omniture

Majlis Perasmian BESS Skala Grid Narada Berlangsung di Jerman

Narada Power Source Co.,Ltd
2018-09-27 01:53 602

HANGZHOU, China, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Pada 14 September, sebuah majlis perasmian untuk fasa I projek PCR simpanan tenaga peraturan frekuensi Narada telahpun diadakan di Leipzig, Jerman. Menteri Kaunselor bagi Kedutaan Cina di Jerman, Wang Weidong, Pengarah Produk dan Kemampanan ALABC, Dr. Alistair Davidson dan tetamu-tetamu lain, rakan-rakan kongsi projek, wakil daripada Mitnetsz Grid Company dari Jerman, serta Upside, dan juga lebih 70 wakil daripada syarikat-syarikat grid kuasa dan wartawan media dari 11 negara menghadiri majlis ini.

The Minister Counselor of the Chinese Embassy in Germany, Wang Weidong; and the President of Narada, Chen Bo
The Minister Counselor of the Chinese Embassy in Germany, Wang Weidong; and the President of Narada, Chen Bo

Wang Weidong mengucapkan tahniah kepada Narada atas kejayaan operasi projeknya dan mengesahkan usaha Narada yang bersungguh-sungguh terhadap teknologi, penyelidikan dan inovasi produk.

Chen Bo, Ketua Pegawai Eksekutif Narada berterima kasih kepada Kedutaan Cina di Jerman atas sokongan mereka terhadap projek ini dan kerjasama antara rakan-rakan kongsi projek dalam ucapan beliau. Beliau berkata, "Projek PCR simpanan tenaga peraturan frekuensi ini merupakan lambang transformasi dan pembangunan perniagaan baharu Narada. BESS berskala luas Grid ini ialah projek model pelaburan + operasi pertama Narada dalam pasaran luar negara. Narada akan memanfaatkan peluang ini untuk mempercepatkan promosi dan aplikasi perniagaan simpanan tenaga di Eropah dan pasaran global."

From left to right: Upside, Minister Wang Weidong, CEO Chen Bo, Mitnetz, Mr. Giess, and the GM of Narada’s Overseas Dept., Mrs. Alice Zheng
From left to right: Upside, Minister Wang Weidong, CEO Chen Bo, Mitnetz, Mr. Giess, and the GM of Narada’s Overseas Dept., Mrs. Alice Zheng

Pengurus Besar Teknikal Mitnetsz, Dr. Schweer dan Dr. Rico Wojanowski, pengasas Upside, turut berucap dalam majlis tersebut. Mereka berpendapat bahawa kolaborasi mereka dengan Narada berjalan lancar dan mereka yakin bahawa penyelesaian yang disediakan oleh Narada akan menggalakkan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang.

Project site
Project site

Selanjutnya, para tetamu melawat tapak projak dan melihat tahap keselamatan sistem, operasi dan reka bentuk terhubung gridnya. EDF, ENEL dan pelanggan-pelanggan lain serta wakil-wakil ALABC memberi pujian tinggi kepada teknologi dan kualiti Narada.

Narada, Mitnetz, Upside staff and guests
Narada, Mitnetz, Upside staff and guests

Kapasiti simpanan tenaga puncak bagi kapasiti pembinaan awal dalam projek PCR simpanan tenaga peraturan frekuensi Narada boleh mencecah 25MWh yang dapat menyediakan lebih satu bulan kuasa kepada 80 isi rumah bagi setiap cas. Projek ini telah disemak dan disahkan oleh grid kuasa Jerman dan telah mengambil bahagian dalam perkhidmatan tambahan frekuensi grid kuasa EU. Fasa kedua projek juga telah mula dibina.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://en.naradapower.com

Zhejiang Narada Power Source Co., Ltd
+86-571-56975980
intl@narada.biz

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247448-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247448-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247448-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180925/2247448-1-d

Source: Narada Power Source Co.,Ltd
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services