omniture

Hertz telah dianugerah dengan Pengiktirafan Industri Pengembaraan Terbaik di TTG Travel Awards

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2018-09-27 14:27 836

SINGAPURA, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Hertz Asia Pasifik telah menerima anugerah Dewan Kemasyhuran Pengembaraan kali ke-13 berturut-turut di TTG Travel Awards yang mengada di Bangkok.

 

(l-r) Guest of honour, Mr Itthiphol Kunplome, Vice Minister of Tourism and Sports, Thailand, presents Mr Nicholas Waring, Director of Franchise Development, Hertz Asia Pacific, with the Hall of Fame accolade alongside Mr Darren Ng, Managing Director of TTG Asia Media (right).
(l-r) Guest of honour, Mr Itthiphol Kunplome, Vice Minister of Tourism and Sports, Thailand, presents Mr Nicholas Waring, Director of Franchise Development, Hertz Asia Pacific, with the Hall of Fame accolade alongside Mr Darren Ng, Managing Director of TTG Asia Media (right).

Kali pertama Hertz memasuk ke dalam Dewan Kemasyhuran Pengembaraan adalah pada tahun 2005, oleh itu Hertz adalah salah satu organisasi yang terbaik dan dikenali oleh rantau tersebut. TTG Travel Awards ialah sebuah acara berprestij yang menghimpunkan para pemimpin dalam industri pengembaraan untuk memperingati ahli-ahli sedia ada dan mengiktiraf individu-individu lantikan baharu. Hertz turut menerima Anugerah Syarikat Sewa Kereta Terbaik sebanyak sepuluh kali berturut-turut sejak tahun 1994.

TTG Travel Awards terkenal di seluruh rantau kerana mengiktiraf organisasi-organisasi cemerlang dan sumbangan mereka terhadap industri pengembaraan di seluruh Asia Pasifik.

Eoin Macneill, Naib Presiden Asia Pasifik, Hertz, berkata: "Hertz berasa bangga kerana disenarai nama dalam Dewan Kemasyhuran Pengembaraan dan dapat berkumpul bersama-sama rakan industri kami untuk meraikan pencapaian kami. Saya ingin megucapkann terima kasih terutamanya kepada rakan dagangan dan pelanggan yang sentiasa memberi sokongan mereka kepada Hertz, juga dengan kakitangan kami yang berdedikasi, dan komited untuk terus memberikan khidmat pelanggan yang hebat."

Tahun ini telah menandakan pencapaian yang penting dalam sejarah Hertz tatkala syarikat menyambut ulang tahunnya yang ke-100. Penghargaan seperti TTG Travel Awards dan banyak lagi yang lain terus menekankan komitmen berpanjangan Hertz terhadap pelanggan dan perkhidmatan unggulnya yang masyhur. Dengan lebih 10,000 lokasi di seluruh dunia dan kumpulan kenderaan terbaik yang besar dan pelbagai, Hertz dapat membawa pengembara ke tempat tujuan menaiki kereta yang paling sesuai untuk mereka.

Perhubungan Media:

DAYLIGHT Agency
+61 2 8235 7600 
hhall@daylightagency.com.au zguest@daylightagency.com.au   

LATAR BELAKANG HERTZ

The Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama-jenamanya kira-kira di 10,200 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan yang terbesar di dunia, dan jenama Hertz ialah salah satu jenama yang paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pengurusan pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen, yang mengendalikan jenama sewa kenderaan Firefly serta perniagaan perkongsian kereta Hertz 24/7 dan Flexicar dalam pasaran-pasaran antarabangsa dan juga menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, layari: www.hertz.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180924/2245914-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180827/2221151-1LOGO

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Travel Awards