omniture

Pioneer Membantu Pemandu Meningkatan Bunyi dengan Rangkaian Pembesar Suara, Subwufer A-Series dan Pemproses Bunyi Universal DEQ-S1000A 2019

Pioneer Electronics Asia
2018-10-01 16:00 822

SINGAPURA, KUALA LUMPUR, Malaysia dan BANGKOK, 1 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics AsiaCentre, peneraju dalam audio kereta pasaran lepas jualan, hari ini melancarkan rangkaian terbaharu pembesar suara dan subwufer A-Series 2019, prestasi audio dalam pakej yang mudah dipasang dan mampu milik. Rangkaian pembesar suara A-Series tahun ini termasuk pelbagai model yang terdapat dalam saiz 13-cm, 16.5-cm, 20-cm, 25-cm, 4x6-Inci, 6x9-Inci, dan 6x8-Inci - khususnya, pembesar suara TS-A1600F, TS-A1600F, TS-A6900F, TS-A6980F, TS-A6970F, TS-A6960F, TS-A4670F dan twiter TS-A300TW. Bagi melengkapi pelancaran pembesar suara, Pioneer juga akan melancarkan barisan subwufer A-Series pada bulan Oktober 2018 - khususnya subwufer kotak pramuat TS-A300D4, TS-A300S4 dan TS-A300B 12-Inci (30 cm), serta TS-A250D4 dan TS-A250S4 10-inci (25-cm).

Komponen Pembesar Suara A-Series TS-A1600C
Komponen Pembesar Suara A-Series TS-A1600C

"Di Pioneer, kami percaya bahawa setiap orang patut mendapat mempunyai peluang untuk menikmati hiburan dalam kereta yang terbaik yang ditawarkan oleh pasaran. Kami memahami bahawa ramai pembeli kereta baharu menginginkan pengalaman audio yang lebih lantang dan lebih jelas daripada apa yang boleh ditawarkan oleh pembesar suara yang dipasang di kilang," kata Encik Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Produk dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Center. "Barisan pembesar suara dan subwufer A-Series 2019 kami tidak hanya direka untuk memenuhi keinginan memiliki pengalaman audio yang lebih lantang, lebih jelas dan dinamik - ia juga dibuat khusus untuk mudah dipasang dan sesuai dengan kebanyakan model kereta, supaya pemandu di mana-mana sahaja boleh menikmati manfaat teknologi bunyi baharu".

TINGKATKAN BUNYI ANDA DENGAN PEMBESAR SUARA DAN SUBWUFER A-SERIES YANG BERKUASA

Subwufer A-Series TS-A300D4 Subwoofer
Subwufer A-Series TS-A300D4 Subwoofer

Ciri utama pembesar suara A-Series baharu ialah bunyi yang lebih baik dan julat dinamik yang dipertingkatkan, hasil daripada teknologi pembesar suara yang baru dibangunkan oleh Pioneer. Pembesar suara yang direka semula ini menampilkan twiter baharu, kon pembesar suara IMPP ™ diperkukuh dengan Karbon dan Mika yang ringan tetapi teguh, dengan saiz yang lebih besar berbanding pendahulunya, dan lelabah fleksibel boleh gerak dengan ekskursi terkawal yang lebih luas. Semua ini diterjemahkan menjadi pengalaman audio yang hebat dengan frekuensi tinggi yang diperluas, bunyi bes yang lebih mendalam, dan hingar rendah yang mengatasi pembesar suara yang dipasang di kilang dan pesaingnya dengan mudah.

Direka khusus untuk menyediakan pemandu dengan bes yang jelas, rangkaian baharu subwufer A-Series membolehkan pengalaman audio yang memenuhi ruang. Subwufer ini didatangkan dengan teknologi dipertingkat yang dibangunkan khusus untuk mengatasi persaing, seperti kon komposit IMPP ™ yang sangat teguh, tepian gelung getah dengan pematuhan yang tinggi, dan dwi-lelabah. Hasilnya ialah bunyi yang jelas dan ritmik, dengan respon lancar yang sepadan dengan sempurna melengkapi julat dinamik yang dipertingkat yang ditawarkan oleh pembesar suara A-Series baharu.

PEMASANGAN MUDAH DAN RINGKAS

Demi membantu para pemandu memperoleh pengalaman pemasangan lancar dan mudah dengan pembesar suara A-Series baharu, Pioneer menyediakan kit alat suai baharu dengan model pembesar suara yang terpilih. Kit alat suai ini mempunyai pelbagai lubang pelekap yang sesuai dengan kebanyakan model kereta di pasaran, yang membolehkan pemandu membuat pilihan untuk memasang sendiri pembesar suara dengan mudah. Di samping itu, ia tidak lagi memerlukan pelaburan tambahan untuk pengubahsuaian pihak ketiga bagi pemasangan yang betul. Para pemandu yang mencari maklumat lanjut mengenai pemasangan kilang dan panduan mengenai pilihan pembesar suara pastinya gembira dengan berita Pioneer telah mengeluarkan aplikasi Pioneer CarSoundFit, yang membolehkan pengguna untuk mensimulasi kualiti bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara Pioneer berbanding pembesar suara yang dipasang di kilang. Pioneer CarSoundFit boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store di kebanyakan negara hari ini.

TALAAN AUDIO MENDALAM DENGAN PEMPROSES BUNYI UNIVERSAL DEQ-S1000A TAMBAHAN

Pemproses Bunyi Universal DEQ-S1000A
Pemproses Bunyi Universal DEQ-S1000A

Pioneer juga melancarkan Pemproses Bunyi Universal DEQ-S1000A Pioneer baharu bersama-sama pembesar suara dan subwufer A-Series. DEQ-S1000A menampilkan amplifier MOSFET 50W x 4, pre-out 3 x Hi-Volt RCA, dan DSP dwi-teras 48-bit litar tersuai sepenuhnya yang berprestasi tinggi - meningkatkan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh alat penerima yang dipasang di kilang dengan ketara. Oleh kerana alat penerima yang sedia ada tidak perlu dikeluarkan, pemasangan pemproses bunyi kompak ini tidak rumit - ia boleh dipasang hampir di mana-mana sahaja di dalam kereta.

Aplikasi Sound Tune Pioneer
Aplikasi Sound Tune Pioneer

Para pemandu juga pasti gembira dengan maklumat bahawa DEQ-S1000A boleh dikawal melalui aplikasi Sound Tune Pioneer, yang boleh didapati di kedua-dua Apple App Store dan Google Play Store. Dengan Sound Tune Pioneer, pemandu yang baru berjinak-jinak dengan penalaan audio boleh memilih pratetap EQ, menyesuaikan tetapan EQ merentasi 31 band mengikut kehendak mereka dengan hanya satu leretan jari, dan menikmati kesan bunyi khas seperti Super "Todoroki" Sound dan Live Simulations dengan mudah. Para pemandu yang juga penggemar audio yang tercari-cari pengalaman audio yang sempurna juga boleh menyesuaikan kedalaman bunyi mereka dengan ciri-ciri seperti penjajaran masa dan pelarasan tetapan silang (crossover).

Pembesar Suara A-Series

Saiz

Jenis

Kuasa Maks/Nominal

Didatangkan dengan Alat Suai

TS-A1600C

16.5-cm

Komponen

350W/80W

Ya

TS-A6990F

6x9-Inci

5-hala

700W/120W

Tidak

TS-A6980F

6x9-Inci

4-hala

650W/100W

Tidak

TS-A6970F

6x9-Inci

5-hala

600W/100W

Ya

TS-A6960F

6x9-Inci

4-hala

450W/90W

Ya

TS-A1680F

16.5-cm

4-hala

350W/80W

Ya

TS-A1670F

16.5-cm

3-hala

320W/70W

Ya

TS-A1370F

13-cm

3-hala

300W/50W

Tidak

TS-A1306C

13-cm

Komponen

300W/50W

Tidak

TS-A2013i

20-cm

3-hala

500W/80W

Tidak

TS-A2503i

25-cm

3-hala

420W/80W

Tidak

TS-A6880F

6x8-Inci

4-hala

350W/80W

Tidak

TS-A4670F

4x6-Inci

4-hala

210W/30W

Tidak

 

Subwufer A-Series

Saiz

Jenis

Kuasa Maks/Nominal

TS-A300D4

12-Inci

Dua Gegelung Suara

1500W/500W

TS-A300S4

12-Inci

Satu Gegelung Suara

1500W/500W

TS-A300B

12-Inci

Kotak Subwufer Pramuat 2Ohm

1500W/500W

TS-A250D4

10-Inci

Dua Gegelung Suara

1300W/400W

TS-A250S4

10-Inci

Satu Gegelung Suara

1300W/400W

Pemproses Bunyi Universal DEQ-S1000A dan pembesar suara A-Series 2019 akan tersedia bermula akhir Ogos 2018, manakala subwufer A-Series 2019 akan dilancarkan lewat tahun ini. Oleh kerana ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda untuk maklumat lanjut.

Imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/nxtmzqab3o5foxv/AAB492YZLMLVLiAm_P57n6gwa?dl=0

Untuk lebih banyak maklumat terkini, sila lawati laman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

nota tambahan:

 

i. Jangan gunakan sistem Pioneer anda sekiranya dengan berbuat demikian mengalihkan perhatian anda dalam apa-apa juga keadaan daripada pengendalian selamat kenderaan anda.  Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat.  Di sesetengah negara, penggunaan peranti tertentu semasa memandu mungkin menyalahi undang-undang.  Sekiranya peraturan tersebut diguna pakai, ia wajib dipatuhi.
ii. Semua jenama, nama produk atau logo lain mungkin merupakan tanda dagang atau tanda dagang berdaftar pemegang hak masing-masing.
iii. Pioneer CarSoundFit akan tersedia di Indonesia pada 29 Ogos.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.
Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah audio visual kereta. Pioneer berhasrat untuk menjadi pengeluar dan pembekal pasaran lepas jualan terkemuka kepada jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hiburan komprehensif dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi akan datang dan perkhidmatan awan yang inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin meningkat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217032-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217032-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217032-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217032-1-d
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1LOGO

Source: Pioneer Electronics Asia
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Music Transportation New products/services