omniture

Bagaimana Mengubah Negara dalam Hanya 5 Tahun? Rangka Tindakan China untuk Masa Depan Diteroka dalam Dokumentari Baharu, 'How China Works II'

Discovery
2018-10-01 22:10 527

"Ketahui bagaimana inovasi negara membentuk dunia di luar sempadannya dengan visi, kadar dan skala tidak seperti di tempat lain - Ini China, dan inilah 'How China Works II'."

BEIJING, 1 Oktober 2018 /PRNewswire/ - China, negara yang paling ramai penduduk di dunia dan contoh yang mewakili pembangunan ekonomi yang pesat, telah menetapkan sendiri satu siri matlamat yang luar biasa untuk transformasi dan pemodenan menjelang 2020. Tiga tahun telah berlalu, bagaimana keadaan mereka? Arkitek Danny Forster kembali dengan akses yang terunggul tatkala beliau mengembara ke pelosok 'Kerajaan Pertengahan' untuk menunjukkan kisah yang mengagumkan tentang bagaimana sasaran-sasaran ini dipenuhi dan dilangkaui dalam Siri Terbaharu Discovery Channel, 'How China Works II'. Siri terbaharu yang mendapat sambutan hangat ini akan disiarkan di saluran Discovery Australia dan saluran New Zealand pada 29 September.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/discovery_2018.shtml

 

 

VR Online Shopping
VR Online Shopping

 

Shanghai Synchrotron Radiation Facility
Shanghai Synchrotron Radiation Facility

 

printing_How China Works II
printing_How China Works II

 

HCWII premiere ceremony
HCWII premiere ceremony

30,000KM kereta api berkelajuan tinggi, 60,000 skrin filem, 700 makmal kebangsaan utama, 74 lapangan terbang baharu dan kadar urbanisasi pada 60% merupakan beberapa matlamat tinggi yang China harapkan dapat dicapai menjelang 2020. Ia juga merupakan matlamat yang disasarkan China untuk dicapai dan, yang mengejutkan, untuk dilangkaui dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tetapi bagaimanakah caranya? Dalam siri ini, Danny akan meneroka cara dan sebab bagi perjalanan China yang luar biasa dan sukar dijangkakan ini. Siri baharu, dirakam dalam tiga episod, akan meneroka 'revolusi gaya hidup' yang luar biasa yang berlaku dalam kelas pertengahan; kesan 'negara rangkaian' ke atas ekonomi, filem, industri hiburan dan seterusnya; dan projek infrastruktur yang memecah rekod dunia yang membentuk lembaran negara.

Siri kedua dalam siri 'How China Works' dihasilkan bersama oleh China Intercontinental Communication Centre dan Discovery Channel. Dokumentari ini ditayangkan di sebuah majlis di China pada 21 September untuk penonton yang terdiri daripada lebih 200 tetamu termasuk, tokoh terkemuka dalam industri filem dan televisyen, perwakilan diplomatik, kementerian pelancongan dan jabatan kerajaan yang lain.

Siri ini akan disiarkan di saluran Discovery Australia dan New Zealand pada 29 September, disusuli dengan berbilang lokasi di seluruh dunia. Untuk butiran mengenai siri baharu dan masa penyiaran tempatan, sila lawati:

https://www.facebook.com/DiscoverySEAsia/ 
https://www.facebook.com/DiscoveryChannelAU/ 
https://www.facebook.com/DiscoveryChannelIndiaOfficial/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jennie Zhang
Pejabat Discovery GC Beijing
Jennie_zhang@discovery.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180930/2252835-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180930/2252835-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180930/2252835-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180930/2252835-1-d
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201809/discovery/video1.mp4

Source: Discovery
Keywords: Internet Technology Telecommunications Future Events