omniture

Tenggelam dalam Ketakjuban Kumbh Mela Dengan The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2018-09-20 18:35 2244

MUMBAI, India, 20 September 2018 /PRNewswire/ -- Kumbh Mela, perhimpunan penziarah aman yang terbesar di dunia dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Kebudayaan Kemanusiaan Tak Ketara, mempunyai sejarah yang bermula sejak ribuan tahun lalu. Kehebatan ekstravaganza budaya ini diraikan di empat bandar berbeza di India sepanjang tempoh 12 tahun, menarik begitu ramai penganut yang mencari kerohanian dan nirwana, mandi di sungai-sungai suci demi menyucikan diri mereka daripada dosa.

generated by system

Allahabad Kumbh Mela yang dijadualkan pada Januari 2019 dipercayai merupakan salah satu tempat menziarah tempat suci yang paling mulia untuk penganut agama Hindu, diadakan di bahagian kuala (Triveni Sangam) Ganga, Yamuna dan Sarasvati yang mistik.

Atas jemputan Shri Shri 108 Mahant Late Shri Bala Krishna Das ji Maharaj dan anak lelaki beliau Shri Bipin Bihari Pandey ji Maharaj di Shri Ramanandiya Vaishnav Ashram Pratisthan Puri, Samudra Koop Tirth, Jhusi, Allahabad, The Ultimate Travelling Camp (TUTC) tidak lama lagi akan merentasi tanah suci ini bagi melancarkan 'Sangam Nivas' Camp dan memperkenalkan para pengembara dengan perjalanan berbilang sensori yang tiada tandingan ke tengah-tengah Kumbh Mela. Tawaran terkini daripada TUTC, Sangam Nivas, Allahabad, bertujuan untuk memberikan intipati unggul mengenai Kumbh Mela kepada pencari elemen kerohanian dan kesejahteraan, sekaligus membawakan aspek-aspek holistik daripada falsafah dan mitologi India.

Para tetamu boleh memilih daripada 17 khemah Mewah yang luas dan ditetapkan khas serta 27 khemah Deluxe Mewah Super yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan kelengkapan perabot tempahan khas yang dipenuhi hiasan.

Kem ini diselitkan dengan aktiviti-aktiviti eksklusif yang dipilih susun khas bagi meningkatkan pengalaman Kumbh Mela. Saksikan lautan penganut agama yang bersungguh-sungguh menjalankan ritual mereka dan berdoa atau memilih untuk mengunjungi pelbagai Akharas bagi mendapat pandangan yang komprehensif tentang ideologi dan falsafah mazhab yang berlainan dalam Hinduisme. Ikut serta dalam kelas-kelas Yoga dan Meditasi sebelah pagi yang dijalankan untuk para tetamu yang menginap di Sangam Nivas, atau nikmatilah Kumbh Mela melalui pelayaran bot pada awal pagi dan lihatlah para penganut agama Hindu di tebing-tebing sungai mengambil air sembahyang dan berdoa kepada dewa-dewa ketuhanan dengan him serta mantera yang dilaungkan serentak. Rakamlah persekitaran manusia dan kepercayaan mistik melalui kamera sebagai sebahagian daripada lawatan fotografi.

Para tetamu akan disajikan dengan pengalaman kulinari yang ringkas namun unik yang mana hidangan vegetarian termasuk makanan 'satvik', roti dibakar segar, pai dan biskut akan disediakan oleh Cef-cef kami.

Sangam Nivas akan beroperasi mulai 10 Januari hingga 6 Mac 2019.

Perhubungan Media:
Chaitra Shetty
chaitra.shetty@tutc.com
+91-8010902222

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel