omniture

Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya dan KinaReiser AS, Norway tandatangani MOU lancar laluan udara Sanya-Oslo

Sanya Tourism Development Commission
2018-09-22 02:10 2185

Perkhidmatan baharu buka saluran terus ke Eropah utara dan tambah bilangan bandar dalam lingkungan jarak 12 jam melalui udara dari syurga tepian pantai tropika yang dikenali sebagai Sanya

SANYA, China, 22 September 2018 /PR Newswire/ -- Pada 17 September, Yan Chaojun, Ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Parti Wilayah Hainan dan Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Sanya, mengetuai satu delegasi dari Sanya ke Stockholm, Sweden di mana beliau menandatangani memorandum persefahaman antara Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Sanya dan KinaReiser AS Norway bagi pelancaran laluan udara Sanya-Oslo. Pu Zhengdong, kaunselor kebudayaan untuk kedutaan Cina di Sweden, bertindak sebagai saksi penandatanganan tersebut.

Yan Chaojun, member of the Standing Committee of Hainan Provincial Party Committee and Secretary of Sanya Municipal Party Committee, in talks with the head of KinaReiser AS China
Yan Chaojun, member of the Standing Committee of Hainan Provincial Party Committee and Secretary of Sanya Municipal Party Committee, in talks with the head of KinaReiser AS China

 

Sanya Tourism Development Commission and KinaReiser AS sign Memorandum of Understanding
Sanya Tourism Development Commission and KinaReiser AS sign Memorandum of Understanding

 

Signing ceremony for MOU for the Sanya-Oslo Route
Signing ceremony for MOU for the Sanya-Oslo Route

 

Sebagai sebahagian daripada usaha Sanya untuk mempromosikan pewujudan zon perdagangan bebas dan pelabuhan di wilayah Hainan, bandar tersebut telah mengukuhkan usaha perlindungan ekologinya, mengindahkan landskap, menambah baik infrastruktur dan menaik taraf perkhidmatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam usaha untuk mematuhi piawaian antarabangsa sepenuhnya. Penambahbaikan yang luas terhadap Sanya, di dalam tempat penginapan dan tempat pelancongan serta jalan, pantai dan taman dapat dilihat dengan amat jelas, tatkala bandar ini memulakan projek bagi mencipta persekitaran pelancongan yang selamat sepenuhnya dan sangat andal untuk para pengunjung dari empat pelosok dunia. Dari Januari hingga Julai tahun ini, Sanya menerima 432,300 pengunjung luar ke dalam negara (termasuk pengunjung satu hari), peningkatan 9.32 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan banyak ketibaan adalah dari negara-negara termasuk Argentina, Australia, Austria, Belarus, Kanada, Estonia, Finland, Jerman, Indonesia, Itali, Kazakhstan, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Mexico, New Zealand, Belanda, Filipina, Poland, Portugal, Qatar, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tambahan pula, dasar-dasar keutamaan yang dilaksanakan oleh Sanya untuk industri penerbangan adalah amat kompetitif. Kerajaan perbandaran Sanya akan turut menyediakan sokongan dasar untuk pengendali sewa dan ejen pelancongan dengan kebolehan untuk membawa bilangan besar pelancong luar ke dalam negara. Sejak awal tahun ini, Sanya telah memanfaatkan beberapa dasar yang menguntungkan, terutamanya dasar tanpa visa baharu untuk pengunjung dari 59 negara, serta mengundang agensi-agensi pelancongan luar negara secara proaktif untuk mengunjungi dan benar-benar memahami pasaran pelancongan Hainan. Wilayah ini telah terlibat dalam usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap industri pelancongan Sanya di seluruh dunia, menganjurkan jelajah-jelajah promosi berdasarkan jemputan selain promosi-promosi untuk menggalakkan agensi-agensi tempatan memulakan usaha mereka di peringkat antarabangsa. Setakat ini, sebanyak 34 laluan udara disediakan antara Sanya dan bandar-bandar luar negara, yang mana 33 daripadanya sudahpun beroperasi.

Menurut ketua Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Sanya, penandatanganan memorandum kerjasama untuk laluan udara Sanya-Oslo itu bukan sahaja merupakan pencapaian yang berhasil daripada usaha-usaha Sanya untuk meningkatkan bilangan destinasi yang dalam lingkungan jarak 12 jam perjalanan melalui udara, tetapi juga merupakan satu pengukuhan semula usaha Hainan selama bertahun-tahun untuk berkembang ke dalam pasaran Nordik, selain terus memanfaatkan pembaharuan dan pembukaan dasar yang dilaksanakan oleh dasar tanpa visa yang baharu. Pelancaran laluan baharu tersebut bukan sahaja membuka saluran pelancongan dari Sanya ke Eropah utara, memudahkan perjalanan pelancong Cina yang menjelajah dari Sanya ke Oslo, tetapi turut memberikan penduduk Scandinavian dan penduduk Eropah Utara yang lain dengan peluang untuk memilih Sanya sebagai destinasi percutian dan untuk mengalami kehidupan dan budaya Wilayah Hainan. Laluan baharu ini akan mempercepat usaha peralihan Sanya menjadi destinasi pengembaraan antarabangsa yang dikenali ramai dan membawakan bandar ini selangkah ke hadapan untuk mengubahnya menjadi tempat pelancongan tepian pantai yang bertaraf dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180919/2242037-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180919/2242037-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180919/2242037-1-c

Source: Sanya Tourism Development Commission
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Contracts New products/services