omniture

Ashnik bawakan Latihan Docker untuk Perusahaan di Asia Tenggara dan India

Ashnik Pte. Ltd.
2018-10-05 01:44 1591

SINGAPURA, 5 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Ashnik, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian sumber terbuka perusahaan di Asia Tenggara (SEA) dan India, mengumumkan kursus-kursus latihan yang ditauliahkan oleh Docker di rantau ini untuk ahli-ahli profesional IT bermula pada Oktober 2018.

Docker ialah platform kontena perisian yang terkemuka di dunia, yang mana Metlife, GE, Paypal dan banyak lagi melaksanakannya untuk memodenkan IT mereka. Dikenali sebagai teknologi untuk memberikan aplikasi yang lebih pantas, menjadikan infrastruktur awan lebih mudah alih dan meningkatkan ketangkasan; Docker mendayakan aplikasi untuk memastikan awan bersedia dan terjamin pada kos optimum. Rakan kongsi SEA dan India Docker, Ashnik, kini juga merupakan rakan kongsi latihan yang ditauliahkan. Ashnik melancarkan latihan Docker dengan modul-modul yang direka untuk pasukan Pembangun dan Operasi IT. Kursus-kursus tersebut akan distrukturkan untuk organisasi-organisasi dan juga individu-individu, meliputi asas Docker kepada teknik-teknik dan ciri-ciri lanjutan.

"Docker ialah teknologi yang berkembang, di seluruh dunia dan di sini. Untuk melengkapi ahli-ahli profesional industri dengan lebih baik di rantau ini, kami menjalankan kursus-kursus latihan Docker di pelbagai lokasi pada bulan-bulan akan datang," kata Kaustubh Patwardhan, Pengarah -- SEA & Hong Kong di Ashnik.

"Di Docker, keutamaan tertinggi kami adalah menyediakan penyelesaian kontena yang terbaik untuk pelanggan di samping turut memastikan untuk memperkasa pelanggan bagi mengendalikannya," kata Erik Baardse, Pengarah -- Saluran dan Perikatan, APAC untuk Docker. "Latihan kami distrukturkan bagi membantu peserta-peserta mengaplikasikan model penyepaduan yang berterusan, menggunakan aplikasi berbilang mod dan berkembang luas. Rakan kongsi latihan kami yang diperakui, Ashnik, akan bekerjasama erat dengan Docker untuk menyediakan kandungan dan kemahiran yang paling terkini untuk semua hadirin."

Semua modul latihan untuk Asia Tenggara disenaraikan di sini. Sebarang pertanyaan untuk kami di success@ashnik.com untuk menempah tempat.

Docker

Docker menerajui pasaran pengkontenaan dengan platform kontena gred-perusahaannya dan perkhidmatan untuk membangunkan, mengurus dan menjamin aplikasi tanpa perlu bimbang terhadap sekatan-keluar teknologi atau infrastruktur. Organisasi-organisasi melaporkan penambahbaikan sebanyak 300% dari segi masa untuk dipasarkan dan pengurangan kos operasi sebanyak 50%. Lebih 550 pelanggan komersial Global 10K seperti ADP, GE, MetLife, PayPal dan sebagainya menggunakan Docker.

Ashnik

Ashnik ialah penyedia penyelesaian sumber terbuka yang terkemuka di seluruh Asia Tenggara, AS dan India. Menyerahkan penyelesaian dan perkhidmatan untuk memaksimumkan sumber terbuka dan teknologi awan, setakat ini, Ashnik bekerjasama dengan lebih 180 pelanggan perusahaan yang besar. Set kemahiran melibatkan penyelesaian dan seni bina Ashnik memainkan peranan besar dalam mendayakan perusahaan untuk berubah secara digital.

Perhubungan Media:

Deepti Dilip J. | marketing@ashnik.com | +65-6438-3504
Pengarah - Pemasaran dan Komunikasi | Ashnik

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2254784-1LOGO

Source: Ashnik Pte. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications