omniture

Everise Peroleh Hyperlab Suntik AI dalam BPO/Industri Khidmat Pelanggan

Everise
2018-09-25 13:46 806

SINGAPURA, 25 September 2018 /PRNewswire/ -- Everise hari ini mengumumkan pemerolehan Hyperlab, sebuah syarikat Kecerdasan Buatan (AI) Perbualan yang terkemuka di Asia Tenggara. Pemerolehan ini akan menyaksikan Everise memperoleh kepentingan majoriti dalam syarikat yang berpangkalan di Malaysia itu, menambahkan Hyperlab ke dalam suit penyelesaian miliknya yang membolehkan pelanggan berinteraksi dengan pelanggan mereka pada bila-bila masa, mengikut tempat dan saluran pilihan mereka. Dengan memanfaatkan kepakaran Hyperlab dalam mengautomasikan sokongan pelanggan dan jualan secara meluas, Everise akan berupaya memberikan kecekapan yang semakin meningkat kepada pelanggannya, di samping terus memenuhi jangkaan pelanggan yang sentiasa berkembang.

Platform AI Perbualan Hyperlab membolehkan perusahaan mengautomasikan dan meningkatkan Pengalaman Pelanggan (CX) dan Pengalaman Kakitangan (EX). Dengan menggabungkan Pengautomatan Proses Robotik (RPA) dengan Kecerdasan Buatan (AI), Pemprosesan Bahasa Tabii, pengecaman pertuturan dan kesedaran mengikut konteks, Hyperlab akan mewujudkan tenaga kerja digital yang akan melengkapi dan memperkasa pasukan khidmat pelanggan di seluruh dunia.  

Mengkhusus dalam dialek-dialek tempatan Asia Tenggara telah membantu Hyperlab berkembang pesat. Sejak ditubuhkan, penyelesaian CX dan EX daripada Hyperlab telah menerima lebih 3 juta minit data perbualan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Manglish (bahasa basahan Malaysia), Singlish (Bahasa Inggeris Singapura) dan Bahasa Cina manakala Robot Sembang (Chatbot) mereka telah berbual bersama lebih 1,000,000 pengguna unik di seluruh dunia. Kini, Hyperlab sedang berusaha membangunkan robot sembang yang bertutur dalam Bahasa Sepanyol untuk pasaran AS.

"Pemerolehan Hyperlab oleh kami ialah peringkat terkini dalam perjalanan kami untuk menjadi sebuah syarikat dengan pengalaman sebenar, yang dapat memacu inovasi dan perubahan dalam industri BPO," kata Sudhir Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Everise, menambah, "Hyperlab akan memberi dorongan keupayaan yang penting kepada Everise dan pelanggan kami bagi membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan secara dalam talian menerusi pelbagai dialek Asia Tenggara, mengendalikan lebih banyak interaksi dengan lebih cekap, mengutomasikan lebih banyak tugasan, mengurangkan kos serta memperoleh data dan analitik yang boleh diambil tindakan. Apabila kaedah ini digabungkan dengan penglibatan antara manusia yang berkualiti, kita akan mula melihat evolusi dalam ekosistem khidmat pelanggan yang amat cekap yang mencakupi dunia dalam talian dan fizikal dengan mudah dan lancar."

"Hyperlab ialah contoh sebenar kepada kekayaan bakat dalam syarikat baharu yang wujud di rantau ini," kata Atul Kapur, pengasas bersama Everstone dan Ahli Lembaga Everise. Beliau menambah, "penyelesaian AI syarikat yang amat berasaskan perbualan akan bergabung dengan sempurna ke dalam penyelesaian BPO kami dan akan membolehkan kami menyediakan tahap khidmat pelanggan yang jauh lebih tinggi, secara meluas dan pada kos yang lebih rendah kepada pelanggan kami."

Klik: http://www.everiseholdings.com/

Source: Everise
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics