omniture

Yutong Bus Jadi Pembekal Bas Elektrik Terbesar di Macau Tatkala Pelancaran Global 90,000 Bas Tenaga Baharu

Yutong Bus
2018-09-29 07:51 1362

MACAU, 29 September 2018 /PRNewswire/ -- Sebanyak dua puluh buah bas elektrik dibangunkan dan dikeluarkan oleh Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. (Yutong Bus), pembekal bas dan bas persiaran yang terkemuka di dunia, telah mula menawarkan perkhidmatan di Macau. Penyerahan bas-bas kepada Melco Resorts & Entertainment meningkatkan bahagian pasaran Yutong dalam pasaran bas elektrik di Macau kepada 78%. Pada masa kini, terdapat 2,700 buah bas dan bas persiaran di Macau, dengan 1,400 unit, iaitu lebih 50% dibekalkan oleh Yutong.

Guests cut the tape to anounce the utilization of Yutong electronic bus in Macao
Guests cut the tape to anounce the utilization of Yutong electronic bus in Macao

Sebanyak 20 buah bas elektrik melibatkan lapan belas buah bas persiaran 11m dan dua buah bas bandar 10m digunakan untuk mengambil pelancong di Macau. Bas persiaran 11m direka khas untuk Macau; tahap perlindungan IP68nya menjadikannya kalis air selama 24 jam, walaupun ketika tenggelam, seraya menjadikannya sempurna untuk hari-hari hujan dan ribut yang biasa berlaku di Macau. Bas bandar 10m, asalnya direka untuk pasaran Eropah, didatangkan dengan sistem bantuan pemandu "BusEYE Pro" Yutong. Sistem ini mempunyai empat fungsi utama, amaran pelanggaran di hadapan, amaran pelanggaran pejalan kaki, amaran pengukuran jarak kepala dan amaran pelepasan lorong. Sistem bateri untuk kedua-dua model ini akan memastikan kenderaan beroperasi sekiranya terperangkap dalam lalu lintas untuk jangka masa yang panjang.

Hu Huaiban, General Manager of International Business of Yutong Bus gives a Yutong bus model as present to Akiko Takahashi, the executive vice president of Melco Resorts & Entertainment
Hu Huaiban, General Manager of International Business of Yutong Bus gives a Yutong bus model as present to Akiko Takahashi, the executive vice president of Melco Resorts & Entertainment

"Di Yutong, kami mereka bentuk demi keperluan yang berbeza dalam pasaran-pasaran berlainan. Macau mempunyai jalan raya yang amat sesak dan cuaca yang lembap. Dengan itu, kami mencuba menyelesaikan masalah-masalah berkenaan dan banyak lagi apabila mereka bentuk untuk pasaran ini. Di samping itu, kami mempunyai empat stesen perkhidmatan di Macau yang meliputi hampir setiap bas elektrik Yutong yang beroperasi," kata Jin Yong, Pengurus Besar Bahagian Asia untuk Yutong Bus.

Selain pengilangan bas elektrik, Yutong Bus menyediakan penyelesaian bersepadu sehenti bagi bas-bas tenaga baharu termasuk perancangan pengangkutan, reka bentuk kenderaan dan sistem pemantauan kenderaan, di samping menawarkan latihan amali kepada pengendali-pengendali tempatan. Setakat ini, Yutong Bus telah mencapai jumlah jualan keseluruhan sebanyak 90,000 buah bas tenaga baharu di Perancis, UK, Bulgaria, Iceland, Chile, dan China Macau, antara lain.

Latar Belakang Yutong Bus      

Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. (Yutong Bus) ialah sebuah syarikat pengilangan moden yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan jualan bas. Jumlah jualan tahunannya melebihi 70,000 unit dengan lebih 90,000 buah bas tenaga baharu terjual setakat ini. Yutong Bus menjual bas dengan jumlah jualan yang besar di lebih 30 negara merentasi enam benua dengan bahagian pasaran mencecah lebih 30% di China dan lebih 15% di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.yutong.com.

Fernando Li
+86-371-6671-8999
sales@yutong.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180927/2250519-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180927/2250519-1-b 

Source: Yutong Bus
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Transportation