omniture

Pengurusan Kualiti Makanan curi tumpuan di Food Japan 2018

OJ Events Pte Ltd
2018-09-24 10:36 1146

Kualiti makanan, makanan fungsian, produk halal dan teknologi inovatif terus mendapat tumpuan di Asia Tenggara  

SINGAPURA, 24 September 2018 /PRNewswire/ -- Food Japan 2018, dianjurkan oleh OJ Events Pte Ltd, kembali ke Singapura buat tahun ketujuh berturut-turut, untuk menghimpunkan perniagaan-perniagaan F&B (makanan & minuman) dari seluruh Jepun dan Asia Tenggara. Pameran ini merupakan pameran paling prolifik di ASEAN melibatkan produk makanan dan minuman (F&B) Jepun asli, teknik-teknik kulinari dan teknologi-teknologi baharu.

Pengurusan Kualiti Makanan curi tumpuan di Food Japan 2018
Pengurusan Kualiti Makanan curi tumpuan di Food Japan 2018

Dahulunya dikenali sebagai Oishii Japan, Food Japan 2018 bakal diadakan di Dewan 401-402 Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura Suntec mulai 25 hingga 27 Oktober 2018.

Pameran sepanjang tiga hari itu akan menyaksikan pengurusan kualiti makanan menjadi tumpuan di Food Japan 2018. Kualiti unggul produk-produk F&B Jepun, yang tertakluk kepada pemeriksaan kualiti yang ketat dan dihasilkan menggunakan teknik-teknik keselamatan makanan termaju akan mencuri tumpuan.

Nippon Suisan Kaisha, subsidiari NISSUI Group, menggunakan operasi bersepadu secara vertikal untuk menjamin keselamatan produk marinnya seperti kurose buri (ikan 'yellowtail') dan pollock roe. Tsukuba Dairy Products menerima pakai program pengurusan kebersihan bersepadu, berserta pensijilan analisis bahaya dan pengurusan kualiti bagi mengurangkan risiko pencemaran silang ketika memproses produk tenusu dan kekacang.

Memandangkan semakin ramai pengguna beralih kepada alternatif yang lebih sihat, acara ini akan membawakan pempamer-pempamer utama yang memenuhi permintaan ini. Morinaga Nutritional Foods akan membawakan rangkaian produk tenusu yang luas kepada acara ini termasuk krimer tenusu penuh tanpa minyak sayuran, Creap.

Daiei Foods akan membawakan pelbagai produk makanan berasaskan ikan yang disahkan Halal, sebagai tanda minat Jepun yang semakin meningkat terhadap negara-negara majoriti penduduk beragama Islam seperti Malaysia dan Indonesia. 21 Max New Solution akan membawakan rangkaian periuk nasi terkini yang meningkatkan produktiviti, KUBOTA. Peranti ini direka untuk membantu restoran-restoran menangani cabaran melibatkan tenaga kerja yang terhad.

Lebih 200 pempamer dijangka akan menghadiri Food Japan 2018 yang akan menjadi tuan rumah kepada kepakaran dari pelbagai wilayah Jepun. 35% daripadanya mengambil bahagian buat julung kalinya, membawakan hasil bermusim yang segar, bahan-bahan yang enak, sake dan teknologi Jepun yang canggih kepada rantau ini.

"Eksport pertanian, perhutanan dan perikanan Jepun melangkaui JPY435 bilion pada separuh pertama tahun 2018, peningkatan ketara sepanjang tempoh yang sama tahun lalu dan ini menunjukkan bahawa kepercayaan pengguna terhadap eksport makanan Jepun semakin meningkat. Bagi mengekalkan momentum ini, kami ingin menonjolkan trend-trend utama seperti kualiti makanan, makanan fungsian dan produk halal di Food Japan 2018 untuk terus mengukuhkan kedudukan kepimpinan Jepun dalam industri makanan dan minuman di Asia Tenggara," kata En. Masanao Nishida, Pengarah Food Japan.

Penganjur-penganjur Food Japan akan turut melancarkan perkhidmatan serba baharu dengan berkolaborasi bersama pelbagai pempamer bagi menyediakan penghantaran bersepadu kepada pembeli. Perkhidmatan bernilai tambah ini bertujuan untuk menyelaraskan logistik bagi pembelian yang dibuat di acara ini, yang menyediakan kemudahan lebih baik kepada pembeli.

Selain Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Food Japan 2018 turut disokong oleh 17 bank sokongan dan 11 organisasi termasuk Japan External Trade Organisation (JETRO), Agensi Pelancongan Jepun (JTA), Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF), Pusat ASEAN-Jepun, Majlis Pihak Berkuasa Tempatan untuk Perhubungan Antarabangsa (CLAIR), Kedutaan Jepun, Biro Pameran & Konvensyen Singapura, Persatuan Pengilang-pengilang Jentera Makanan Jepun (FOOMA) Persatuan Cef-cef Singapura (SCA), Persatuan Pengurusan Makanan dan Minuman Singapura (FBMA) dan Pusat Pendidikan Perhotelan dan Pelancongan Singapura (SHATEC).

Untuk maklumat lanjut mengenai Food Japan 2018, sila layari http://www.oishii-world.com/en/

Maklumat Food Japan 2018

Waktu Buka:

Perdagangan -- 25 hingga 26 Oktober - 10.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari
Orang Awam  -- 27 Oktober - 11.00 pagi hingga 4.30 petang

Bayaran Masuk & Pendaftaran:

Perdagangan Prependaftaran dalam talianhttp://oishii-world.com/en/visitor/pre_registration: Percuma; Pendaftaran di lapangan: $20 setiap orang
Orang Awam - $4 setiap orang. Masuk percuma untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

Alamat:

1 Raffles Boulevard, Suntec City, Singapura 039593

Latar Belakang Jawatankuasa Eksekutif Food Japan

Jawatankuasa Eksekutif Food Japan (daripada OJ Events Pte Ltd) diterajui oleh ahli-ahli profesional yang memiliki rekod prestasi terbukti dalam menganjurkan pameran-pameran perdagangan terkemuka dalam pelbagai sektor, termasuk sektor makanan dan minuman (F&B). Syarikat ditubuhkan dengan tujuan untuk menyokong perusahaan-perusahaan Jepun yang berminat untuk meneroka pasaran-pasaran antarabangsa dengan menyediakan platform-platform jualan dan pemasaran yang berkesan untuk produk dan perkhidmatan mereka. Food Japan ialah platform sedemikian untuk industri F&B.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://oishii-world.com/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180919/2242210-1

 

Source: OJ Events Pte Ltd
Keywords: Beverages Food/Beverages Trade show news Future Events