SEOUL, Korea Selatan, 4 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea mengumumkan jadual bagi festival-festival Ginseng Korea tempatan yang bakal diadakan di banyak bandar sekitar Korea pada Oktober ini.
Di Korea, sebanyak 16 festival yang meraikan musim menuai Ginseng Korea berlangsung di seluruh negara, termasuk di kawasan Seoul, Gyeonggi, Gangwon, Chungcheong, Jeonbuk dan Gyeongbuk. Acara pertama dalam senarai ialah "Sidang Kemuncak Ginseng Organik Dunia Anseong Pertama" yang bakal bermula pada 3 Oktober ini.
Festival-festival Ginseng tempatan tahunan ini menyediakan peluang yang menarik untuk mencuba resipi dan makanan yang diinspirasikan daripada Ginseng Korea, berserta pelbagai program dan acara kebudayaan.
Program-program tahun ini termasuk penuaian Ginseng Korea, rendaman kaki ginseng, penggulungan akar ginseng dan banyak lagi yang pastinya akan menghiburkan semua peringkat usia dan citarasa.
Semasa tempoh festival tersebut, Ginseng Korea yang dihasilkan di kawasan tempatan akan turut disediakan untuk dijual pada harga yang berpatutan.
Festival-festival ginseng telah menarik perhatian banyak pelancong asing selain penduduk Korea, mempromosikan Ginseng Korea dengan menyediakan peluang-peluang perayaan bagi mendemonstrasikan dan mengalami kecekapan serta kualiti hebat Ginseng Korea.
Pengerusi Persatuan Ginseng Korea Ban-Sang-Bae berkata, "Ginseng Korea sudahpun terkenal di seluruh dunia, dan menambah "Saya berharap orang ramai dari seluruh dunia akan lebih mengenali Ginseng Korea, dahulunya terkenal dengan penggunaan perubatannya, dengan merasa dan mengalami Ginseng Korea di festival-festival ini."
Senarai festival bermula pada Oktober ini di Korea:
Maklumat terperinci dan jadual untuk festival Ginseng Korea, Korea boleh didapati daripada laman sesawang Persatuan Ginseng Korea (http://www.korean-ginseng.org).
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2251642-1