omniture

CRRC Digelar 'Pencipta Nilai' menerusi Inovasi dan Penyelesaian Baharu di InnoTrans 2018

CRRC
2018-09-21 14:39 2188

- CRRC perkenal tiga lokomotif baharu, kereta metro dan kereta api berkelajuan tinggi di InnoTrans 2018
- Sasar untuk mengurangkan kos pelanggan dengan memperkenalkan penyelesaian pemantauan "penjagaan kesihatan" kereta api baharu dan penyelesaian fleksibel
- Lancar sistem penyelesaian perjalanan rel, kargo, udara dan darat bersepadu untuk bandar-bandar moden

BERLIN, 21 September 2018 /PRNewswire/ -- InnoTrans 2018, pameran perdagangan antarabangsa yang terkemuka di dunia untuk pengangkutan dan teknologi serta penunjuk arah hala tuju perindustrian untuk pembangunan bandar masa depan, menjadi saksi kepada pengenalan tawaran produk terkini dan paling canggih serta penyelesaian pengangkutan daripada CRRC semalam. Di bawah tema untuk menjadi syarikat pilihan bagi "mencipta nilai dengan penyelesaian berteknologi tinggi," dalam industri perkhidmatan pengangkutan bersepadu, syarikat mempesonakan pengunjung menerusi pengenalan bebarapa teknologi produk baharu termaju dan juga siri penyelesaian inovatif. Ia juga merupakan kali pertama syarikat membawa dua lokomotif kerja yang sebenar melebihi 7,300KM untuk menyertai pameran teknologi pengangkutan yang terkemuka di dunia.

  • Lokomotif pirau AC hibrid 'pembakaran dalaman + bateri'
  • CETROVO, kereta api metro gentian karbon 'pintar' generasi baharu
CRRC unveils three new locomotives, metro car and a high-speed train at InnoTrans 2018
CRRC unveils three new locomotives, metro car and a high-speed train at InnoTrans 2018

"Sejak beberapa tahun lalu, CRRC menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai 'penyedia penyelesaian transit rel bersepadu' dan 'pencipta nilai' kepada pelanggan globalnya, beralih daripada penyedia produk menjadi pencipta penyelesaian sistem," kata Sun Yongcai, Presiden CRRC. "Pameran kami di pameran perdagangan InnoTrans yang terkenal di dunia, produk baharu kami dan penyelesaian berkesan kos kesemuanya mencerminkan dua konsep ini." CRRC tersenarai sebagai pembekal peralatan landasan kereta api terbesar berdasarkan pusing ganti pada tahun 2017 oleh SCI verkehr.

Two visitors show high interest for CRRC’s latest and most advanced product offerings exhibited on the stand at InnoTrans 2018
Two visitors show high interest for CRRC’s latest and most advanced product offerings exhibited on the stand at InnoTrans 2018

Di bawah konsep ini, syarikat mempersembahkan inovasi mereka dengan mengutamakan tiga aspek penting iaitu memperoleh masa, mengurangkan kos, kepintaran dan bergabung demi masa depan.

Peroleh Masa

Di samping dua lokomotif baharu dan kereta metro yang dipamerkan di pusat pameran luar, syarikat turut melancarkan siri penyelesaian baharu untuk bandar-bandar moden yang semakin berkembang, termasuk kereta api antara bandar berkelajuan tinggi dan amat versatil serta kereta kargo yang dapat mencapai kelajuan sehingga 250km/j. Kereta api antara bandar yang baharu ini menawarkan pilihan kemudahan kefleksibelan semasa waktu kurang penumpang/puncak dan manakala kereta kargo baharu yang menjimatkan masa dapat mengurangkan kos rantaian bekalan menerusi penyelesaian pengangkutan dalam jumlah yang tinggi untuk makanan segar dan bahan-bahan pertolongan cemas untuk bantuan bencana.

Kurangkan Kos

Dengan menjadikan pengoptimuman suatu keutamaan, syarikat turut memperkenalkan PHM, "sistem penjagaan kesihatan" sensori untuk kereta api. Sistem baharu yang berpandangan jauh itu menyediakan pengendali dengan diagnostik dan ramalan waktu nyata berhubung keadaan kereta api mereka; membuat keputusan dengan lebih baik dan mengurangkan kos melalui diagnosis ketepatan.

Bergabung demi Masa Depan

Penyelesaian kargo terkini daripada CRRC yang diperkenalkan kepada pengunjung di InnoTrans, membayangkan dunia yang saling terhubung dengan sistem pengangkutan untuk dipadankan. Dengan menghubungkan pelbagai mod pengangkutan, seperti jalan raya, udara, rel dan lautan kepada satu sistem bersepadu, syarikat menyasarkan untuk meningkatkan industri logistik, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.

"CRRC bermatlamat untuk membina sebuah syarikat antarabangsa yang disegani, dengan penyelesaian dan nilai sebagai terasnya. Setakat ini, kami telah bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dari seluruh dunia bagi menambah baik industri pengangkutan rel, membuka lebih tiga belas pusat R&D di seluruh dunia termasuk di Jerman berserta Pusat Teknologi Transit Rel China-Jerman yang dibangunkan bersama-sama universiti Dresden," kata Cao Gangcai, jurucakap CRRC. Beliau menambah, "Di InnoTrans 2018, kami berharap dapat menunjukkan pencapaian kami dan dalam masa yang sama menonjolkan peluang-peluang untuk berganding bahu bersama-sama demi mencipta nilai untuk industri dan penumpang kereta api."

CRRC highlights the opportunities of working together to create value for the industry and rail passengers.
CRRC highlights the opportunities of working together to create value for the industry and rail passengers.

InnoTrans 2018 akan berlangsung mulai 18-21 September, kunjungi Dewan 2.2/Reruai 310!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180920/2243531-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180920/2243531-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180920/2243531-1-c

Source: CRRC
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trade show news Future Events