omniture

Microland Diiktiraf sebagai Pencabar Utama dan Pelaksana Cemerlang dalam PEAK Matrix(TM) Everest Group untuk Penyelesaian: Pengautomatan Perkhidmatan Infrastruktur IT 2018

Microland
2018-09-28 11:10 512

BANGALORE, India, 28 September 2018 /PRNewswire/ -- Microland, selaku Pemecut Digital, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai 'Pencabar Utama' dan 'Pelaksana Cemerlang' dalam PEAK Matrix Everest Group untuk Penyelesaian: Pengautomatan Perkhidmatan Infrastruktur IT 2018.

Sebagai sebahagian daripada penilaian ini, Everest Group menganalisis 20 penyedia perkhidmatan terkemuka berhubung kombinasi antara penilaian dan maklum balas penganalisis, dikumpul daripada temubual bersama pelanggan. PEAK Matrix ialah rangka kerja komposit yang menyediakan penilaian yang objektif, dipacu data dan secara bandingan terhadap penyedia-penyedia pengautomatan perkhidmatan IT berdasarkan visi & keupayaan mereka dan juga impak pasaran.

(Klik di sini untuk mengakses laporan)

Status 'Pelaksana Cemerlang', yang berasaskan pergerakan tahunan relatif positif terbesar, merupakan pengesahan kepada tumpuan syarikat terhadap pengautomatan pintar sebagai pemacu utama transformasi digital dalam ekosistem Pelanggan. Microland telah membangunkan analitik pintar dan mendalam yang dipacu oleh platform pengautomatan yang mendayakan operasi sifar sentuh untuk semua komponen dalam infrastruktur IT, iaitu rangkaian, awan, pusat data serta pengkomputeran pengguna akhir. Ia menumpu untuk memastikan intervensi manusia yang minimum dalam semua peringkat pada kitar hayat infra IT, iaitu penilaian, penempatan/perpindahan, pengurusan dan pengukuran ROI.

"Kami berasa teruja kerana tersenarai buat kali kedua berturut-turut dalam PEAK Matrix Everest Group untuk Pengautomatan. Kedudukan lebih baik kami dalam laporan 2018 merupakan bukti jelas pelaburan Microland ke arah meningkatkan kebolehramalan operasi menggunakan analitik dan pengautomatan yang membawa kepada ROI yang lebih baik daripada pelaburan IT serta kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Kami telah menumpu untuk membangunkan suit Pengautomatan komprehensif, dengan AI, Analitik dan Pembelajaran Mesin sebagai tulang belakangnya, yang menampung secara holistik segala keperluan Digital oleh pelanggan perusahaan," kata Sharad Heda, Ketua Kakitangan, Microland Limited.

"Dipacu oleh pendigitan, landskap perkhidmatan infrastruktur IT sedang mengalami satu perubahan besar dengan tumpuan utamanya berubah daripada kecekapan kos kepada pendayaan digital. Microland telah membuat pelaburan yang boleh dipercayai bagi membangunkan platform dan penyelesaian pengautomatan dalaman yang menumpu untuk menangani keperluan digital pelanggan. Selain pelaburan dalam alatan dan teknologi, kebolehannya untuk memacu tahap kepuasan yang tinggi dalam kalangan pelanggan; kefleksibelan dalam menangani keperluan pelanggan; pendekatan proaktif dalam menonjolkan inovasi; dan kaedah-kaedah pelaksanaan tangkas membolehkan Microland untuk diiktiraf sebagai Pencabar Utama dan Pelaksana Cemerlang," kata Chirajeet Sengupta, Rakan Kongsi, Perkhidmatan Teknologi Maklumat di Everest Group.

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 3,800 ahli profesional merentasi pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut: http://www.microland.com

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology