XUZHOU, China, 28 September 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di China, kini menerima permohonan untuk Pertandingan Reka Bentuk Inovasi Hijau Piala XCMG ("Piala XCMG") kedua yang mana para peserta menghantar konsep-konsep reka bentuk yang mewujudkan kecekapan dalam pengilangan atau pengendalian peralatan pembinaan berat. Para pelajar dan pihak-pihak lain yang berminat dari seluruh dunia dialu-alukan untuk memuat naik reka bentuk mereka secara dalam talian sehingga 1 Disember ini.
Dilancarkan pada tahun 2016 dan dihoskan pada XCMG-Cloud, hab data dan maklumat perindustrian yang merupakan satu projek bersama-sama Aliyun, tumpuan pertandingan tahun ini adalah untuk mencari penyelesaian tenaga baharu untuk R&D mesin pengangkat dan penggali. Penyertaan akan dinilai oleh panel yang terdiri daripada pakar-pakar terkemuka daripada bidang-bidang kejuruteraan mekanikal, pengilangan pintar, reka bentuk perindustrian dan banyak lagi. Para pemenang akan berpeluang menerima pelaburan daripada XCMG dan melihat hasil rekaan mereka menjadi kenyataan.
"Kami berasa teruja kerana sekali lagi dapat melihat reka bentuk yang inovatif dari seluruh dunia," kata Xiaohui Xu, Penolong Pengurus Besar XCMG. "Piala XCMG pertama membawakan kejayaan yang membanggakan dan kami berharap dapat menilai konsep-konsep baharu yang akan membantu kami meningkatkan penumpuan reka bentuk perindustrian dan mengurangkan impak kami terhadap alam sekitar.
"Para pelajar kolej sering berfikir dengan begitu aktif dan kreatif, maka Piala XCMG merupakan satu platform yang hebat untuk para pelajar menawarkan penyelesaian kepada beberapa masalah dalam industri menerusi idea-idea bernas mereka. Peluang yang saling menguntungkan yang ditawarkan oleh pertandingan ini akan turut membolehkan syarikat memajukan teknik-teknik pengilangan untuk seluruh industri," kata Li Wei, Profesor di Sekolah Kejuruteraan Mekatronik dan Pengarah Pusat Latihan Inovatif di China University of Mining and Technology (CUMT).
Piala XCMG ialah salah satu daripada 14 projek kebajikan awam global XCMG yang diletakkan dengan tepat yang menumpu pada teknologi-teknologi hijau dan mesra alam serta menggalakkan bakat muda untuk memajukan pembangunan hijau dan mampan dalam industri.
Penyertaan projek dalam Bahasa Inggeris boleh dihantar di http://www.xcmg-cloud.com/require?goindex&rc.
Latar Belakang XCMG
XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 182 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group di Facebook, Twitter, YouTube dan LinkedIn.