SINGAPURA, 20 September 2018 /PRNewswire/ -- Great World City Singapura akan beralih kepada fasa pengubahsuaian yang seterusnya lewat tahun ini, diterajui oleh Lead 8, sebuah firma seni bina dan rekabentuk antarabangsa yang terkenal. Mengekalkan rekabentuk bangunan asal disamping menyokong bangunan semasa dan menginovasi untuk masa depan, perhatian khusus telah diberikan di dalam rekabentuk dan pengubahsuaian bangunan yang bersejarah ini demi memastikan daya tarikan asal dan keunikan bangunan ini dikekalkan.
Pembangunan semula Great World City merupakan satu usaha penting untuk penduduk Singapura. Merupakan salah satu destinasi percutian dan hiburan yang utama di Singapura, ia mengimbau kembali kehidupan serba ringkas dalam sejarah Singapura, tempat untuk keluarga, percintaan dan glamour. Malah Elizabeth Taylor juga pernah menghadiri pertunjukan perdana di taman tersebut pada tahun 1958. Great World City ialah tempat dimana ramai golongan warga emas masa kini bersantai semasa remaja, tempat yang diingati dengan penuh kasih sayang.
Kenangan indah ini amat berkait rapat secara semulajadi dengan zaman Art Deco sewaktu Great World City dibangunkan dan terus menjadi ilham untuk rekabentuk semula. Dengan memudahkan perancangan bagi menjadikan orientasinya lebih intuitif, pasukan pereka sangat teliti dan selektif mengekalkan bahagian-bahagian rekabentuk dan muka bangunan masa kini secara selektif namun menambahbaikannya bagi mencerminkan zaman kontemporari masa kini.
"Penting untuk kami mengekalkan emosi asal bangunan ini. Begitu banyak kenangan dan sejarah Singapura dikaitkan dengan ruang ini, yang mana kami berpendapat ianya akan memberi tambahan kepada kekuatan rebentuk kami, dan bukan mengurangkannya," kata Meeta Patel, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Lead8 dan Ketua Arkitek bagi projek Great World City.
Elemen – elemen unik pada bangunan ini telah dikekalkan seperti kerangka pada lubang di pintu masuk dan perincian "Art Deco" yang mana menjadi sumber inspirasi untuk konsep hiasan dalaman yang kontemporari pada bangunan. Ruang besmen yang diubahsuai menjadi dewan makan, diilhamkan oleh Restoran Diamond yang asal dan diberikan wajah baharu supaya kelihatan kontemporari dan unik. Disamping itu, ruang lanskap berteres di wujudkan di sekitar restoran-restoran baharu dan medan selera di tingkat 3. Ruang lanskap ini boleh diakses oleh orang awam yang seterusnya membuka ruang kepada pemandangan bersuasana hijau yang subur ke arah Sungai Singapura dan sekitarnya.
Keperluan keluarga juga turut dipenuhi dengan baik dengan kawasan bermain kanak-kanak yang mempunyai kafe untuk menarik perhatian ibu bapa. Peralatan permainan yang dipilih dan disediakan akan disesuaikan untuk kanak – kanak dari pelbagai golongan dan latar belakang agar aktiviti bermain menjadi lebih menarik dan interaktif namun selamat dan sesuai untuk kumpulan umur yang berbeza.
Laluan pejalan kaki di sekeliling bangunan telah dikonfigurasikan semula bagi menjadikan Great World City lebih terbuka, berkesinambungan dan menarik dengan restoran – restoran ditempatkan diruang luar bangunan dan terbuka kearah jalan raya. Walau bagaimanapun, perubahan utama adalah pada laluan masuk ke Jalan Kim Seng dan Jalan Zion serta satu lagi laluan masuk baharu di pusat makanan Jalan Zion. Kesemua laluan masuk ini telah ditambah baik dengan menerapkan rebentuk yang lebih moden dan digabungkan secara baik dengan fasad sediaada yang dikekalkan.
Perancangan yang disemak semula itu mengiktiraf dan membayangkan semula laluan penghijrahan berakulturasi yang diguna pakai oleh penduduk tempatan selama bertahun – tahun. Dengan menakrifkan laluan navigasi tidak rasmi ini menjadi jalan rasmi, Great World City membuat pertautan hubungan yang tidak dapat diubah – ubah oleh komuniti ini.
Latar Belakang Lead8
Lead8 ialah studio reka bentuk antarabangsa yang mempunyai pengalaman memenangi anugerah dalam bidang seni bina, hiasan dalaman, perancangan induk, penjenamaan dan reka bentuk grafik. Diasaskan pada tahun 2014 dengan pasukan global seramai lebih 200 pakar reka bentuk di Hong Kong, Kuala Lumpur, London dan Singapura, Lead8 komited untuk mencipta kecemerlangan, inovasi dan kelestarian. Menerusi pengalaman luas dalam pelbagai jenis projek, termasuk pembangunan guna campur berskala luas, pembangunan berorientasi transit, peruncitan, pejabat, hospitaliti dan lapangan terbang, Lead8 menyediakan strategi-strategi yang ditempah terlebih dahulu dan menyediakan penyelesaian kreatif kepada pelanggan di seluruh dunia. Layari www.lead-8.com untuk mengetahui lebih lanjut.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180910/2231339-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180910/2231339-1-b