omniture

HIMSS AsiaPac18 akan Bawakan Amalan Terbaik daripada Angkatan Tentera Global dalam Trek Teknologi Maklumat Kesihatan Ketenteraan Antarabangsa (IMHIT)

HIMSS Asia Pacific
2018-10-02 07:00 953

SINGAPURA, 2 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Persidangan dan Pameran HIMSS AsiaPac18 akan membawakan trek Teknologi Maklumat Kesihatan Ketenteraan Antarabangsa (IMHIT) pertama seumpamanya oleh HIMSS pada 7 November ini.

"HIMSS telah menerima sokongan yang besar daripada angkatan bersenjata global yang memulakan perjalanan digital mereka. IMHIT merupakan respons kami terhadap seruan mereka terhadap pendidikan dan perkongsian ilmu dalam sektor yang mana maklumat rawatan ketika jagaan adalah amat kritikal bagi menyelamatkan nyawa," kata Simon Lin, Naib Presiden, APAC.

Bermula dengan Genesis di AS kepada Sistem Penambahbaikan Penjagaan Pesakit (PCES) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), iaitu sistem rekod perubatan elektronik SAF pertama yang dihubungkan kepada sistem rawatan kesihatan negara, organisasi-organisasi ketenteraan di seluruh dunia kini mempercepatkan kemajuan pelaburan IT kesihatan mereka. 

Sesi perbincangan panel sebelah pagi dalam program IMHIT bertajuk Pertukaran Maklumat Kesihatan dalam Sistem Kesihatan Ketenteraan untuk Sokong Penyelarasan Penjagaan Dalam dan Rentas Sempadan akan mengutarakan bagaimana pemimpin-pemimpin kesihatan ketenteraan mengoptimumkan sistem-sistem ini bagi mendayakan penjagaan terselaras dan mencadangkan aspek-aspek untuk penambahbaikan dan pembelajaran rakan setara tatkala mereka menavigasi IT di dalam dan merentasi persekitaran penjagaan yang serius.

Perbincangan panel akan menampilkan:

  • Naib Marsyal Udara Alastair Reid, Pengarah Perubatan Pertahanan & Ketua Pakar Bedar HQ, Kementerian Pertahanan, United Kingdom  
  • Naib Marsyal Udara Tracy Smart, Komander Kesihatan Bersama & Ketua Pakar Bedah, Pasukan Pertahanan Australia, Australia
  • Leftenan Kolonel Lee Turner, Ketua Pegawai Kejururawatan dan Pengarah Prestasi Perniagaan Kesihatan, Direktorat Kesihatan Pertahanan, Pasukan Pertahanan New Zealand, New Zealand
  • Laksamana Muda Dr. Tang Kong Choong, Ketua Kor Perubatan, Angkatan Bersenjata Singapura, Singapura

Trek waktu tengah hari akan merangkumi: strategi kesihatan digital pertahanan negara, cabaran dan peluang untuk maklumat perubatan dalam pertahanan serta tadbir urus klinikal dalam kesihatan ketenteraan.

"Ini merupakan satu keistimewaan dan penghormatan yang amat besar kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara IMHIT sulung ini. Acara berprestij ini amat sesuai diadakan di Brisbane, yang merupakan tumpuan kepada beberapa komponen terbesar bagi keupayaan kesihatan letak atur Pasukan Pertahanan Australia. Ini merupakan satu inisiatif yang amat positif yang dianjurkan oleh HIMSS dan kakitangan projek Pengurusan Pengetahuan Kesihatan ADF dan ia memperlihatkan platform yang teguh dan tepat pada masanya untuk membincangkan sejauh mana inovasi dan teknologi dapat memacu perubahan yang mendayakan peralihan digital melibatkan model-model rawatan kesihatan untuk keperluan Pertahanan global, termasuk akses yang lebih baik kepada penjagaan dan hasil penjagaan yang lebih baik untuk kakitangan perkhidmatan kami yang aktif serta golongan veteran," kata Naib Marsyal Udara Tracy Smart, Komander Kesihatan Bersama & Ketua Pakar Bedah, Pasukan Pertahanan Australia, Australia.

"Persekitaran ketenteraan bersedia mengalami perubahan digital dan saya amat berbesar hati kerana dapat membawakan pengalaman perubatan antarabangsa dan ketenteraan saya untuk HIMSS AsiaPac18 dan membincangkan segala kemungkinan dengan panjang lebar bersama para pemimpin ketenteraan global," tambah Dr. Charles Alessi, Ketua Pegawai Klinikal, moderator HIMSS & IMHIT.

Program trek IMHIT bersama-sama dibangunkan oleh HIMSS Asia Pacific dan pemimpin-pemimpin kesihatan ketenteraan dunia. Lihat jawatankuasa program di sini.

Layari www.himssasiapacconference.org untuk maklumat lanjut.

Promosi pengunjung awal dilanjutkan sehingga 5 Oktober.

 

 

Source: HIMSS Asia Pacific
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Trade show news