untuk perniagaan robotik. Lebih 200 syarikat dari 20 negara akan mengendalikan 500 reruai bagi mempamerkan robot perindustrian mereka, robot perkhidmatan, komponen robot, penyelesaian pengilangan pintar, aplikasi dan perisian pintar serta dron.

Pameran tahun ini akan menampilkan "Astaka Khas" untuk aplikasi robot dalam kehidupan harian dan pelbagai sektor industri serta "Astaka Robotik Kolaboratif" yang membolehkan pengunjung mendapatkan gambaran tentang pasaran robotik kolaboratif serta peraturan dan juga penyelesaian keselamatan untuk tapak perindustrian.

Pameran ini akan disusuli dengan "Forum Perniagaan Robot Global", "Bengkel Robotik Korea-China-Jepun" dan "Forum Robotik Korea-China" yang mana para jurutera robotik dari seluruh dunia akan memberikan ramalan industri robot kepada mereka yang mengunjungi pameran.

"Pertandingan Robot Antarabangsa" yang bakal diadakan di Dewan 1 Pusat Pameran I ialah sebuah acara global yang pernah disertai oleh pelbagai kategori pesaing termasuk pelajar (sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi dan kolej) serta golongan dewasa. Tema bagi tahun ini ialah "Kewujudan Bersama antara Manusia dan Robot". Berdasarkan tema ini dan satu set peraturan pertandingan, peserta-peserta akan menghasilkan robot dan bersaing antara satu sama lain dalam aspek-aspek prestasi robot dan bagi melaksanakan misinya. Pertandingan Robot Antarabangsa 2018 terdiri daripada 11 pertandingan dan 29 kategori.

Robot World 2018 ialah lokasi penting untuk mereka dalam industri, bidang akademik dan komuniti penyelidikan untuk bertukar-tukar maklumat tentang trend terkini serta membincangkan isu-isu teknikal.

Peserta-peserta dalam pameran dan pertandingan akan turut menghadiri Persidangan Robot Antarabangsa yang mana mereka berpeluang untuk membentuk satu rangkaian dan menyemak semula hala tuju pembangunan untuk teknologi baharu dan teknologi bertumpu yang dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah dan perniagaan-perniagaan di Korea dan luar negara. Topik bagi Persidangan Robot Antarabangsa tahun ini ialah "Forum Robotik Antarabangsa: Robot dan Teknologi Biomimetik," maka perbincangan akan menumpu pada robot biomimetik yang dapat diaplikasikan dalam bidang pertahanan negara, bantuan bencana, pembinaan dan banyak lagi bidang lain.

Menurut Kim Hwanguen, Naib Presiden Persatuan Industri Robot Korea yang akan menyelia acara tersebut, Robot World ialah pameran robot yang terbesar di Korea. "Kami akan mengubahnya menjadi pameran global yang terkemuka dengan menambah platform untuk kilang-kilang pintar dan kecerdasan buatan kepada robotik yang pastinya akan memainkan peranan penting dalam Revolusi Perindustrian Keempat," tambah beliau.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180914/2237996-1

 

Source: Robot World
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news Future Events