PARIS, 2 Oktober 2018 /PRNewswire/ --
Artprice, diasaskan dan dipengerusikan oleh thierry Ehrmann, mencapai melalui kerjasama yang erat dengan rakan kongsi institusi Cinanya, kumpulan Artron/AMMA (Art Market Monitor of Artron) diasaskan dan dipengerusikan oleh WAN Jie, laporan ke-21nya.
Peningkatan hampir selari sepanjang 12 bulan lalu hingga Jun 2018 dalam tiga penunjuk utama Pasaran Seni Kontemporari (+19% pusing ganti global, +17% lot terjual dan +18% dalam indeks harga segmen) menunjukkan pertumbuhan yang amat pesat dan seimbang dalam jualan Seni Kontemporari seluruh dunia.
Purata pulangan kewangan tahunan, kini berada pada lebih 8.1% bagi karya Kontemporari, kelihatan sememangnya amat menarik dalam konteks kadar negatif atau hampir sifar yang menjejaskan simpanan tunai.
Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2018, instrumen yang sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja yang menyertai pameran musim luruh yang besar, khususnya Frieze dan Fiac, tersedia secara percuma di alamat berikut:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2018
N.B. untuk tujuan laporan kami
Seni Kontemporari = karya seni yang dicipta oleh seniman yang lahir selepas tahun 1945
Seni Halus = catan, arca, lukisan, fotografi, video, cetakan dan pemasangan
Tempoh dianalisis: 1 Julai 2017 - 30 Jun 2018
Sebanyak 66,850 transaksi telah terhasil sepanjang tempoh 12 bulan yang memperlihatkan pasaran dengan kerancakan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Sejak tahun 2000/2001, bilangan transaksi telah berganda sebanyak 5.5 kali ganda. Sepanjang tempoh yang sama, pusing ganti global meningkat sebanyak lebih 1,744% daripada $103 juta kepada $1.9 bilion. Purata harga karya Kontemporari meningkat daripada $8,400 pada awal abad ke-21 kepada $28,000 pada hari ini. Tambahan pula, Pasaran Seni Kontemporari hari ini menawarkan kepelbagaian yang belum pernah terjadi sebelum ini: 20,335 seniman yang dilahirkan selepas tahun 1945 mencatatkan sekurang-kurangnya satu hasil lelongan sepanjang tempoh 12 bulan, hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding pada tahun 2000/2001 (4,100 seniman Kontemporari).
Menurut thierry Ehrmann, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artprice, "Kami telah mengalami tempoh penstrukturan semula yang bertahan kira-kira selama tiga tahun; namun demikian, Pasaran Seni Kontemporari kini kembali dengan kedudukan yang lebih kukuh. Meskipun harga sememangnya meningkat sekali lagi, terdapatnya bekalan yang lebih luas yang membolehkan seleksi karya seni yang lebih baik… dan kadar tidak terjual dengan kestabilan yang sempurna, pada 39%, menjamin pasaran yang seimbang."
United Kingdom ($545 juta) dan tanah besar China ($298 juta) kedua-duanya mencatatkan jumlah pusing ganti yang cemerlang, masing-masing meningkat 55% dan 15%. Sebaliknya, AS mencatatkan penguncupan 13% berbanding tempoh awal tahun yang dirangsang oleh catatan luar biasa sebanyak $110.5 juta untuk Untitled Jean-Michel Basquiat (1984).
London, New York, Beijing dan Hong Kong sahaja menyumbang sebanyak 82% daripada jualan lelongan global Seni Kontemporari, daripada hanya 17% lot global yang terjual.
Pasaran Perancis mencatatkan prestasi luar biasa dengan jualan Seni Kontemporari meningkat 81% semasa tempoh 12 bulan kepada $71 juta. Di bahagian lain di Eropah, Jerman (+40%), Itali (+31%) dan Belgium (+27%) memperkukuh kedudukan masing-masing kepada kedudukan ke-5, ke-7 dan ke-10 dalam Pasaran Seni Kontemporari global. Di tempat lain, beberapa negara turut menyumbang kepada pertumbuhan pasaran di seluruh dunia: Jepun (+22%), Australia (+15%), Korea Selatan (+15%), Afrika Selatan (+25%).
Angka-angka utama:
1. Sinopsis umum. Prestasi pasaran Seni Kontemporari
2. Harga seniman
3. Afrika dan diasporanya
4. Dalam berita
100 Karya kontemporari terbaik dijual di jualan lelong (Julai 2017 - Jun 2018)
500 Seniman kontemporari terbaik mengikut pusing ganti lelongan (Julai 2017 - Jun 2018)
Seni Kontemporari (12% daripada Pasaran Seni global berbanding dengan hanya 2.8% pada tahun 2000) tidak dapat diukur menggunakan kayu ukur sama yang kami gunakan untuk Impresionis atau Seni Moden. Sepanjang tempoh yang sama, pusing ganti lelongannya meningkat +1,744% daripada $103 juta kepada $1.9 bilion. Populariti dan indeks harga bagi seniman Kontemporari adalah amat sensitif kepada pelbagai faktor berbeza, sentiasa tertakluk kepada pengaruh acara dan "berita seni" secara umumnya.
Untuk mengkaji hakikat ini, Artprice, selaku peneraju dunia dalam maklumat pasaran seni, telah membangunkan kaedah analisis baharu dan pelbagai instrumen sokongan keputusan dengan kerjasama ahli ekonometrik, pasukan editorial dan sejarawan seninya. Hasilnya ialah satu kaedah yang menyediakan maklumat optimum terhadap pembangunan harga pasaran.
Menurut thierry Ehrmann, "Mitos mengenai seniman yang malang tidak lagi relevan dalam era moden dan tanggapan dahulu kala bahawa seniman yang bagus hanyalah apabila seniman tersebut sudah tiada telahpun dilupakan sama sekali."
"Laporan Pasaran Seni Kontemporari 2018 ini (yang ke-21 sejak tahun 1997), adalah amat jujur berhubung isu yang menarik ini… peranan seniman dalam era moden. Saya percaya kita boleh bersetuju dengan pemahaman puitis tentang peranan ini yang disuarakan oleh ahli falsafah Giorgio Agamben: bahawa (seniman) Kontemporari ialah seseorang yang merenung zamannya bukan untuk melihat cahaya, sebaliknya melihat kegelapannya… peranan yang dibangkitkan kembali daripada lena yang panjang."
"Dalam dunia yang terpiawaian dan bersifat global, seniman-seniman Kontemporari menyajikan kita dengan lebih penjiwaan yang sentiasa kita perlukan."
Latar Belakang Artprice:
Artprice tersenarai dalam Eurolist oleh Euronext Paris, SRD long only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.
Terokai Artprice melalui video: https://www.artprice.com/video
Artprice ialah peneraju global bagi bank data untuk harga karya seni dan indeks karya seni. Ia mempunyai lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan merangkumi lebih 700,000 seniman. Artprice Images(R) memberi akses tanpa had kepada sumber Pasaran Seni terbesar di dunia: pustaka dengan 126 juta imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga ke hari ini, berserta ulasan daripada sejarawan seni Artprice.
Artprice kekal memperkayakan bank datanya dengan maklumat daripada kira-kira 6,300 pengendali lelong dan ia menyiarkan aliran berterusan bagi trend pasaran seni untuk agensi-agensi berita utama di dunia serta kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Bagi 4,500,000 ahlinya, Artprice memberi akses kepada Pasaran Seragam yang utama di dunia untuk membeli dan menjual karya seni. Artprice sedang mempersiapkan rantaian bloknya untuk Pasaran Seni. Laporan Tahunan Pasaran Seni Global Artprice berlabel BPI (label Perancis kebangsaan saintifik) bagi tahun 2017 diterbitkan pada Mac 2018 yang lalu: https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2017
Laporan Tahunan Pasaran Seni Kontemporari Artprice bagi tahun 2017 - akses percuma di: https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2017
Siaran akhbar Artprice:
http://serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseen.htm
https://twitter.com/artpricedotcom
Berita Artmarket:
https://twitter.com/artpricedotcom & https://twitter.com/artmarketdotcom
https://www.facebook.com/artpricedotcom & https://plus.google.com/+artpricedotcom/posts
http://artmarketinsight.wordpress.com/
Terokai Alkimia dan alam semesta Artprice http://web.artprice.com/video, yang mana ibu pejabatnya merupakan Muzium Seni Kontemporari yang terkenal, Abode of Chaos http://goo.gl/zJssd
Muzium Seni Kontemporari The Abode of Chaos melalui Facebook: https://www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999