omniture

Jaguar Land Rover Beri Sekilas Pandang Terhadap Masa Depan Berautonomi Kepada Pesaing Invictus Games

Jaguar Land Rover
2018-10-04 19:44 849

WHITLEY, England, 4 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

  • Pejuang tercedera alami kereta pandu sendiri menjelang Invictus Games Sydney 2018  
  • Teknologi kenderaan dibangunkan oleh Jaguar Land Rover bakal jadikan perjalanan lebih mudah untuk jutaan individu seluruh dunia 
  • Invictus Games Keempat untuk kakitangan perkhidmatan bersenjata dan veteran yang luka, cedera mahupun sakit berlangsung di Sydney mulai 20-27 Oktober 

Menjelang Invictus Games Sydney 2018, Rakan Kongsi Utama Jaguar Land Rover mengundang para pejuang yang luka, cedera mahupun sakit untuk mengalami Range Rover Sport pandu sendiri di beberapa jalan raya yang paling rumit di UK.

generated by system

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8417751-jaguar-land-rover-autonomous-future/

Kapten Pasukan UK Mark 'Dot' Perkins dan ahli pasukan Itali Simone Careddu turut serta bersama-sama bekas pesaing Jamie Weller dan JJ Chalmers untuk menaiki SUV berautonomi tahap 4 di jalan raya awam di Milton Keynes.

Kenderaan pandu sendiri itu berjaya menavigasi bulatan, lampu isyarat, kelajuan sehingga 50bpj, persimpangan dan pertukaran lorong. Inovasi ini, dibangunkan sebagai sebahagian daripada Konsortium Autodrive UK, menangani cabaran teknikal yang ditimbulkan oleh persekitaran bandar termasuk pejalan kaki, penunggang basikal, keselamatan dan infrastruktur.

Maklum balas daripada para pesaing akan membantu Jaguar Land Rover memahami bagaimana teknologi berautonomi dapat menambah baik kehidupan berjuta-juta orang yang menjalani kehidupan dengan pergerakan yang terhad. Menghapuskan halangan pergerakan yang wujud pada masa kini membolehkan individu luar biasa mencapai suatu yang juga luar biasa, yang menjelmakan semangat Invictus Games.

Mark 'Dot' Perkins berkata: "Teknologi telah banyak berubah, saya sendiri merasakan seperti ketinggalan zaman. Ketika anak-anak saya membesar, mungkin ia sesuatu yang luar biasa bagi mereka bahawa manusia pernah memandu sendiri kereta mereka."

Jamie Weller, veteran jurutera pesawat Tentera Laut Diraja, yang mengalami kecacatan penglihatan semasa kerjaya beliau dalam bidang ketenteraan, berkata: "Ini satu peluang yang besar untuk mengalami teknologi baharu yang dibangunkan oleh Jaguar Land Rover. Saya teruja untuk membincangkan mengenai kereta yang dapat digunakan oleh individu yang cacat penglihatan. Teknologi mempunyai begitu banyak faedah positif untuk sesiapa sahaja yang mengalami ketidakupayaan."

Jim O'Donoghue, Jurutera Penyelidikan Berautonomi Jaguar Land Rover berkata: "Pandangan daripada para pesaing adalah amat bernilai. Kami telahpun bekerjasama dengan industri, bidang akademik dan kerajaan untuk membawakan kereta pandu sendiri ke jalan raya dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan cita-cita untuk mencapai kemalangan sifar, emisi sifar dan kesesakan sifar demi generasi-generasi masa depan. Untuk menambah cita-cita agar mencapai halangan pergerakan sifar dalam senarai ini adalah satu pencapaian yang cukup besar dan sesuatu yang kami usahakan."

Invictus Games menggunakan kuasa sukan untuk menginspirasikan pemulihan, menyokong rehabilitasi dan membawakan pemahaman dan rasa hormat yang lebih luas kepada tentera lelaki dan wanita yang luka, cedera mahupun sakit.

Emily Hogg
Pegawai Jenama Perhubungan Awam dan Perkongsian Global
T: +44 7384 532605
E: ehogg2@jaguarlandrover.com

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8417751-jaguar-land-rover-autonomous-future/

Source: Jaguar Land Rover
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation New products/services Future Events