omniture

Pameran Cenderamata & Produk Kediaman Terkemuka China Buka Tirai Oktober ini

Reed Huabo Exhibitions
2018-09-25 10:00 880

SHENZHEN, China, 25 September 2018 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Reed Huabo, Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China kali ke-26 dijadual berlangsung mulai 20 hingga 23 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen. Pameran ini akan menarik 2,500 pempamer dan membantu pembeli menemui lebih 500,000 produk. Ia akan mempamerkan yang terbaik daripada kategori cenderamata kreatif dan inovatif, produk premium dan kediaman dari serata dunia.

Wajib hadir untuk industri Cenderamata dan Kediaman.

Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa Shenzhen ialah acara wajib hadir sebagai persiapan untuk membeli belah sempena musim cuti 2018/2019: Tahun Baharu, Hari Krismas, Hari Valentine, Hari Ibu dan banyak lagi. Menawarkan inspirasi di 9 dewan, pengunjung dapat mencari produk dan maklumat runcit untuk produk-produk bergaya sepanjang tahun 2019.

Lebih 2,500 pempamer merancang untuk menonjolkan keupayaan pengeluaran mereka, mempamerkan trend baharu, inovasi dan rangkaian produk yang luas serta mengumpul maklumat lanjut untuk menambah baik perniagaan mereka.

Sorotan lain bagi pameran ini ialah:

  • Dewan 3 - mempamerkan barangan elektronik mudah alih paling bergaya, yang merupakan idea cenderamata yang paling popular
  • Maker Gallery (Galeri Pembuat) - membantu pembeli mengenal pasti produk yang unik, kreatif dan inovatif yang berkualiti tinggi
  • Zon Barang Mainan - puluhan pengeluar barang mainan mempamerkan barang mainan kanak-kanak terkini dan produk berlesen IP
  • Disokong oleh lebih 10 delegasi kerajaan dan persatuan perindustrian, dapat berhubung secara langsung dengan tapak pengeluaran
  • 70% pempamer merupakan pengeluar, membawakan produk berkualiti pada harga yang kompetitif

Perkhidmatan bernilai tambah untuk menggalakkan perdagangan antara pembeli dan pembekal

  • Ejen pengeksport profesional membantu menyelesaikan masalah penyumberan untuk pembeli luar negara
  • Perkhidmatan penterjemahan percuma di tapak pameran untuk pembeli luar negara selama 1 jam
  • Perkhidmatan pemadanan untuk pembeli pradaftar

Sila hubungi lisa.li@reedhuabo.com untuk memohon perkhidmatan percuma ini.

Waktu operasi pameran ialah:

   20-22 Oktober mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
   23 Oktober mulai 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo, syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, ialah ahli syarikat kepada Reed Exhibitions, iaitu penganjur acara terulung di dunia, yang berpangkalan di UK. Syarikat ini komited untuk menerajui pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Perhubungan Media:

Lisa Li
+86-755-3398-9311
lisa.li@reedhuabo.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events