DUBLIN, Ireland, 25 September 2018 /PRNewswire/ --
Hari ini, L1 Treasury dan Airborne Capital dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran AltitudeOne Aviation dengan rancangan untuk memperoleh portfolio melibatkan pesawat komersial badan sempit dan badan lebar dipajak yang sedang dalam pengeluaran. L1 Treasury dan Airborne Capital menyatakan komitmen modal ekuiti kira-kira US$250 juta untuk AltitudeOne Aviation, yang akan ditambah dengan pembiayaan bank. Airborne Capital akan menjadi pengurus aset dan pemberi khidmat pajakan untuk AltitudeOne Aviation.
L1 Treasury mengurus kecairan dan pelaburan kewangan LetterOne, sebuah perniagaan pelaburan antarabangsa dengan aset bersih melebihi US$25 bilion. L1 Treasury menggabungkan portfolio sekuriti pendapatan tetap cair dengan pelaburan dalam pasaran kewangan, secara langsung dan melalui dana lindung nilai, berserta pelaburan jangka panjang yang memberi pulangan lebih tinggi dalam aset hartanah dan aset sebenar serta kewangan lain dan juga pinjaman terus.
Airborne Capital dilancarkan pada November 2017 dengan pasukan pengurusan yang mempunyai pengalaman industri yang mantap, dengan sokongan yang besar daripada FEXCO Group, sebuah syarikat kewangan milik persendirian terbesar Ireland dan Natixis Investment Managers. Syarikat mempunyai rancangan agresif untuk mengembangkan perniagaan untuk mempunyai aset bawah pengurusan pesawat sebanyak lebih US$5 bilion dalam tempoh 5 tahun pertama ditubuhkan.
Industri penerbangan komersial diramalkan untuk menggandakan saiz armadanya dalam tempoh 20 tahun akan datang susulan peningkatan permintaan penumpang (4.7% setiap tahun sehingga tahun 2036*). Pertumbuhan ini akan memerlukan pembiayaan signifikan daripada sumber-sumber tradisional serta bukan tradisional dan AltitudeOne Aviation akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian pembiayaan ini.
Nitin Bhandari, Ketua Pelaburan Langsung untuk L1 Treasury mengulas:
"Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pasukan Airborne Capital dalam pelaburan penting ini dan kami berharap dapat memainkan peranan yang semakin penting dalam pasaran pembiayaan penerbangan. Dengan sokongan kewangan dan kepakaran yang dapat kami sediakan digabungkan dengan kepakaran industri daripada pasukan Airborne Capital, kami percaya bahawa perniagaan ini akan berkembang pesat bagi memainkan peranan penting dalam segmen-segmen pasaran yang disasarkannya."
Ramki Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Airborne Capital mengulas:
"Kami berasa amat teruja untuk melancarkan usaha niaga bersama L1 Treasury ini. Pasukan di Airborne Capital mempunyai pengalaman yang hebat dalam mengatur dan mengurus pelaburan inovatif dan platform dana untuk pelabur. Inisiatif terkini ini amat menepati strategi kami untuk menyediakan penghubung antara sumber modal dan perniagaan yang memerlukan pembiayaan penerbangan."
* Sumber: Boeing CMO