omniture

WeDo Technologies Meterai Perjanjian Dengan Penyedia Khidmat Terkemuka Amerika Utara Sediakan Suit Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan di Amazon Web Services

WeDo Technologies
2018-09-24 17:42 877

WASHINGTON, 24 September 2018 /PRNewswire/ -- WeDo Technologies, peneraju industri bagi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa penyedia perkhidmatan telekomunikasi Amerika Utara Tahap 1 telah memilih penyelesaian jaminan pendapatan (RA) dan pengurusan penipuan bersepadu daripada WeDo Technologies untuk menjamin perniagaan mudah alihnya. Beroperasi melalui Amazon Web Services (AWS), penyelesaian WeDo akan membolehkan pembawa tersebut menghapuskan kebocoran hasil tatkala ia melancarkan perkhidmatan baharu ke dalam pasaran, di samping melindungi pelanggan daripada penipuan.

Sewaktu penyedia perkhidmatan ini terus melancarkan perkhidmatan baharu, ia ingin memastikan bahawa ia mempunyai sistem jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan yang relevan untuk masa depan. Untuk memudahkan penggabungan ke dalam infrastruktur sistem sokongan perniagaan (BSS) berasaskan awan sedia ada daripada pembawa, ia akan menggunakan perisian RAID WeDo melalui AWS, lalu memberikan mereka kefleksibelan dan kebolehskalaan yang lebih besar serta mengurangkan kos pemilikan.

Rui Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif WeDo Technologies, mengulas:

"WeDo berasa gembira kerana dapat menyokong salah satu jenama mudah alih Amerika yang paling inovatif tatkala ia mempercepatkan strategi pertumbuhannya. Dengan penyelesaian RAID kami yang beroperasi pada AWS, pembawa tersebut kini akan mendapat manfaat dengan sentiasa mengetahui tentang perkembangan terkini mengenai pengesanan penipuan dan jaminan pendapatan, yang turut melibatkan keupayaan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang memastikan mereka bersedia untuk mengurus risiko dan cabaran masa depan."

Terdapat peralihan yang semakin meningkat berlaku dalam industri komunikasi, dalam memanfaatkan infrastruktur berasaskan awan bagi mendapatkan faedah kefleksibelan, kebolehskalaan dan kecekapan kos yang diperlukan untuk mendayakan ketangkasan serta memberi kelebihan daya saing. Rui Paiva, turut menyebutkan bahawa, "Perisian RAID daripada WeDo Technologies memastikan penyedia komunikasi mendapat peluang untuk meraih manfaat ini merentasi program jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan mereka."

Penyelesaian Awan RAID menyediakan pendekatan yang lebih ringkas, lebih pantas dan lebih pintar untuk mengurus penipuan telekomunikasi. Dengan memanfaatkan infrastruktur awan, RAID dapat mengurangkan masa dan kos penyepaduan menerusi proses penyesuaian secara layan diri, mesra pengguna dan serta merta. RAID mendayakan pengendali untuk menangani penipuan perayauan, pintasan dan IRSF serta melengkapi pengendali untuk mengenal pasti aspek-aspek kebocoran hasil masa depan. Modul-modul penipuan dan RA RAID yang diprabangun menyediakan keupayaan pengurusan beraneka, yang dapat disepadukan dengan perkhidmatan analitik awan AWS bagi menyediakan analitik yang lebih mendalam terhadap penggunaan pelanggan dan pengguna.

Di samping penggunaan RAID pada AWS, WeDo Technologies berusaha untuk mempercepatkan tempoh untuk memasarkan penyelesaian pengurusan risiko Internet Komunikasi Benda (IoT). WeDo Technologies bakal menyediakan pelanggan IoT AWS dengan perlindungan hujung-ke-hujung bagi membantu mereka bertindak balas terhadap beberapa isu yang paling mencabar berkisarkan jaminan IoT dan pengurusan penipuan.

WeDo Technologies kini berupaya menyediakan keupayaan pengurusan penipuan yang dilanjutkan selain potensi Internet Komunikasi Benda. Pendekatan ini akan membantu mendayakan dan menginspirasikan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) untuk memikirkan semula "jaminan menurut rekaan" dalam IoT, dengan mencipta model-model perniagaan baharu dan meninjau pendekatan inovatif untuk peluang-peluang industri yang berbeza.

Latar Belakang WeDo Technologies  

Di AS sejak tahun 2007, WeDo Technologies ialah peneraju industri global untuk Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan melalui penyelesaian perisian Pengurusan Risiko.

WeDo Technologies menyediakan perisian dan perundingan pakar kepada Pengendali Telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi seluruh dunia. Kini, mereka mempunyai pelanggan merentasi 108 negara, dengan jaringan melibatkan lebih 600 pakar profesional berkemahiran tinggi. Pejabat-pejabat mereka berada di seluruh dunia iaitu di AS, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  

Perisian WeDo Technologies menganalisis kuantiti data yang besar yang membolehkannya memantau, mengawal, mengurus dan mengoptimumkan proses, menjamin perlindungan pendapatan serta pengurangan risiko.

Dengan lebih 200 pelanggan - termasuk beberapa pelanggan daripada organisasi-organisasi cip biru yang terkemuka di dunia - WeDo Technologies telah lama diiktiraf sebagai penginovasi tetap dalam menjamin kejayaan pelanggannya sepanjang perjalanan transformasi yang berterusan.

WeDo Technologies. Ketahui Apa Yang Tidak Diketahui.

http://www.wedotechnologies.com

Berita terkini melalui @WeDoNews 

Hubungi

QUEXOR GROUP INC.      

Barbara Henris
bhenris@quexor.com 
Tel. Bimbit: +1(703)470-9446

Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat - WeDo Technologies
Inez Correa de Sa
inez.sa@wedotechnologies.com    
Tel. Bimbit: +351-939650788

Pemasaran Produk dan Perhubungan Penganalisis - WeDo Technologies
Carlos Marques
Carlos.Marques@wedotechnologies.com
Tel. Bimbit: +351-939650124

Sumber: WeDo Technologies

Source: WeDo Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Contracts Data Analytics