omniture

Venus Medtech Lancar Lembaga Penasihat Global untuk Sasar Pasaran Antarabangsa

Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
2018-09-26 08:05 810

SAN DIEGO, 26 September 2018 /PRNewswire/ -- Venus Medtech (Hangzhou) Inc., sebuah syarikat peralatan perubatan Cina yang mengkhusus dalam terapi penggantian injap transkateter, telah mengekalkan empat pakar yang ternama di dunia, berkepakaran dalam kardiovaskular intervensi untuk membentuk satu Lembaga Penasihat Global. Ahli-ahli Lembaga akan menyumbang pandangan mereka kepada Venus Medtech berhubung inovasi global bagi kardiovaskular intervensi dan terapi untuk penyakit jantung struktur. Ahli-ahli Lembaga, dalam urutan abjad mengikut nama keluarga, ialah Ziyad M. Hijazi, Martin B. Leon, Horst Sievert dan Ron Waksman.

Pihak Lembaga akan bertemu beberapa kali setahun di pejabat-pejabat Venus Medtech di China dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli Lembaga akan bersama-sama menyumbang inovasi, teknologi, percubaan klinikal dan kepakaran terapi serta pandangan untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan produk-produk Venus Medtech di seluruh dunia.

Ahli-ahli Lembaga Penasihat Global:

  • Ziyad M. HijaziMD ialah Pengerusi Jabatan Pediatrik di Sidra Medicine. Dr. Hijazi juga merupakan Pengarah Perubatan Pusat Jantung Sidra. Sebagai Pengerusi Jabatan Pediatrik, Dr. Hijazi memacu hala tuju strategik Jabatan dan menggabungkan keutamaan penyelidikan dan pendidikan ke dalam program dengan penyediaan perkhidmatan klinikal yang cemerlang. Beliau turut menyandang jawatan Pengerusi Pediatrik di Weill Cornell Medical College _ Qatar, rakan kongsi akademik Sidra dalam pendidikan perubatan. Dr. Hijazi ialah pakar kardiologi intervensi yang mengkhusus dalam merawat penyakit jantung kongenital dan struktur dalam kalangan kanak-kanak dan golongan dewasa. Beliau merupakan perintis bagi pembaikan tanpa pembedahan untuk kecacatan jantung kongenital dan struktur. Beliau juga merupakan Pengarah dan Pengasas mesyuarat PICS/AICS, iaitu mesyuarat perdana untuk terapi-terapi intervensi bagi kanak-kanak dan golongan dewasa yang mengalami penyakit jantung kongenital dan struktur.
  • Martin B. Leon, MD ialah Profesor Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Columbia (CUMC). Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Terapi Vaskular Intervensi (CIVT), Pengarah Makmal Pengkateteran Kardium dan turut serta dalam Lembaga Eksekutif Pusat Injap Jantung Columbia New York Presbyterian. Dr. Leon telah bertindak menjadi penyelidik utama bagi lebih 50 ujian percubaan klinikal yang telah membantu membentuk bidang perubatan kardiovaskular intervensi, termasuk kajian-kajian berikut: STRESS, STARS, Gamma-one, SIRIUS, ENDEAVOR, dan paling terkini, ujian PARTNER, yang mengkaji nilai terapi injap transkateter untuk pesakit dengan stenosis aorta. Dr. Leon telah bersama-sama menulis lebih 1550 bahan penerbitan, telah menjalankan lebih 10,000 prosedur intervensi dan telah memberi impak yang besar sebagai pemimpin pemikiran dan penginovasi dalam memperluas sub-pengkhususan bagi alat kardiovaskular intervensi dan terapi ubatan. Dr. Leon ialah Pengarah dan Pengasas Terapeutik Kardiovaskular Transkateter (TCT), mesyuarat kardiovaskular intervensi ulung di dunia. Dr. Leon ialah Pengerusi, Pengarah dan Pengasas Terapeutik Kardiovaskular Transkateter (TCT), mesyuarat kardiovaskular intervensi ulung di dunia.
  • Horst Sievert, MD ialah Pengarah Pusat KardioVaskular Frankfurt, Jerman. Beliau juga merupakan Profesor Madya bagi Perubatan Dalaman/Kardiologi di Universiti Frankfurt. Beliau ialah Pengerusi CSI, persidangan utama dalam bidang intervensi jantung kongenital, struktur dan valvular.
  • Ron Waksman, MD mengkhusus dalam Kardiologi Intervensi. Dr. Waksman ialah pengarah sekutu Divisyen Kardiologi di Institut Jantung MedStar. Beliau juga merupakan pengarah Penyelidikan Kardiovaskular dan Pendidikan Lanjutan di Institut Jantung. Selain itu, Dr. Waksman berperanan sebagai profesor klinikal bagi Perubatan (Kardiologi) di Universiti Georgetown. Beliau juga merupakan ketua editor bagi Cardiovascular Revascularization Medicine dan berada dalam lembaga editorial untuk beberapa bahan penerbitan lain, termasuk European Heart Journal dan Journal of Interventional Cardiology. Dr. Waksman menerbitkan bahan penerbitan dengan meluas dan telah menulis atau menjadi penulis bersama untuk lebih 600 artikel. Beliau pernah menjadi penyelidik utama untuk lebih 100 percubaan penyelidikan. Dr. Waksman turut berperanan dalam Jawatankuasa Pewasitan Makmal Pengkateteran Kardium di Pusat Hospital MedStar Washington dan merupakan ahli lembaga Institut Jantung MedStar.

"Lembaga Penasihat Global ialah pasukan yang tiada tandingan bagi terapi kardiovaskular intervensi dan penyakit jantung struktur, yang mana pandangan tentang bidang-bidang ini akan menjadi input yang berharga untuk inovasi kami dan globalisasi produk kami," kata Eric Zi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Venus Medtech.

 "Saya benar-benar berbesar hati dapat menjadi ahli Lembaga Penasihat Global Venus Medtech. Venus Medtech telah berkembang maju dengan sistem injap Venus untuk aorta dan pulmonari, versi yang boleh diperolehi semula, yang memperlihatkan kemajuan luar biasa dalam mengurus pesakit-pesakit dengan penyakit jantung valvular kritikal di China. Saya berasa amat teruja kerana kini China telah melangkah ke persada dunia bagi terapi penggantian injap transkateter dan Venus Medtech telah menerajui jalannya," kata Martin B. Leon, MD, Pengerusi TCT.

Latar Belakang Venus Medtech

Venus Medtech (Hangzhou) Inc. ditubuhkan pada tahun 2009, terletak di Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Kebangsaan Hangzhou (Binjiang), komited terhadap pembangunan dan pengkomersialan rawatan invasif minimum penyakit injap jantung. Venus Medtech ialah pembangun injap jantung yang terkemuka di China, injap aorta transkateter, VenusA-Valve ialah sistem injap jantung transkateter yang pertama diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Cina (CFDA). Ia telah memulakan era baharu penggantian injap aorta transkateter di China. Venus Medtech juga merupakan pengeluar injap jantung Cina pertama yang menjalankan penyelidikan global. Injap pulmonari transkateter, kajian klinikal Kesatuan Eropah (CE) Venus P-Valve dilancarkan pada September 2016 dan akan selesai dalam tahun 2018. VenusP-Valve dijangka melancarkan penyelidikan klinikal berhubung FDA pada tahun 2019. Inovasi menerajui masa depan, Venus Medtech akan terus menumpu pada penyelidikan dan pembangunan alat dan pasaran perubatan penyakit jantung struktur, mempercepatkan inovasi China dan memberi manfaat kepada dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.venusmedtech.com.

Source: Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements