omniture

Public Investment Fund Perkenal Amaala, Destinasi Utama Global Baharu untuk Pelancongan Kesihatan

The Public Investment Fund
2018-09-28 12:09 527

RIYADH, Arab Saudi, 28 September 2018 /PRNewswire/ --

Public Investment Fund (PIF) dari Arab Saudi, mengumumkan pelancaran Amaala yang akan menjadi destinasi mewah uber di persisiran barat laut Arab Saudi. Ia bertujuan untuk mewujudkan konsep serba baharu untuk pelancongan ultra mewah yang menumpu pada keadaan kesihatan, kehidupan yang sihat dan meditasi. Destinasi baharu ini merupakan lanjutan semula jadi dari Laut Mediterranean dan dikenali sebagai Riviera Timur Tengah.

generated by system

Pembiayaan awal untuk projek tersebut akan disediakan oleh PIF, yang akan mengetuai pembangunan Amaala menjadi pengalaman hospitaliti tempahan khas yang terletak dalam Kawasan Simpanan Semula Jadi Putera Mohammed bin Salman. Tatkala projek tersebut berjalan, pakej perkongsian dan pelaburan menarik akan disediakan untuk sektor swasta.

PIF mengumumkan bahawa Amaala akan turut serta bersama-sama NEOM serta The Red Sea Project sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan dalam projek giga, membantu mewujudkan ekosistem pelancongan yang unik, menyokong pempelbagaian ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi. Di samping itu, PIF mengumumkan pelantikan eksekutif hospitaliti dan pembangunan mewah yang berpengalaman, Nicholas Naples sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Amaala, yang akan mengetuai pembangunan dan operasi untuk destinasi berkenaan.

En. Naples berkata bahawa "Amaala akan membangkitkan imaginasi dunia dengan mengungkap semula konsep pengalaman pelancongan mewah semasa, khususnya dari segi kesihatan integratif, rawatan istimewa dan tawaran rekreasi yang berkaitan. Konsep kami akan menyediakan tawaran perkhidmatan beraneka yang melangkaui jangkaan pelanggan dengan menyediakan suit perkhidmatan komprehensif yang jarang didapati di satu lokasi yang unik dalam segenap aspek. Pengalaman Amaala akan ditingkatkan melalui persekitarannya, tersebar merentasi tapak semula jadi yang indah dan tidak dicemari." 

En. Naples menambah "Amaala membawakan pengalaman mewah yang unik dan mencetuskan transformasi yang mana pelancongan kesihatan yang lengkap disepadukan bersama-sama gabungan yang dipilih susun antara tawaran seni, budaya dan sukan yang setiap satunya disesuaikan untuk gaya hidup ultra mewah, termasuk ketersediaan arena fesyen, perkhidmatan kehidupan yang sihat dan ekspedisi lautan sepanjang tahun." 

Amaala akan membawakan seni bina luar biasa dan kemewahan terunggul hotel dan vila peribadi selain perkampungan runcit yang menarik dan akademi seni yang memupuk pertumbuhan dan pembangunan artis-artis muda dari Arab Saudi dan rantaunya. Upacara kebudayaan, persembahan artistik dan persidangan berkaitan akan membawa lawatan antarabangsa ke rantau ini yang mana para pengunjung berpeluang untuk turut serta dalam pelbagai pengalaman percutian unik dan diperibadikan yang dilatari pemandangan yang mengagumkan, landskap bergunung ganang dan menyelam di terumbu karang yang tidak tercemar. Marina dan kelab kapal layar akan mengujakan peminat aktiviti berlayar, menarik pelayaran mewah butik. Pertubuhan runcit akan mempunyai gabungan eklektik antara galeri, atelier, bengkel artis dan outlet runcit tempahan khas yang disokong oleh pelbagai tempat menjamu selera istimewa antarabangsa dan tempatan.

Seperti yang dibayangkan dalam Wawasan 2030, Amaala berserta projek-projek giga lain akan menyokong pempelbagaian industri libur dan pelancongan Arad Saudi, sekaligus mempromosikan pemuliharaan budaya, pemeliharaan ekologi dan kelestarian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.pif.gov.sa/en/pages/projectamaala.aspx.

Latar Belakang Public Investment Fund 

Public Investment Fund berusaha menjadi salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar dan paling memberi impak di dunia, mendayakan pewujudan sektor-sektor dan peluang-peluang baharu yang akan membentuk ekonomi global masa depan, di samping memacu transformasi ekonomi Arab Saudi.

Bagi mencapai hal ini, Dana ini membangunkan portfolio terpelbagai yang bertaraf dunia melalui pelaburan dalam peluang-peluang jangka panjang yang menarik merentasi sektor dan kelas aset di peringkat domestik dan antarabangsa. Bekerjasama di samping rakan-rakan kongsi strategik global dan pengurus pelaburan ternama, PIF bertindak sebagai cabang pelaburan utama Kerajaan Arab Saudi bagi menyediakan strategi yang menumpu untuk mencapai pulangan kewangan yang menarik dan nilai jangka panjang untuk Kerajaan Arab Saudi, selari dengan Wawasan 2030.

Pada Oktober 2017 dalam Inisiatif Pelaburan Masa Depan, Program Public Investment Fund (2018- 2020) dilancarkan sebagai sebahagian daripada Program Realisasi Wawasan 2030 (VRP) Kerajaan Arab Saudi. Program PIF ini ialah salah satu daripada dua belas VRP dan bertindak sebagai pelan tindakan untuk tiga tahun akan datang bagi mengukuhkan kedudukan PIF sebagai enjin di sebalik pempelbagaian ekonomi di Kerajaan Arab Saudi dan peranannya dalam mengubah Arab Saudi menjadi kuasa pelaburan bertaraf dunia. Program ini akan menyaksikan Aset Bawah Pengurusan Dana meningkat kepada lebih $400 bilion menjelang tahun 2020 dan menggariskan bagaimana PIF menyasarkan untuk melengkapi pembangunan sektor swasta di Kerajaan Arab Saudi melalui pelaburan domestik baharu, dipecahkan antara Saudi Holdings Dana ini, Pembangunan Sektor Saudi, Pembangunan Hartanah & Infrastruktur Saudi dan Projek-projek Giga Saudi.

Latar Belakang Amaala 

Amaala akan diwujudkan sebagai satu destinasi untuk mereka yang tercari-cari perjalanan peribadi yang transformatif yang diinspirasikan oleh seni, kesihatan dan kesucian Laut Merah. Amaala akan dicipta daripada kawasan luas yang sebelum ini belum dibangunkan di garis pantai barat laut Arab Saudi antara Dibha dan Alwajh. Amaala akan menjadi destinasi global yang unik dalam peta mereka yang kerap mengembara.

Source: The Public Investment Fund
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services