omniture

Mandarin Orchard Singapore lakar kemenangan keenam berturut-turut sebagai Hotel Bandar Terbaik Singapura di TTG Travel Awards 2018 Tahunan ke-29

Mandarin Orchard Singapore
2018-10-02 08:00 723

SINGAPURA, 2 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore dinamakan sebagai "Hotel Bandar Terbaik-Singapura" di TTG Travel Awards 2018 Tahunan kali ke-29, menandakan tahun keenam berturut-turut hotel ini merangkul gelaran yang menjadi idaman itu.

Naib Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Itthipol Kunplome (gambar kiri), menyampaikan anugerah Hotel Bandar Terbaik-Singapura kepada Ketua Pegawai Operasi Meritus Hotels and Resorts, Tan Kim Seng (tengah), bersama-sama Pengarah Urusan TTG Asia, Darren Ng (kanan).
Naib Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Itthipol Kunplome (gambar kiri), menyampaikan anugerah Hotel Bandar Terbaik-Singapura kepada Ketua Pegawai Operasi Meritus Hotels and Resorts, Tan Kim Seng (tengah), bersama-sama Pengarah Urusan TTG Asia, Darren Ng (kanan).

 

TTG Travel Awards telah mengiktiraf yang terbaik dalam industri pengembaraan Asia Pasifik sejak tahun 1989. Acara tahunan memberi penghormatan kepada organisasi-organisasi dan individu-individu luar biasa dalam empat kategori: Pembekal Perjalanan, Agensi Pelancongan, Pencapaian Luar Biasa dan Dewan Kemasyhuran Pengembaraan. TTG Travel Awards dianjurkan oleh TTG Asia, dengan sokongan daripada TTG China, TTG India, TTGmice, TTG-BTmice China, TTGassociations dan TTG Asia Luxury.

Para pemenang Anugerah Pembekal Perjalanan ditentukan oleh pembaca TTG yang mengundi organisasi-organisasi kegemaran mereka berdasarkan set kriteria yang disenaraikan. Dalam kategori Hotel Terbaik, kriteria ini melibatkan perkhidmatan dan kemudahan terbaik, rangkaian faedah bernilai tambah terbaik serta pasukan jualan dan pemasaran yang paling profesional dari segi idea-idea inovatif dan penawaran perkhidmatan.

"Kami amat berterima kasih kepada pelanggan setia dan rakan industri kami yang mana, tanpa jalinan persahabatan dan sokongan yang diberikan, kemenangan ini tidak mungkin dapat dicapai," kata En. Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts. "Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada kehebatan berkekalan Mandarin Orchard Singapore sebagai jenama hospitaliti ikonik dan kepada usaha gigih setiap individu dalam pasukan hotel yang terus berusaha meningkatkan pengalaman tetamu dan menunaikan janji kami dengan Kelembutan, Kemesraan dan Keprihatinan Gaya Asia. "

Mandarin Orchard Singapore telah menjadi sebahagian daripada hospitaliti Asia yang memenangi anugerah di Singapura sejak tahun 1971. Sebanyak 1,077 bilik tamu hotel ini menyajikan pemandangan latar langit bandar, dilengkapi dengan ciri-ciri dalam bilik seperti platform filem percuma yang menawarkan seleksi luas filem blokbuster Hollywood yang terkini, selain penyelesaian telefon pintar untuk panggilan suara antarabangsa percuma dan juga data 4G tanpa had di seluruh pulau. Hotel ini juga menawarkan lebih 30,000 kaki persegi ruang fungsi serba guna dan perkhidmatan tempahan di Meritus Club Lounge at Top of the M yang eksklusif. Menerajui barisan restoran yang cemerlang ialah Chatterbox -- tumpuan bagi Nasi Ayam Mandarin legenda dan Shisen Hanten by Chen Kentaro -- kini merupakan restoran Cina berbintang Michelin tertinggi di Singapura. Terletak betul-betul di hadapan pintu Mandarin Orchard Singapore ialah destinasi beli belah mewah, Mandarin Gallery, memberikan pengalaman peruncitan dan hospitaliti yang merangkumi semua untuk para tetamu hotel.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mandarin Orchard Singapore, layari www.meritushotels.com/orchard.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180924/2246010-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180726/2195934-1LOGO

 

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards