omniture

CÎROC X Moschino Lancar Kolaborasi Mereka di Minggu Fesyen Milan - Pertemuan Jenama-jenama Fesyen Paling Mencuit Hati

Ciroc Vodka
2018-09-20 12:53 933

MILAN, 20 September 2018/PRNewswire/ --

  • CÎROC luxury Vodka lancar kolaborasi baharu dengan jenama fesyen Itali Moschino di Minggu Fesyen Milan.
  • Menggabungkan pendekatan mencuit hati jenama terhadap kemewahan, kempen berkenaan dimulakan hari ini menerusi detik menggamit perhatian tatkala pengarah kreatif Jeremy Scott disertai oleh individu-individu berpengaruh termasuk peragawati Golden Barbie dan River Viiperi serta penyanyi handalan Wizkid. 
  • Ia menandakan permulaan tahun temasya termasuk reka bentuk botol edisi terhad, sambutan di beberapa destinasi paling mengujakan, dari Brazil ke Ibiza, serta kandungan komunikasi yang disruptif

CÎROC luxury Vodka hari ini melancarkan kolaborasinya dengan Moschino. Bakal membawakan pendekatan baharu yang berani terhadap maksud kemewahan moden, perkongsian ini menghimpunkan dua jenama yang disatukan menerusi pendekatan mencuit hati yang tersendiri terhadap fesyen. Ia akan melibatkan botol edisi terhad dan siri acara global yang diketuai oleh pengarah kreatif Moschino, Jeremy Scott serta sekumpulan individu berpengaruh dunia, menerusi keraian gaya individu yang sebenar.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Menjelang pertunjukan pentas peragaan SS19 beliau untuk Moschino pada hari esok, Jeremy melancarkan kolaborasi dengan beberapa individu berpengaruh dunia fesyen yang paling hangat di dunia yang akan menyertai beliau sepanjang tahun: Golden Barbie (turut dikenali sebagai Jasmine Sanders, peragawati), River Viiperi (peragawati), Thando Thabethe (DJ dan pelakon), WizKid (penyanyi) dan Cassper Nyovest (artis rakaman). Mereka akan bersama-sama menggamit perhatian di Milan menerusi semarak antara keseronokan, warna dan keraian.

Skuad gaya ikon yang sama turut menyertai Jeremy bukan sahaja hari ini di Milan, tetapi untuk acara sepanjang tahun. Kepelbagaian bakat dan latar belakang mereka merangkumkan semangat kempen. Sebagaimana CÎROC dan Moschino, mereka berkongsi gaya yang unik dan berani. Bermula dari lereng ke pantai, perkongsian tersebut akan berada di destinasi-destinasi paling hangat di dunia. Bermula dengan kiraan detik NYE bersama Golden Barbie di Brazil kepada parti pantai Ibiza bersama Wizkid, bersedialah untuk melihat perayaan menjadikan dunia fesyen berseri-seri. Setiap perayaan akan dibangunkan secara tersuai dengan koktel dan pengalaman yang diperibadikan oleh tuan rumah. Perayaan ekspresi diri yang tersuai ini dirangkumkan dalam botol edisi terhad CÎROC, direka oleh Jeremy Scott, yang bakal diperkenalkan pada musim luruh ini.

Dikenali sebagai 'pereka orang ramai', rekaan Jeremy yang menyeronokkan, eklektik dan bersemangat amat digemari oleh kelompok rakan ternama beliau sebagaimana kumpulan peminat global beliau. Beliau merupakan rakan kongsi yang sempurna untuk CÎROC dan mengulas:

"Saya sukakan sifat nakal dan mencuit hati CÎROC. Ia sesuai dengan pendekatan saya terhadap kehidupan dan fesyen dengan sempurna, maka perkongsian ini terasa begitu sejadi: adanya sinergi yang secocok. Saya banyak membuat rekaan dengan olahan peribadi dan tersuai, maka hebat rasanya untuk turut membawakan aspek ini ke dalam perkongsian tersebut. Suatu yang menyeronokkan apabila dapat membawakan bersama pendekatan berani kami terhadap kemewahan dan saya tidak sabar-sabar untuk melihat apa yang bakal dibawakan sepanjang tahun." - Jeremy Scott

Natalie Wills, Ketua Global CÎROC vodka menambah: "Dunia kemewahan sedang berubah dan menjadi lebih mudah diakses, menyeronokkan dan ekspresif berbanding sebelum ini. Kami sukakan pendekatan bersemangat Jeremy dan Moschino terhadap fesyen dan gaya serta merasakan sinergi yang hebat bersama CÎROC. Saya berharap dapat melihat perayaan mewah tersuai yang belum pernah disaksikan sebelum ini tatkala kami tiba bagi menikmati beberapa acara di pusat hiburan yang benar-benar menyeronokkan tahun ini!"
 

Ikuti keraian ini di:

CÎROC  

Instagram: @cirocvodka  
Twitter: @CirocVodka 
Facebook: http://www.facebook.com/CirocVodkaOfficial 
YouTube: http://www.youtube.com/CirocVodka 

Moschino 

Instagram: @moschino
Twitter: @moschino

Jeremy Scott 

Instagram: @itsjeremyscott
Twitter: @itsjeremyscott

Sumber: Ciroc Vodka

Source: Ciroc Vodka
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Fashion