omniture

Nanfang Media Group Siarkan "Guangdong Dari Kaca Mata Rakan Media Asia Tenggara"

Nanfang Media Group
2018-09-25 13:25 950

Klip Videp daripada Forum Komunikasi Antarabangsa (Guangdong) China Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 Rangkum Pandangan Peserta mengenai Inisiatif Jalur dan Jalan serta Kedudukan Guangdong dalam Pembangunan Kawasan Teluk Lebih Luas

ZHUHAI, China, 25 September 2018 /PRNewswire/ -- Bermula dari 19 hingga 21 September, Nanfang Media Group menghadiri Forum Komunikasi Antarabangsa (Guangdong) China Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 di Zhuhai. Dalam forum ini, rakan media tempatan dan asing berpeluang mendekati para ilmuan dan usahawan yang terkenal di dunia, memperoleh pandangan mengenai Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan kedudukan Guangdong dalam projek ini.

 

Antara peserta media asing ialah Ong Wei Woon, wartawan daripada Lianhe Zaobao Singapura. "Sewaktu saya bertukar-tukar butiran perhubungan dengan kakitangan daripada Zhuhai Port, saya mengimbas dan menambah akaun WeChat beliau. Setelah itu, saya menyedari bahawa pemasaran lunak seperti ini akan menjadi cara yang berkesan untuk perusahaan-perusahaan Guangdong berkembang ke peringkat global memandangkan ia begitu dekat dengan kehidupan orang ramai," kata Ong.

Jean-Pierre Raffarin, mantan Perdana Menteri Perancis berkata bahawa negara-negara telah menyertai perbincangan ini. "Kini, Perancis mempunyai beberapa projek dan ada antaranya bersama Guangdong, dalam bidang-bidang seperti kuasa nuklear dan pengilangan auto," kata beliau.

Forum ini turut menekankan isu-isu paling berkaitan di Guangdong seperti Kawasan Teluk Lebih Luas Guangdong-Hong Kong-Macau, teknologi canggih dan jenama-jenama "Buatan Guangdong".

Huang Jingyi, seorang wartawan daripada Straits Times, berkata bahawa salah satu titik tumpuan beliau adalah "bagaimana Kawasan Teluk Lebih Luas memainkan peranan dalam Inisiatif Jalur dan Jalan serta bagaimana projek-projek ini dapat menyumbang kepada ekonomi negara-negara yang mengambil bahagian."

Sebagai titik permulaan untuk Jalan Sutera Maritim (komponen penting dalam BRI), Guangdong dapat melihat kaitan yang lebih erat yang membawa kepada peningkatan bilangan projek bersama sepanjang Jalur dan Jalan.

Menurut satu laporan yang disiarkan di forum, jumlah import dan eksport Guangdong dengan negara-negara BRI mencecah 1503.69 bilion RMB pada tahun 2017, meningkat 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perdagangan Guangdong dengan ASEAN, EU dan pasaran-pasaran baru muncul telah berkembang dengan begitu pesat. Sebagai contoh, ASEAN menjadi pasaran import yang terbesar dan pasaran eksport keempat terbesar Guangdong pada tahun 2017.

Lee Huay Leng, Ketua bagi Kumpulan Media Cina daripada Singapore Press Holdings, berkata bahawa jenama-jenama Guangdong seperti WeChat, Pameran Canton dan Sun Yat-sen University sudah biasa dengan penduduk Singapura. Namun demikian, mereka turut berdepan dengan cabaran dan perlu mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai pasaran-pasaran tempatan dan menerima pakai strategi-strategi setempat.

Kisah-kisah Berkaitan:

Infografik | Tokoh-tokoh ternama kongsi pandangan mereka mengenai Guangdong serta Jalur & Jalan
http://www.newsgd.com/specials/MaritimeSilkRoadForum2018/content/2018-09/22/content_183431648.htm

Forum Jalan Sutera Maritim mengenai Komunikasi Antarabangsa buka tirai di Zhuhai
http://www.newsgd.com/news/2018-09/20/content_183395626.htm

Hubungi:

Jasmine
+86-20-8300-4341
newsguangdong@sina.com

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20180924NanfangMediaGroup.mp4

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Publishing/Information Service