omniture

Goals101 Terima Pembiayaan $3.5 Juta Daripada Nexus Partners dalam Pusingan Pra-Siri A

Goals101
2018-09-28 14:10 318

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 September 2018 /PRNewswire/ --

Nexus turut memperoleh kepentingan minoriti yang penting   

Goals101, sebuah syarikat teknologi kewangan dan analitik data raya, mengumumkan ia telah menerima pembiayaan Pra-siri A sebanyak $3.5 juta daripada Nexus Venture Partners, sebuah firma modal usaha niaga global yang terkemuka. Menerusi pusingan pembiayaan ini, Nexus turut menjadi pemegang kepentingan minoriti yang penting dalam Goals101.

Goals101 dimulakan kira-kira 2 tahun lalu oleh Visham Sikand bersama-sama dengan para pengasas bersama dan ahli-ahli pasukan utama Milan Naik (mantan kakitangan Liberty Videocon General Insurance), Ishank Joshi (mantan kakitangan Applied Mobile Labs), Anshuman Pandey (mantan Pengasas bersama Ziffi.com) dan Anupam Bhat (mantan kakitangan Airtel Africa). Pasukan pengasas mendapat rangsangan menerusi penyertaan Raghunandan Mohapatra (mantan kakitangan Standard Chartered Bank - Global), Shyam Ramamurthy (mantan kakitangan Yahoo.com), Jubin Mehta (mantan kakitangan Standard Chartered Bank Malaysia) dan Sankat Mochan Chauhan (mantan kakitangan Mu Sigma).

Mengulas mengenai pembiayaan ini, Visham Sikand berkata, "Kami bekerjasama dengan Nexus memandangkan mereka memahami metrik perniagaan kini dan mempunyai pandangan global berhubung pelaburan mereka. Dua tahun lalu bekerjasama dengan minda yang amat berbakat merentasi rakan-rakan kongsi perbankan kami adalah suatu yang begitu hebat. Selepas pusingan pembiayaan berkenaan, iaitu beberapa bulan lalu, syarikat telah berkembang pesat dari segi teknologi & keupayaan sains data serta turut berkembang ke lokasi-lokasi mantap yang lain iaitu Malaysia, UAE, Qatar, Afrika Selatan dan Kenya." 

Mengulas mengenai pembiayaan ini, Sameer Brij Verma, Pengarah Urusan di Nexus Venture Partners, berkata, "Kami percaya bahawa Goals101 ialah pengubah teknologi yang menakrifkan semula perbankan pintar generasi seterusnya yang dikuasakan oleh tingkah laku transaksi, lokasi dan kecerdasan sosial. Dengan gabungan antara pasukan dan teknologi di Goals101, bukanlah suatu yang mengejutkan apabila mereka telahpun mengukuhkan kedudukan di enam negara menerusi beberapa buah bank hanya dalam tempoh dua tahun. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan mereka tatkala mereka memulakan langkah dalam fasa peluasan dan pertumbuhan mereka yang seterusnya."

Dengan pelancaran Platform Bank Rekaan Khas 'Alpha for Banks', syarikat berhasrat untuk menjadikan seluruh perjalanan perbankan lebih Diperibadikan, Automatik dan Menggembirakan. Hari ini, Goals101 menjalin perkongsian dengan 21 rakan kongsi perbankan utama di Asia dan menyelesaikan pelbagai kes pengguna.

Visham Sikand, ahli alumni Harvard Business School, kini sedang mengusahakan syarikat baharu yang ketiga, setelah menjayakan 2 tanggungjawab keusahawanan dengan modal rendah yang amat membuahkan hasil. Syarikat terdahulu beliau diambil alih oleh Aetna Inc. (sebuah syarikat Fortune 50), yang mana beliau merupakan Pengerusi di India.

Perhubungan Media
Lovina Gujral
+91-9899797029
lovina@candour.co.in

Simran Mutreja
+91-9999028639
simran@candour.co.in 

Source: Goals101
Keywords: Banking/Financial Service Financing agreements Data Analytics Financial Technology