omniture

Festival Peminat Moutai Global 2018 Diadakan dengan Sambutan Meriah di Chishui, China pada 30 September

Kweichow Moutai Group
2018-10-05 02:00 2044

Hidangkan Minuman Beralkohol Terbaik buat Dunia

CHISHUI, China, 5 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Festival Peminat Moutai Global 2018 diadakan dengan jayanya di Chishui, China pada 30 September 2018. Terletak di bandar raya peringkat daerah di Guizhou, acara berkenaan diterima baik oleh para peminat, menghimpunkan lebih 2,000 tetamu dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat dari seluruh dunia. Bilangan tetamu yang menghadiri festival tahun ini meningkat sekali ganda berbanding bilangan yang hadir untuk edisi pertama acara berkenaan. Selain mereka yang hadir sendiri, ramai individu lain dari setiap pelosok dunia yang tidak dapat menyertai acara tersebut menyampaikan mesej "Kami merupakan Peminat Moutai". Di samping itu, pingat-pingat kesetiaan Moutai dianugerahkan dalam acara tahun ini buat julung kalinya, seraya terus menyatukan dan memotivasikan peminat-peminat Moutai.

Majlis perasmian Festival Peminat Moutai Global kali kedua
Majlis perasmian Festival Peminat Moutai Global kali kedua

Moutai - lambang kebudayaan dan tradisi

Moutai, minuman beralkohol Cina dengan sejarah yang terlakar sejak berabad-abad lamanya, bukan sekadar minuman beralkohol, tetapi juga lambang kebudayaan dan tradisi yang menggambarkan produknya sendiri melalui aroma dan citarasa berbanding kata-kata. Para penggemar minuman tersebut, yang kini mendapat peluang untuk mengenali satu sama lain secara peribadi melalui hubungan mereka dengan minuman tersebut, setiap seorang mempunyai interpretasi tersendiri mengenai apa yang dibawakan oleh Moutai buat mereka.

Ini tidak dapat dijelaskan oleh teori tradisional segmentasi pasaran seperti yang diterangkan oleh setiausaha jawatankuasa parti, pengerusi dan pengurus besar Kweichow Moutai Group, Li Baofang, "Syarikat tersebut tidak pernah mencuba untuk menafsirkan pengguna Moutai."

Melalui banyaknya jerayawara mengelilingi seluruh dunia yang diadakan oleh Moutai dalam beberapa tahun ini, delegasi pengembaraan itu sentiasa menerima sambutan penuh mesra daripada para peminat Moutai di setiap hentian sepanjang jalan, sama ada dari penduduk setempat di bandar Zhenxiong di muara Chishui, di Dunhuang, tempat tumpuan seni mural agama Buddha di bahagian lain China, mahupun di luar negara, iaitu di Cape of Good Hope di Afrika atau Sydney Cove di Australia. 

Peminat-peminat Moutai bergembira dengan penuh keseronokan
Peminat-peminat Moutai bergembira dengan penuh keseronokan

Peminat-peminat dari seluruh dunia berhimpun sebagai satu keluarga Moutai

Produk-produk pengguna yang berkualiti tinggi dihasilkan dengan kemahiran seringkali cemerlang dari segi tarikannya. Diadakan setiap tahun pada hari terakhir dalam bulan September, Festival Peminat Moutai Global menghimpunkan peminat-peminat Moutai dunia di Chishui, seraya memberi peluang unik bagi meraikan jenama tersebut bersama-sama.

Jam masih belum menunjukkan jam 8 pagi pada 30 September apabila 1915 Square telahpun dipenuhi dengan para peminat minuman yang popular itu. Penduduk bandar Moutai itu mengalu-alukan para tetamu yang bersiar-siar di sekian banyak jalanan dan laluannya serta menginap di lokasi tersebut, yang seringkali menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang mereka lihat. Ramai yang berkunjung dari empat pelosok dunia dan ada juga dari negara-negara yang jauh. Ada antaranya yang dahulunya mempunyai sedikit hubungan dengan budaya Cina, namun demikian sanggup menjalani perjalanan yang jauh hanya disebabkan oleh minat dan penghargaan terhadap minuman Cina yang istimewa itu. Penduduk tempatan terkejut kerana mereka tidak pernah melihat begitu ramai orang berkunjung dari pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza di bandar kecil mereka secara serentak.

Pertunjukan festival menampilkan pelbagai acara yang bukan sekadar menghimpunkan penghibur Cina tetapi juga persembahan dari seluruh dunia, menonjolkan imej antarabangsa Moutai
Pertunjukan festival menampilkan pelbagai acara yang bukan sekadar menghimpunkan penghibur Cina tetapi juga persembahan dari seluruh dunia, menonjolkan imej antarabangsa Moutai

Tepat pada jam 9 pagi, majlis perasmian pun bermula. "Para peminat Moutai yang gemarkan, menghargai dan berkongsi minat mereka terhadap Moutai menjadi bahagian penting dalam keluarga Moutai," kata pengerusi Li dalam ucapan alu-aluan beliau, menyambut tetamu dengan penuh mesra apabila beliau berkata "selamat pulang" dan "terima kasih peminat-peminat Moutai".

"Menghormati dan berterima kasih kepada para peminat Moutai juga menjadi bahagian penting dalam budaya Moutai memandangkan mereka memberi sumbangan penting terhadap pembangunan mampan jenama kami," kata Li. Setiap tetamu dapat merasakan ketulusan kata-kata En. Li dan ia tidak diucapkan hanya semata-mata untuk berbudi bahasa, memandangkan mereka bukan sahaja penglipur lara terbaik Moutai, tetapi juga komunikator budaya terbaik Moutai.

Pada jam 9:50 pagi, tetamu-tetamu kehormat berhimpun dan sebagai satu kumpulan, bersama-sama menuangkan Moutai ke dalam botol yang disediakan khas, menyalakan bunga api yang menerangi kaki langit pagi itu. "Saya tidak pernah berasa sangat gembira seperti hari ini ketika perayaan bermula, yang menyediakan platform yang dibangunkan atas dasar rasa suka dan akses sama rata untuk semua peminat Moutai, tanpa mengira usia atau kedudukan sosial mereka," ujar En. Li yang memakai baju-T merah yang dibuat khusus untuk para peminat Moutai.

Menikmati rasa Moutai sambil menyumbang kembali kepada masyarakat

Festival Peminat Moutai adalah unik antara acara-acara yang serupa seumpamanya.

Festival melibatkan pelbagai acara yang menghiburkan untuk peminat-peminat Moutai, memuncak dengan acara amal yang mana pingat-pingat kesetiaan dianugerahkan dan malam gala Moutai yang bermula hanya selepas jam 4 petang. Pingat-pingat kesetiaan Moutai yang menggamit perhatian, lambang hubungan mendalam antara peminat Moutai dan Moutai serta bukti usaha kolektif mereka, dikurniakan secara peribadi oleh eksekutif-eksekutif kanan Kweichow Moutai Group. Lelongan untuk kerja-kerja amal menawarkan pelbagai barangan untuk dijual dengan hasil kutipan akan digunakan dalam program-program kepentingan awam yang diwujudkan bagi melindungi persekitaran ekologi di sepanjang Sungai Chishui.

Festival ini bukan sahaja satu acara tahunan yang tidak dapat dilupakan untuk peminat-peminat Moutai, tetapi juga sebagai platform yang melaluinya, Kweichow Moutai Group menjalankan tanggungjawabnya dan berhubung dengan begitu ramai peminat Moutai.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh En. Li dalam ucapan beliau pada acara tersebut, festival menjadi platform penting yang digunakan oleh para peminat Moutai untuk berhubung dan kemudiannya berhubung kembali tatkala mereka mengukuhkan jalinan persahabatan mereka. Acara berkenaan turut menjadi lambang unik terhadap budaya Moutai, dengan misi awalnya untuk menghimpunkan peminat Moutai di lokasi asal Moutai, memberi mereka peluang yang tiada tandingan untuk merasai dan berbual sesama mereka tentang minuman kegemaran mereka. Matlamat akhir adalah untuk terus mempromosikan perkembangan selanjutnya falsafah Moutai iaitu, "Aroma, Integriti dan Harmoni" serta agar sentiasa menambah elemen daya hidup dalam budaya Moutai.

Beberapa tetamu kehormat menghadiri majlis perasmian tersebut, termasuk datuk bandar Renhuai dan timbalan setiausaha jawatankuasa parti perbandaran Wang Nengke, naib datuk bandar eksekutif Renhuai, Ran Yongjun, setiausaha jawatankuasa parti bandar Moutai, Wang Tingyong serta beberapa ahli daripada bahagian pengurusan tertinggi Moutai Group termasuk setiausaha jawatankuasa parti, pengerusi dan pengurus besar, Li Baofang, timbalan setiausaha jawatankuasa parti Wang Yan, ahli jawatankuasa parti dan timbalan pengurus besar Zhang Deqin, ahli jawatankuasa parti, timbalan pengurus besar dan ketua akauntan Yang Jianjun, ahli jawatankuasa parti dan setiausaha suruhanjaya pemeriksaan disiplin Zuoma Cairang, ahli jawatankuasa parti dan kaunselor umum Liu Hanlin serta timbalan pengurus besar Kweichow Moutai Company Limited, Wan Bo, Wang Chonglin dan juga Zhong Zhengqiang. 

"Festival tersebut bukan sahaja satu acara yang membolehkan para peserta menikmati Moutai premium, tetapi juga sebagai perhimpunan besar-besaran yang mana para peminat Moutai dapat meneruskan persahabatan yang terjalin dengan peminat-peminat lain," kata Wang Nengke, datuk bandar Renhuai ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. "Peminat-peminat Moutai dari seluruh dunia berhimpun di bandar Moutai lantaran minat dan rasa syukur mereka terhadap Moutai. Perhimpunan Moutai Kweichow menyediakan peminat-peminat Moutai dengan platform yang membolehkan mereka berkongsi kejayaan mereka dan persekitaran yang mana mereka dapat menghayati sedalam-dalamnya budaya dan minuman beralkohol Moutai." Bagi pihak 700,000 penduduk bandar Moutai, En. Wang mengundang peminat-peminat Moutai seluruh dunia untuk berkunjung ke tempat asal jenama tersebut bukan hanya sekali, tetapi sekerap yang mereka inginkan dan untuk melawat bandar Renhuai yang berdekatan selain mengambil bahagian dalam acara yang disediakan.

Latar Belakang Festival Peminat Moutai Global

Pada Oktober 2013, Kweichow Moutai Group melancarkan satu usaha perekrutan peminat melalui akaun Weibo rasminya, diikuti dengan beberapa acara peminat yang diadakan di Beijing dan Shanghai pada bulan berikutnya. Usaha dan pertumbuhan selanjutnya bagi kumpulan peminat berdaftar telah memuncak dalam Festival Peminat Moutai Global 2017, perhimpunan global pertama untuk peminat minuman susulan penganjuran acara-acara oleh Kweichow Moutai Group di beberapa bandar Cina, antaranya Chengdu, Hong Kong, Guangzhou dan Shanghai, diikuti dengan acara-acara yang sama di luar negara iaitu di Jepun, AS dan juga Rusia selain negara-negara lain. Pada tahun 2018, lebih 2,000 peminat Moutai dari seluruh dunia berhimpun di bandar Moutai untuk menikmati Moutai dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara sepanjang festival tersebut berlangsung.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181001/2253078-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181001/2253078-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181001/2253078-1-c

 

Source: Kweichow Moutai Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Travel Trade show news