omniture

CRRC Perkenal Kereta Api Metro Cekap Tenaga Canggih Paling Ringan dan Baharu di InnoTrans 2018

CRRC
2018-09-20 15:27 999

BERLIN, 20 September 2018 /PRNewswire/ -- CRRC (China Railway Rolling Stock Corporation, syarikat), pengeluar kenderaan yang bergerak di landasan kereta api yang terbesar di dunia, memperkenalkan julung kalinya kereta api metro gentian karbon terkini daripada mereka, 'CETROVO', kepada ramai pemimpin industri, peminat kereta api dan rakan media di Berlin hari ini. Kereta api baharu ini 13% lebih ringan berbanding kereta api metro keluli atau aluminium tradisional, menjadikannya kereta api paling ringan dan paling cekap tenaga daripada syarikat dan pertama seumpamanya di China. Kenderaan baharu ini juga berpandangan jauh menuju masa depan melalui pelbagai ciri reka bentuk "pintar" termasuk "tingkap ajaib" dan cermin didayakan skrin sentuh untuk era digital perjalanan penumpang.

 

Sun Yongcai, Presiden CRRC, berkata "Peralatan transit sel berada di puncak revolusi. Penerimaan dan pengenalan bahan-bahan gentian karbon telah dapat menghasilkan kereta api yang lebih ringan dan lebih cekap tenaga. Dengan ciri berkenaan, kini bermulalah pengenalan berterusan melibatkan perkhidmatan lebih pintar yang menyasarkan untuk meningkatkan penyelenggaraan, operasi dan pengalaman penumpang. Menuju masa depan, CRRC akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan serta aplikasi teknologi baharu dan bahan-bahan gentian karbon pada kereta api Maglev berkelajuan tinggi 600KM, EMU berkelajuan tinggi dan kereta api bawah tanah."

Mingde Shi, the Chinese Ambassador in Germany, Yongcai Sun, the President of CRRC, Jun Wang, Vice President of CRRC, Prof. Werner Hufenbach and Ma Yunshuang, the General Manager of CRRC Sifang witness the launch of CETROVO.
Mingde Shi, the Chinese Ambassador in Germany, Yongcai Sun, the President of CRRC, Jun Wang, Vice President of CRRC, Prof. Werner Hufenbach and Ma Yunshuang, the General Manager of CRRC Sifang witness the launch of CETROVO.

CETROVO bermatlamat untuk menyediakan penumpang dengan "perkhidmatan pintar" merata dan ini termasuk beberapa ciri teknikal temaju. Termasuk juga tingkap kereta yang dapat diubah menjadi paparan skrin sentuh. Para penumpang boleh menonton berita, melayari web, membeli tiket, menonton video dan rancangan TV secara langsung melalui "tingkap ajaib" CETROVO. Kereta api ini juga didatangkan lengkap dengan cermin skrin sentuh didayakan internet; tempat duduk cuci sendiri; teknologi pengurangan getaran dan hingar termaju; sistem bantuan pendengaran bersepadu dan sistem penyaman udara dan cahaya yang dapat 'bertindak balas' terhadap keadaan yang berubah-ubah demi perjalanan yang lebih menyeronokkan.

Media and visitors show great interests in CETROVO's magic window, which can transform into a touch-screen and allows passengers to perform tasks like watching videos and even paying tickets on it.
Media and visitors show great interests in CETROVO's magic window, which can transform into a touch-screen and allows passengers to perform tasks like watching videos and even paying tickets on it.

Ding Sansan, Timbalan Ketua Kejuruteraan CRRC Sifang, berkata mengenai kereta api generasi baharu itu, "Pengilangan ringan adalah konsep pembinaan metro bagi mencapai kecekapan tenaga yang lebih baik. Gentian karbon ialah bahan paling canggih yang tersedia, dan CETROVO menggabungkan teknologi ini dengan baik. Badan kereta, kerangka bogi, kabinet peralatan ruang pemandu kesemuanya diperbuat daripada bahan-bahan komposit gentian karbon. Hasilnya adalah kereta api yang lebih ringan dan lebih ruang untuk ciri-ciri baharu."

Ciri-ciri tambahan kereta api tersebut termasuk:

  • Sistem penarikan cekap tenaga baharu untuk mencapai kecekapan tenaga yang lebih tinggi sehingga 15% berbanding kereta api metro tradisional
  • Lebih 1,100 titik sensori untuk memantau kereta api pada waktu nyata bagi mengoptimumkan kecekapan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.
  • Teknologi pemanduan terus dengan motor segerak magnet kekal
  • Penukar karbida silikon untuk meningkatkan kecekapan penarikan
  • Sistem jejarian aktif pada bogi yang dapat mengawal set roda demi prestasi lebih baik bagi mengurus lengkung dengan jejari kecil
  • Bateri dalaman yang dapat menyediakan kuasa penarikan sehingga 15KM
  • Komposisi 2+N anjal yang sesuai sehingga untuk 12 kereta
  • Mengurangkan haus pada roda dengan banyak

Untuk mengunjungi CRRC di InnoTrans Berlin, sila kunjungi Dewan 2.2 / 310; untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.crrcgc.cc/

Latar Belakang CRRC

Dengan matlamat untuk "membangunkan sebuah syarikat antarabangsa yang disegani," CRRC telah menjadi salah sebuah syarikat peralatan pengangkutan rel yang terbesar di dunia dengan pendapatan jualan tahunan mencecah USD 31.538 bilion pada tahun 2017. Ia mempunyai 83 cawangan di 26 negara dan wilayah seluruh dunia, 13 pusat penyelidikan dan pembangunan luar negara dan tapak pengilangan setempat di Amerika, India, Malaysia, Afrika Selatan dan sebagainya dengan produk-produknya meliputi 104 negara dan wilayah di enam benua.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180919/2240772-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180919/2240772-1-b
Video -  https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20180919CRRC.mov

Source: CRRC
Related Links:
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services Trade show news