omniture

GAC Motor Muncul Julung Kali di Eropah dengan Penampilan Awal SUV GS5 Serba Baharu Di Pameran Motor Paris

GAC Motor
2018-09-28 03:33 1394

PARIS, 28 September 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Motor Paris yang berusia 120 tahun membuka tirai pada 2 Oktober di Paris Expo Porte de Versailles. Pameran 2018 itu agak unik memandangkan terdapatnya jenama auto Cina yang dikenali sebagai GAC Motor menyertai Pameran Motor Paris buat julung kalinya dalam sejarah dan juga merupakan satu-satunya jenama auto Cina yang akan mengadakan pameran di Paris tahun ini.

All-new GS5 SUV
All-new GS5 SUV

Satu sidang akhbar rasmi akan diadakan pada 2 Oktober, yang akan berlangsung di reruai A530, astaka 5.2, mulai jam 8:45 pagi hingga 9:00 pagi. Jumlah keluasan paparan GAC Motor di pameran motor tersebut ialah 1,000 meter persegi (10,764 kaki persegi).

GAC Motor akan membawakan model-model terkenal berkualiti tingginya ke acara tersebut yang dibangunkan menerusi 10 tahun pengalaman dalam pembangunan yang inovatif dan kreatif. Model-model GAC Motor yang akan dibawa ke Paris termasuk GS4 yang laris terjual, SUV mewah GS8, van mini pertama GM8 dan sedan GA4. Tambahan pula, di sidang akhbar dan penampilan awal dunia itu, GAC merancang untuk melancarkan SUV serba baharu GS5.

All-new GS5 SUV
All-new GS5 SUV

Eropah memainkan peranan penting dalam pembangunan GAC Motor sejak peringkat awal penubuhannya. Pada tahun 2014, sewaktu Ulang Tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik antara China dan Perancis, kumpulan kenderaan GS5 Euro-Asia GAC Motor menjelajah dari Guangzhou ke Paris. Tahun ini, GAC Motor kembali ke Paris dengan aspirasi yang tinggi bagi menjadi "jenama bertaraf dunia dan syarikat global" untuk memulakan suatu perjalanan serba baharu secara rasminya.

Sebagai peneraju dalam industri automobil Cina, GAC Motor berkembang maju menjadi model peranan yang berpengaruh untuk jenama-jenama auto Cina mewah. Jumlah jualan tahunan meningkat daripada 17,000 pada tahun 2011 kepada 500,000 pada tahun 2017, dengan purata kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 75% dan syarikat telah melancarkan operasi di 15 negara, menyelesaikan pembinaan pusat-pusat R&D luar negara dan platform perniagaan sambil mempamerkan produk-produk diperakui daripada jenama ini di pameran-pameran auto antarabangsa yang berprestij.

GAC Motor’s high-quality star models
GAC Motor’s high-quality star models

Pameran Motor Paris ialah pentas terbaik untuk GAC Motor mempamerkan produk dan jenamanya. Disokong oleh penampilan sulung yang berjaya di Pameran Motor Paris, syarikat akan berusaha membina imej jenama yang kukuh di Eropah, yang merupakan langkah besar ke arah matlamatnya untuk membina jenama bertaraf dunia dan sebuah syarikat bertaraf global.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2248998-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2248998-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2248998-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news Future Events