omniture

FE CREDIT Dayakan Pembayaran Mudah Alih untuk Pemegang Kadnya rentasi semua Terminal Pembayaran melalui Kad menerusi Samsung Pay

FE CREDIT
2018-09-19 23:43 2353

HO CHI MINH CITY, Vietnam, 19 September 2018 /PRNewswire/ -- VPBank Finance Company Limited (FE CREDIT) baru-baru ini mengumumkan pelancaran Samsung Pay untuk para pemegang kadnya, bagi mengetengahkan pembayaran mudah alih dalam pasaran yang amat kurang penembusan NFC.  Para pemegang kad FE CREDIT kini boleh membayar menerusi Samsung Pay di mana-mana terminal yang menerima kad di Vietnam atau di mana-mana sahaja di dunia, tanpa memerlukan keupayaan NFC di pihak peniaga.

FE Credit Card kini dengan Samsung Pay.
FE Credit Card kini dengan Samsung Pay.

Dengan beberapa langkah mudah, kad FE CREDIT kini boleh dipautkan kepada aplikasi Samsung Pay.  Pemegang kad kemudiannya boleh memulakan transaksi dengan telefon mudah alih mereka tanpa memerlukan kad fizikal mahupun dompet.  Ini turut membolehkan pembayaran tiket kecil seperti barangan runcit dan tambang teksi.

FE CREDIT mempunyai program ganjarannya sendiri Everyday Rewards Plus.  Menerusi Samsung Pay, pemegang kad akan menerima dua faedah serentak iaitu Mata Everyday Rewards Plus dan Mata Samsung Reward.

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "FE CREDIT percaya dengan usaha memanfaatkan teknologi bagi mewujudkan proposisi unik untuk pelanggan kami yang dihargai.  Pelancaran FE CREDIT Samsung Pay ialah satu lagi contoh usaha berterusan ini."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menyambung, "FE CREDIT menyasarkan untuk menyediakan pengguna kad kali pertama dengan tahap kemudahan yang terunggul.  Kini dengan Samsung Pay, mereka boleh menggunakan telefom mudah alih mereka untuk membayar di mana-mana terminal yang menerima pembayaran kad di Vietnam atau di peringkat antarabangsa dengan pantas, tanpa memerlukan kad fizikal mereka."

Latar Belakang FE CREDIT

A pioneer in Consumer Finance, FE CREDIT has established a solid foundation to become the market leader in consumer lending. FE CREDIT has also emerged as one of the leading credit card issuers in Vietnam. FE CREDIT currently provides consumer lending services such as personal loans, two-wheeler loans, consumer durable loans and credit cards. FE CREDIT has served almost 10 million customers, co-operating with 8.400 partners across 12,200 sales outlets nationwide.

Perintis dalam Pembiayaan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran dalam pemberian pinjaman pengguna.  FE CREDIT muncul sebagai salah satu pengeluar kad kredit utama di Vietnam.  FE CREDIT kini menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit.  FE CREDIT berkhidmat kepada lebih 10 juta pelanggan, bekerjasama dengan 8,400 rakan kongsi merentasi 12,200 outlet jualan di seluruh negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180914/2238084-1

Source: FE CREDIT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment New products/services Financial Technology