omniture

Menarini Ricerche Umum Keputusan Positif Baharu bagi Titisan Sel Leukemia Mieloid Akut untuk MEN1112/OBT357 di Mesyuarat SIC Tahunan ke-60

Menarini Ricerche
2018-09-19 15:07 1142

ROME, 19 September 2018 /PRNewswire/ --

Menarini Ricerche akan membentangkan pada hari esok, 20 September dalam Mesyuarat Tahunan ke-60 Persatuan Kanser Itali (SIC), tentang data praklinikal baharu yang menunjukkan prarawatan dengan 5-Azasitidina dan Desitabina dapat meningkatkan Kesitotoksikan sel bersandar antibodi (ADCC) bagi calon klinikal MEN1112/OBT357 terhadap beberapa titisan sel Leukemia Mieloid Akut (AML).

MEN1112/OBT357 ialah antibodi monoklon yang menyasarkan CD157, penanda mieloid yang terdapat pada sel leukemia. Menarini telah bekerjasama dengan Oxford BioTherapeutics untuk menjalankan pembangunan sebatian tersebut. Kerja-kerja komprehensif bagi pencirian praklinikal telahpun dipenuhi dan MEN1112/OBT357 kini menjalani ujian percubaan klinikal fasa I bagi merawat pesakit dengan Leukemia Mieloid Akut (AML) berulang/refraktori (R/R).

Keputusan uji kaji yang akan dibentangkan sangat mencadangkan bahawa prarawatan dengan 5-Azasitidina dan Desitabina dapat meningkatkan aktiviti membunuh sel /OBT357 pada titisan sel SKNO-1, HL60 dan K052.

"Kami memerhatikan sinergisme yang signifikan secara statistik antara dos-dos berbeza MEN1112/OBT357 dan 5-Azasitidina serta Desitabina pada beberapa titisan sel AML," kata Monica Binaschi, PhD, Pengarah Jabatan Onkologi Praklinikal dan Translasi Menarini Ricerche. "Keputusan ini nampaknya dapat mengesahkan peranan modulasi imun 5-Azasitidina dan Desitabina yang mungkin dapat meningkatkan tahap kepekaan sel leukemia terhadap MEN1112/OBT357. Dapatan baharu ini mencadangkan bahawa prarawatan dengan dua agen ini dapat menggalakkan dan meningkatkan aktiviti membunuh sel tumor melalui MEN1112/OBT357 dan memberi rasional yang kukuh untuk menilai kombinasi ini dalam ujian percubaan klinikal."

Poster berkenaan, "Aktiviti berperantara ADCC bagi antibodi monoklon defukosilasi MEN1112/OBT357 ditingkatkan dengan prarawatan melalui 5-Azasitidina dan Desitabina dalam titisan sel leukemia mieloid akut," akan dibentangkan pada 20 September 2018, jam 12:00 - 13:00 dan juga pada 21 September 2018, jam 12:00 - 13:00.

Latar Belakang Menarini

Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal Itali, berada di tempat ke-13 di Eropah daripada 5,345 syarikat dan syarikat ke-35 di dunia daripada 21,587 syarikat, dengan nilai pusing ganti sebanyak lebih 3.6 bilion Euro dan menggaji lebih 17,000 kakitangan. Menarini Group sentiasa mengejar dua objektif strategik: penyelidikan dan pengantarabangsaan dan menyatakan komitmen padu terhadap penyelidikan dan pembangunan onkologi. Sebagai sebahagian daripada komitmen berkenaan terhadap onkologi, Menarini membangunkan empat ubatan onkologi baharu yang sedang dikaji. Dua daripadanya ialah biologik, salah satu daripadanya ialah MEN1112 yang disebutkan di atas dan keduanya ialah antibodi anti-CD205 berkonjugat toksin MEN 1309. Di samping itu, baru-baru ini Menarini menambah dua molekul kecil ke dalam rancangan onkologinya, dwiperencat kinase PIM dan FLT3 MEN 1703 dan perencat PI3K MEN 1611, yang masih dalam peringkat pembangunan klinikal untuk merawat pelbagai tumor hematologi dan/atau tumor pepejal. Menarini bergiat aktif secara komersial dalam bidang-bidang terapeutik yang paling penting menerusi produk-produk untuk kardiologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesik.

Dengan 16 tapak pengilangan dan 7 pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Menarini Group mempunyai kehadiran yang kukuh di seluruh Eropah dan Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Selatan. Produk-produk Menarini boleh didapati di 136 negara di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.menarini.com.

Source: Menarini Ricerche
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries