XI'AN, China, 20 September 2018 /PRNewswire/ -- Telah diumumkan pada 10 September 2018 bahawa ibu kota Jalan Sutera dan bandar boleh dilabur yang paling bersifat antarabangsa di China, Xi'an, sekali lagi akan menjadi 'tumpuan kerohanian' bagi pengaturcaraan memandangkan ia akan menjadi tuan rumah bagi Festival Pengatur Cara Global ke-2 pada 24 - 25 Oktober ini di Zon Pembangunan Industri-industri Teknologi Tinggi Xi'an.
Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Perbandaran Xi'an, Zhong Hongjiang semasa satu sidang akhbar kepada audiens yang terdiri daripada pegawai kerajaan tempatan dan antarabangsa, tokoh perusahaan terkemuka dan rakan media. Sidang akhbar dihoskan oleh Zhang Xiaoning, Pengarah Pejabat Maklumat Perbandaran Xi'an dan dihadiri oleh Dr. Henry Chen, Pengerusi Chinasoft International; Gao Sumei, Setiausaha Eksekutif Persekutuan Industri Teknologi Maklumat China; dan Wang Hairuo, Timbalan Pengarah Pejabat Pentadbiran Zon Pembangunan Industri-industri Teknologi Tinggi Xi'an.
"Xi'an dianggap sebagai tempat istimewa kerana sejarahnya, lokasi dan masa depannya sebagai bandar raya model di China. Ditetapkan sebagai Pusat Inovasi dan percubaan reformasi kebangsaan, dan elemen tumpuan bagi Inisiatif Jalur dan Jalan, bandar yang meriah ini, berserta sejarah yang panjang dalam inovasi, merupakan pilihan jelas untuk menjadi tuan rumah kepada Festival Pengatur Cara Global ke-2," kata Zhong Hongjiang.
Festival Pengatur Cara Global pertama, diadakan pada tahun 2017, mengalu-alukan lebih 2,500 hadirin, pegawai-pegawai kerajaan peringkat kementerian, para eksekutif dari 500 syarikat terbaik dunia dan nama-nama yang tersohor termasuk HSBC, Huawei dan Baidu. Turut menghadiri acara tahun ini ialah para pelajar mendiang Prof. Stephen Hawking, Saintis Perancis dan Penulis The Universe in Your Hand, Christophe Galfard, individu-individu berpengaruh bagi Pemikiran Reka Bentuk, para ilmuwan ternama, pemimpin-pemimpin industri dan syarikat-syarikat teknologi paling utama seperti Infosys.
Dr. Henry Chen, Pengerusi Lembaga Chinasoft International, mengulas: "Meskipun ia bertajuk Festival Pengatur Cara Global, ia lebih daripada sekadar pengaturcaraan. Ia merupakan sebuah acara untuk kerjasama ekonomi serantau, pertukaran pengetahuan, inovasi pragmatik dan pemupukan bakat; ia mencakupi spektrum penuh dunia digital dan bagaimana untuk bersiap sedia menghadapi masa depan yang ditakrifkan oleh perisian."
Bagi menyokong festival Pengatur Cara Global, Pengarah Pejabat Pentadbiran Zon Pembangunan Industri-industri Teknologi Tinggi Xi'an Yang Renhua akan menjalankan beberapa siri program bantuan antarabangsa temasuk mengetuai delegasi ke Israel bagi melancarkan acara bersama-sama "Bapa Keusahawanan" dan pengasas Festival Inovasi Tel Aviv, aktiviti inovasi keusahawanan yang terbesar di Eropah dan Timur Tengah serta rakan kongsi bersama Festival Pengatur Cara Global.
Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Pengatur Cara Global, sila layari: http://en.codingthefuture.com/
Latar Belakang Festival Pengatur Cara Global
Festival Pengatur Cara Global bertemakan "Pengekodan demi Masa Depan" mengundang para pemimpin industri dan golongan elit teknologi dari dalam dan luar negara untuk berhimpun di Xi'an. Festival ini bertujuan untuk membina bakat, pelaburan modal dan inovasi melalui beberapa siri forum dan pertandingan. Sebagai acara tahunan yang terkemuka dalam kalendar industri teknologi, ia menyediakan platform dalam negara untuk pengatur cara dari seluruh dunia berkomunikasi, berkongsi idea, memberi inspirasi dan meningkat maju bersama-sama.