omniture

Kerajaan Arab Saudi Lancar Proses Visa Baharu untuk Peminat Sukan Seluruh Dunia Dengan Formula E

The General Sports Authority of the Kingdom of Saudi Arabia
2018-09-27 16:13 526

RIYADH, Arab Saudi, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- Acara sukan antarabangsa sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030 lancar siri yang 'pertama' menerusi proses visa baharu, persembahan muzik, kebudayaan dan hiburan secara langsung di tapak warisan UNESCO 

Arab Saudi bakal membuka sempadannya kepada para peminat sukan, muzik dan kebudayaan langsung buat julung kalinya menerusi pelancaran proses visa dalam talian baharu yang dikhususkan untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong-pelancong antarabangsa. Platform proses visa baharu yang dikenali sebagai 'Sharek' akan diperkenalkan untuk Saudia Ad Diriyah E-Prix sulung, perlumbaan pembukaan untuk Kejohanan ABB FIA Formula E 2018/19 yang dipentaskan di tapak warisan UNESCO yang mengagumkan di pinggir bandar Riyadh pada 15 Disember 2018.

generated by system

generated by system

generated by system

Bandar purba bersejarah Diriyah, wilayah kuasa yang pertama untuk Raja Saudi, sekali lagi akan melakar sejarah dengan menganjurkan festival terbesar bagi perlumbaan, persembahan muzik secara langsung dan hiburan yang belum pernah disaksikan di negara ini, termasuk aksi mengujakan di trek perlumbaan dan bintang-bintang handalan global membuat persembahan di pentas selama tiga hari.

Pengumuman yang dibuat hari ini di lokasi tersebut, dihadiri oleh bintang-bintang Formula E termasuk Felipe Massa, Susie Wolff dan André Lotterer yang menyaksikan platform baharu 'Sharek' dilancarkan sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030 negara. Pihak penganjur berharap bahawa sejumlah besar peminat antarabangsa akan mengakses proses visa dalam talian itu dan berkunjung ke negara berkenaan bagi menyaksikan penampilan sulung Formula E di Timur Tengah dan kemunculan pertama kereta Gen2 gaya baharu yang menarik bagi permulaan musim ke-5.

Menerusi acara yang ditonjolkan dengan banyak kemunculan sulung, Ad Diriyah E Prix akan menjadi kali pertama untuk pengembara asing dapat memasuki Arab Saudi melalui proses yang begitu pantas dan tidak rumit tatkala ia membuka pintunya kepada pelancongan sukan.

Komitmen Kerajaan Arab Saudi terhadap pelancongan, sebagai asas kepada Wawasan 2030 dan kepentingan Formula E dalam kalendar sukan, sosial dan perniagaan wilayah berkenaan, ditekankan oleh pengumuman bahawa Saudi Arabian Airlines (Saudia), pengangkutan udara kebangsaan Kerajaan Arab Saudi, menjadi rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi baharu Kejohanan ABB FIA Formula E dan rakan kongsi gelaran perlumbaan.

Duli Yang Teramat Mulia Putera Abdulaziz Bin Turki AlFaisal Al Saud, Naib Pengerusi Lembaga Sukan Umum Arab Saudi berkata: "Ini benar-benar detik yang membawa perubahan kepada Arab Saudi dan suatu yang dapat kami kongsikan bersama dunia. Amat bertepatan sekali apabila sukan yang sebegitu futuristik dan lestari seperti Formula E mengarah kepada hala tuju masa depan negara kami. Sudah tentunya dengan Saudia, syarikat penerbangan negara kami, sebagai penaja gelaran baharu memperlihatkan hasrat kami untuk mendekati dan mengundang para peminat untuk ke ibu kota kami yang bersejarah dan asli.

"Arab Saudi menjadi tumpuan kepada jutaan peminat muda sukan bermotor yang semangat. Kebanyakan mereka yang hampir tidak mempercayai bahawa Felipe Massa memandu kereta Gen2 untuk bersiar-siar di jalan raya ibu kota hari ini dan kini mereka mempunyai 'perlumbaan di tempat sendiri' dalam kalendar Formula E. Keterujaan terhadapnya telahpun bermula khususnya memandangkan kami telah menambah konsert-konsert muzik secara langsung dalam barisan aktiviti hujung minggu.

"Menerusi pengenalan 'Sharek', proses kemasukan visa kami untuk para peminat seluruh dunia, kami berpeluang berkongsi acara ini. Kami berharap Saudia Diriyah E Prix akan dapat melihat para peminat dari serata dunia berkunjung ke Arab Saudi untuk menonton pertunjukan sukan epik ini memandangkan kini tiket anda merupakan visa anda. Kami dapat menjanjikan barisan acara di trek perlumbaan, di atas pentas dan dalam kalangan kawasan bersejarah yang menakjubkan yang akan mengujakan para peminat di seluruh dunia. Ia merupakan gabungan sempurna antara sukan secara langsung, hiburan, teknologi dan kebudayaan, kesemuanya di satu tempat dan kesemuanya pada satu masa."

"Arab Saudi kini berlumba ke arah masa depan dengan Formula E tatkala kami membuka Kerajaan Arab Saudi kepada dunia dalam satu transformasi yang diperhebatkan dengan rancangan Wawasan 2030 dan didorong ke hadapan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman."

Dalam majlis perasmian, Duli Yang Teramat Mulia disertai oleh orang-orang kenamaan daripada Saudia dan sebilangan entiti kerajaan yang berusaha bersama-sama untuk menjayakan acara tersebut, termasuk Persekutuan Sukan Bermotor Arab Saudi. Dari dunia perlumbaan, Ketua Pegawai Eksekutif Formula E Alejandro Agag disertai oleh legenda F1 yang menjadi bintang Formula E bersama-sama pasukan Venturi, Felipe Massa dan Susie Wolff, ketua pasukan Venturi dan pemegang saham. Massa dan Wolff turut dilantik sebagai duta-duta jenama Saudia.

Sebagai persiapan untuk perlumbaan Formula E, Arab Saudi telah bekerjasama dengan UNESCO untuk mencipta trek perlumbaan daripada jaringan jalan raya sedia ada di bandar bersejarah ini, berpegang teguh kepada sifat semula jadi Formula E dan bagi mengurangkan pencemaran bunyi. Projek ini telah mengilhamkan pelaburan infrastruktur dan usaha-usaha pemuliharaan terhadap permata arkeologi itu, bukan sekadar menambah baik tapak ini, tetapi dengan bangganya menonjolkannya ke mata dunia.

Selama tiga hari sepanjang hujung minggu Formula E, beberapa acara kebudayaan dan hiburan bakal dipentaskan bagi memastikan perlumbaan tersebut menjadi kenangan buat para peminat, kaum keluarga dan juga pelancong antarabangsa. Butiran lanjut mengenai barisan penampilan global yang hebat bakal diumumkan beberapa minggu akan datang.

Duli Yang Teramat Mulia Putera Khalid bin Sultan Al Faisal Al Saud, Presiden Persekutuan Motor Arab Saudi berkata: "Kami bukan sekadar membuka pintu kepada peminat antarabangsa, tetapi lebih penting, kami membuka pintu negara buat sukan yang baharu dan menarik. Memberi pengalaman baharu. Kami berharap segelintir kanak-kanak yang menonton perlumbaan pertama ini akan mendapat inspirasi untuk menjadi sebahagian daripada industri ini sepanjang dekad akan datang. Idealnya, mereka akan turut menyokong, bersaing dan memenangi perlumbaan di trek. Kami benar-benar percaya bahawa peluang-peluang baharu akan tumbuh daripada benih yang ditanam daripada akar umbi bersejarah negara kami di Diriyah.

"Acara tunggal ini berpotensi mengubah kehidupan dan persepsi, terhadap sukan dan juga Arab Saudi. Benihnya telah mula tumbuh, trek mula terbentuk, kesemuanya dengan kelulusan daripada UNESCO. Ia merupakan gabungan antara kemajuan dan pemeliharaan dalam satu. Hari ini telah mencetuskan inovasi dalam segenap aspek."

Ketua Pengarah Saudi Arabian Airlines, Tuan Yang Terutama Jurutera Saleh bin Nasser Al-Jasser, menambah: "SAUDIA dengan sukacitanya menyokong Kejohanan ABB FIA Formula E untuk acara akan datang di Ad Diriyah, yang pertama untuk Kerajaan Arab Saudi dan Timur Tengah. Syarikat penerbangan kami mengalu-alukan kedatangan para peminat dari seluruh dunia dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan-pasukan untuk perlumbaan di SAUDIA Ad Diriyah E-Prix."

Acara Kejohanan ABB FIA Formula E dibenarkan secara rasminya oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) dan kempen memandu lebih selamat global akan diterima pakai dan dipromosikan.

Formula E turut serta bersama syarikat-syarikat sukan ternama seperti WWE dan European Tour Golf yang telah menjalin perkongsian jangka panjang dengan Arab Saudi tatkala ia mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi untuk acara-acara sukan bertaraf dunia.

https://we.tl/t-DvCH7H6x4L

Catatan untuk Editor 

Wawasan 2030  

Arab Saudi merealisasikan masa depan baharu yang bercita-cita tinggi, suatu yang dibina berasaskan pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi sebagai sebahagian daripada wawasan 2030nya. Formula E hadir di Arab Saudi pada saat yang amat penting tatkala rancangan kemajuan sedang dilaksanakan. Transformasi ini melibatkan industri sukan yang lestari, satu tonggak ekonomi yang mempunyai kunci bagi menyerlahkan potensi luas negara.

Arab Saudi turut menyerlahkan kuasa terhadap apa yang mungkin dengan memulihkan masyarakatnya yang bersemangat dan bertoleransi, meraikan daya kreativiti dan inovasi, memberi orang ramai akses kepada peluang-peluang untuk merealisasikan potensi mereka. Kemajuan ini mengujakan dan benar-benar berlaku. Pawagam awam dibuka, memandu juga dibenarkan untuk semua dan visa pelancongan bakal diberikan.

Lembaga Sukan Umum Kerajaan Arab Saudi  

Lembaga Sukan Umum (GSA) Kerajaan Arab Saudi menggunakan kuasa sukan dan gaya hidup aktif untuk meningkatkan kehidupan semua komuniti dalam Kerajaan dan untuk mendapat faedah daripada nilai-nilai sukan seluruh dunia.

Selaku pengawal selia sukan bagi negara berkenaan, GSA merupakan pemangkin yang memberi inspirasi untuk perubahan dan mempercayai sukan untuk semua. Kepelbagaian dan pengembangan organisasi mendayakan keinginan negara terhadap masyarakat yang bertenaga dengan mewujudkan akses seluas mungkin untuk semua peluang sektor sukan.

GSA membantu Kerajaan Arab Saudi merealisasikan cita-cita sukannya bagi menjadi pemimpin global dengan laluan yang mantap daripada amatur kepada elit dan berusaha mewujudkan persekitaran untuk industri sukan ini berkembang sebagai sebahagian daripada ekonomi sukan yang meningkat maju dan mampan.

Source: The General Sports Authority of the Kingdom of Saudi Arabia
Keywords: Sporting Events Sports