omniture

Bawakan Tema "Keindahan Dalam Segenap Aspek" Honor 9i Bertujuan Jadi Ikon Gaya dalam Industri Telefon Pintar Indonesia

Honor
2018-09-19 17:26 1122

JAKARTA, Indonesia, 19 September 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, secara rasminya memperkenalkan Honor 9i baharu di hadapan lebih 300 rakan media, Pemimpin Pendapat Utama (KOL) serta para peminat di Jakarta, Indonesia. Menerusi konsep "Keindahan Dalam Segenap Aspek", telefon pintar bajet ini dilengkapi dengan reka bentuk kaca cermin yang hebat dan dinaik taraf yang akan mengubah seluruh industri telefon pintar. Pelancaran Honor 9i yang disusuli dengan kejayaan Honor 9 Lite dan Honor 10 yang luar biasa dalam pasaran global ialah sebahagian daripada strategi Honor untuk menjadi salah satu daripada tiga jenama telefon pintar terbaik di Indonesia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

James Yang, Presiden Honor Indonesia (sebelah kiri) dan Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Global Shopee Group (sebelah kanan) mengumumkan harga Honor 9i di Indonesia
James Yang, Presiden Honor Indonesia (sebelah kiri) dan Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Global Shopee Group (sebelah kanan) mengumumkan harga Honor 9i di Indonesia

Kelihatan cantik dari segi dalaman dan luaran, Honor 9i ialah ikon gaya dan peranti sempurna untuk menangkap dan berkongsi detik-detik terbaik dalam kehidupan anda menerusi reka bentuk kaca 12 lapisan dengan kesan seakan-akan cermin, kamera hadapan 16MP yang cemerlang serta dua kamera belakang 13MP + 2MP. Bagi memperkaya pengalaman pengguna, Honor turut membenamkan teknologi-teknologi terkini demi memberikan prestasi seakan-akan ulung.

"Sebagai jenama inovatif dan penetap trend yang digemari oleh pengguna muda Indonesia yang gemarkan keseronokan, Honor komited untuk mencipta produk yang dapat membantu peminat kami menonjolkan keperibadian dan daya kreativiti mereka," kata James Yang, Presiden Honor Indonesia. "Penting untuk Honor menyediakan produk-produk yang berpatutan yang dapat mengagumkan pelanggan kami. Honor 9i ialah telefon yang cantik dengan prestasi tiada taranya dan kami yakin para peminat kami di Indonesia akan dapat menikmati ciri-ciri utamanya yang baharu dan menarik."

Semasa majlis pelancaran, Honor turut mengumumkan perkongsian dengan KLY Media Group memandangkan kedua-dua syarikat mempunyai misi yang sama untuk menawarkan maklumat dan kreativiti kepada golongan belia melalui penggunaan teknologi yang amat inovatif. "Kami memilih untuk bekerjasama dengan Honor Indonesia lantaran slogan 'Untuk yang Berani' yang telah dilaksanakan oleh Honor melalui produk-produknya semenjak kemunculannya di Indonesia. Honor ialah pencipta bersama gaya hidup muda yang dapat memenuhi tujuan syarikat kami," kata Steve Christian, Ketua Pegawai Eksekutif KLY Media Group. "Seperti mana yang mungkin anda ketahui, kami mempunyai media fesyen seperti Fimela.com, media sukan seperti Bola.com dan media hiburan seperti Kapanlagi.com, kesemuanya menyasarkan golongan belia. Kami berasa berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Honor Indonesia dan bersama-sama Honor, kami ingin menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada belia."

Selain berkolaborasi dengan KLY Media Group, Honor turut menjalin kerjasama khas dengan Happa, pereka Indonesia terkenal dengan jenama pakaian yang mantap kedudukannya, bagi mencipta lapisan luar telefon pintar yang istimewa untuk Honor 9i. "Saya tertarik dengan rekaan telefon pintar Honor, saya menyaksikan pelancaran Honor 9 Lite dan reka bentuk belakang kacanya adalah agak menawan yang begitu mengagumkan saya. Saya turut membaca berita mengenai reka bentuk kaca Aurora yang indah pada Honor 10 yang menetapkan trend baharu untuk reka bentuk telefon pintar. Kali ini, saya terinspirasi dengan reka bentuk serta warna istimewanya, Robin Egg Blue pada Honor 9i, yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk mereka bentuk lapisan luar telefon pintar untuk Honor 9i bagi menjadikan telefon pintar yang cantik ini lebih indah," kata Mel Ahyar, Pengasas Bersama Happa Official. "Pada pandangan saya, reka bentuk telefon pintar Honor mengutamakan gaya muda, ia menjadikan setiap telefon pintar yang dikeluarkan oleh Honor mewakili gaya individu golongan muda."

Tambahan pula, selain KLY Media Group dan Happa, Honor turut menghargai rakan-rakan niaga yang lain termasuk VivaVideo, KwaiGo, Tantan, Bigolive, Liveme dan Nonolive. Honor percaya dengan kuasa penciptaan bersama dan berhasrat untuk berkembang maju dengan semua rakan niaga selain bersama-sama mencapai kejayaan yang hebat.

Menerusi peranti inovatifnya dan strategi penyasaran yang tepat, Honor terus menerajui industri dalam pasaran asalnya sebagai e-jenama telefon pintar Nombor 1 di China, sekaligus berkembang pesat ke luar negara, termasuk Indonesia. Jenama ini mencapai peningkatan sebanyak 150% berbanding tahun sebelumnya dari segi jumlah jualan antarabangsa di luar China pada separuh pertama tahun 2018. Di Indonesia, Honor baru sahaja mengeluarkan keputusan jualan setengah tahunnya dengan pencapaian hebat menerusi pertumbuhan bulanan 100% pada separuh pertama tahun 2018. Pada Mei tahun ini, Honor mengatasi Apple untuk menjadi jenama telefon pintar Nombor 2 Rusia dari segi jumlah jualan, setelah menduduki tempat ketiga yang mantap sejak 13 bulan lalu. Jenama ini juga merupakan vendor telefon pintar yang paling pesat berkembang di India dengan peningkatan 300% dari segi jumlah jualan dan pendapatan pada separuh pertama tahun 2018.

Ciri-ciri Utama Honor 9i

Reka bentuk - Ikon gaya

Honor 9i dilitupi dengan saiz badan telefon yang tipis agar mudah dipegang dan didatangkan dengan pelbagai pilihan menarik reka bentuk kaca reflektif berwarna warni yang mempesonakan. Peranti ini dihasilkan dengan 12 lapisan kaca 2.5D pada bahagian depan dan belakang untuk memberikan kesan seakan-akan cermin.

Reka bentuk yang lebih kompak mempunyai paparan Notch yang lebih besar dan boleh disesuaikan. Skrin berukuran 5.84" ditetapkan pada badan telefon berbentuk bulat yang biasanya memberikan skrin 5.2". Pengguna akan berasa gembira apabila mendapati bahawa kini mereka dapat menukar antara Paparan Notch View 19:9 yang lebih besar dan FullView 18:9 dengan bebas sambil terus mengekalkan medan penglihatan yang luas ketika bermain permainan digital atau menonton rancangan TV dan filem kegemaran mereka.

Kamera - Penghebat keindahan

Kamera hadapan 16MP dengan peningkatan ISO menetapkan standard baharu untuk mengambil swafoto dalam persekitaran yang malap. Fungsi gabungan cahaya 4-dalam-1 dapat meningkatkan pemekaan, mengurangkan hingar imej dan menghasilkan potret diri yang lebih jelas dan seterusnya lebih menarik dengan pintar.

Kamera belakang dwikanta 13MP + 2MP didayakan dengan fungsi Apertur Luas dan disokong oleh suit mod kamera untuk merakam detik-detik indah dalam kehidupan harian anda.

Prestasi - Yang indah dan yang gah

Pemproses Okta-Teras Kirin 659 dan sistem EMUI 8.0 menjamin prestasi yang lancar dan tekal, disokong oleh storan 3GB/32GB dan storan 4GB/64GB yang mantap, bermakna kemungkinan yang tidak berpenghujung buat pengguna, sama ada mereka menggunakan berbilang aplikasi secara serentak atau bermain permainan berprestasi tinggi.

Honor 9i turut menyokong fungsi membuka kunci telefon pintar menggunakan wajah dan cap jari, yang bermakna anda boleh membuka telefon bimbit anda tanpa perlu menaip kata laluan atau perlu mengimbas cap jari anda. Buka Kunci melalui Wajah adalah pantas dan mudah berbanding kaedah-kaedah membuka kunci yang lain dan generasi baharu cap jari berbilang fungsi 4.0 ini dapat membuka kunci telefon anda hanya dalam masa 0.25 saat.[1]

Honor 9i akan disediakan dalam dua warna klasik dan cantik, iaitu Midnight Black dan Sapphire Blue, berserta warna istimewa Robin Egg Blue yang akan dilancarkan di Indonesia pada Oktober 2018. Semasa majlis pelancaran, James Yang, Presiden Honor Indonesia bersama-sama Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif Global Shopee Group mengumumkan harga rasmi, tarikh jualan pertama dan saluran jualan untuk Honor 9i. Telefon pintar ini akan disediakan dalam pasaran bermula pada jam 12.00 tengah hari pada 20 September 2018, secara eksklusif melalui Shopee dengan harga IDR 2,599,000 untuk versi 3+32 GB dan IDR 3,099,000 untuk versi 4+64 GB. Pada 20 September 2018, Honor akan turut mengadakan "Hari Jenama Super Honor" bagi menyediakan pengguna dengan tawaran istimewa melibatkan Honor 9Lite, Honor 7S, Honor 7A, Honor 7X, Honor10, serta Honor View 10.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya 'Untuk yang Berani', jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

Platform media sosial Honor Indonesia:
https://www.facebook.com/HonorID/
https://twitter.com/Honor_Indonesia
https://www.instagram.com/honor_indonesia/

Platform global Honor:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

[1] Berdasarkan ujian makmal Honor.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180918/2240902-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment New products/services