omniture

Richard Maaghul ODEM bakal Berucap di Persidangan #SWITCH! di Lithuania

ODEM.IO
2018-09-20 20:28 1950

ZUG, Switzerland, 20 September 2018 /PRNewswire/ -- Richard Maaghul, Ketua Pegawai Eksekutif ODEM, Pasaran Pendidikan Atas Permintaan yang terkemuka di dunia, akan berucap pada 20 September di persidangan teknologi, maklumat dan keusahawan #Switch! di Vilnius, Lithuania.

Maaghul akan memulakan program pendidikan persidangan melalui ucapan dasar mengenai Revolusi Teknologi Rantaian Blok dalam Sektor Pendidikan. Di samping itu, Dr. Adel ElMessiry, Ketua Mentor Teknologi ODEM akan memberikan perkembangan terkini mengenai pembangunan Platform ODEM, portal pendidikan berasaskan rantaian blok daripada syarikat bagi memperkasa para pelajar untuk berinteraksi dengan pendidik-pendidik demi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang luar biasa.

"Kami berbesar hati dan berasa gembira kerana dapat berucap kepada audiens yang sebahagian besarnya ialah pelajar, pada waktu yang begitu penting ini, ketika munculnya teknologi rantaian blok sebagai kuasa untuk mencipta perubahan positif dalam bidang pendidikan," kata Maaghul. "Saya dan Dr. ElMessiry berasa amat teruja untuk berkongsi kisah ODEM bersama ahli-ahli komuniti maklumat, komunikasi dan teknologi Lithuania."

Teknologi rantaian blok, sistem penyulitan yang mendasari mata wang digital seperti Bitcoin dan Ethereum membentuk semula cara fikir orang ramai dalam menyediakan pendidikan dan menyimpan transkrip serta rekod pencapaian akademik yang lain dengan selamat.

ODEM menumpu pada penggunaan rantaian blok dan kontrak pintar bagi mengatasi halangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam memperoleh pendidikan tinggi. Misi ODEM adalah untuk menjadikan pendidikan lebih mudah diakses, berpatutan, mudah dibawa dan boleh disahkan. Platform ODEM akan menyediakan program-program akademik secara peribadi, dalam talian dan dicampur. Menjelang awal tahun 2019, platform ini akan berupaya menyediakan program-program akademik dan sijil berasaskan rantaian blok.

#Switch! ialah persidangan perangkaian bukan untung yang terbesar di Negeri-negeri Baltik, menumpu pada keusahawanan, maklumat, komunikasi dan teknologi. Lebih 15,000 peserta dijangka hadir di persidangan ini untuk mendengar ceramah dan menyertai perbincangan yang menumpu pada teknologi rantaian blok, tawaran syiling awal, kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

Untuk maklumat lanjut sila lihat: ODEM.IO. Atau Sertai perbualan ODEM di Telegram.

Bagi mendapatkan ringkasan tentang persidangan industri akan datang yang bakal dihadiri oleh pemimpin-pemimpin ODEM, sila lihat: Acara.

Alexa Narma,
Pengarah Kanan, Produk dan Pemasaran
alexa@odem.io 
press@odem.io 
Tel: +1 (424) 327-5682
Via Balestra 66830 Chiasso, Switzerland

Sertai Perbualan ODEM.IO di Telegram.
https://www.linkedin.com/company/odem-io/ 
https://www.facebook.com/odemio/ 
https://twitter.com/ODEM_IO 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/639718/ODEM_IO_Logo.jpg  

Source: ODEM.IO
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education New products/services Not for profit Trade show news Blockchain