omniture

Thailand Bersedia Sedia Untuk Memikul Jawatan Sebagai Pengerusi ASEAN

Ministry of Foreign Affairs, Thailand
2018-10-05 19:34 2125

BANGKOK, 5 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Ketika ia sedang bersiap sedia untuk memegang jawatan sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2019, Thailand telah mewujudkan inisiatif untuk meningkatkan kerjasama antara rakyat di kalangan sepuluh negara anggota untuk melaksanakan Komuniti ASEAN Wawasan 2025.

Thailand's Ministry of Foreign Affairs recently hosted bloggers from ASEAN and the Plus Three countries, namely China, Japan and Korea, as part of its policy to increase people-to-people cooperation in the region
Thailand's Ministry of Foreign Affairs recently hosted bloggers from ASEAN and the Plus Three countries, namely China, Japan and Korea, as part of its policy to increase people-to-people cooperation in the region

"Thailand menyasarkan untuk memajukan Komuniti ASEAN yang mesra rakyat dengan kesemua 10 anggota nya yang bergerak maju bersama-sama dan tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang," kata Busadee Santipitaks, Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. "ASEAN perlu berdaya tahan, dinamik, inklusif dan berpandangan ke hadapan. Berdasarkan matlamat ini, kami akan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik utama: meningkatkan perhubungan, mempromosikan kemapanan dan menjadi negara yang berorientasikan masa depan. "

Menyedari betapa pentingnya peranan media baharu dalam memperkukuhkan hubungan antara rakyat, khususnya melalui generasi muda, Kementerian Hal Ehwal Luar, Thailand telah menjemput 27 penulis blog dan wartawan media baharu dari negara anggota ASEAN dan negara-negara Campur Tiga (Plus Three Countries) iaitu China, Jepun dan Korea, untuk menyertai program ini.

Para peserta saling bertukar-tukar pandangan tentang warisan sejarah rantau ini, persamaan budaya dan makanan dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerjasama serantau dan peranan membina media sosial dalam membantu menjalin hubungan yang lebih baik antara rakyat di negara anggota ASEAN.

Para blogger telah melawat ibu kota purba Ayutthaya, mendalami sejarah hubungan luarnya, menikmati makanan tradisional Thailand dan persembahan budaya dan melawat beberapa program inisiatif seperti Pusat Kebudayaan ASEAN dan Organisasi Pemasaran untuk Pasar Petani (atau Pasar Tor Kor) di Bangkok.

Para peserta juga berkongsi pandangan mengenai landskap komunikasi yang telah berubah melalui teknologi disruptif dan menangani beberapa cabaran umum yang merangkumi jurang teknologi yang mungkin menyebabkan berlakunya akses yang tidak sekata kepada maklumat.    

Para blogger dan vlogger dari negara ASEAN Campur Tiga (Plus Three Countries) telah melawat Rayong, salah satu daripada tiga wilayah Thailand yang dikhususkan untuk pembangunan Koridor Ekonomi Timur yang bakal menjadi kawasan ekonomi serantau yang terkemuka. Di sana, mereka melawat Akademi Sains Kamnoetvidya, sebuah sekolah tinggi yang ditubuhkan pada tahun 2013 untuk melatih pelajar Thai dalam bidang sains dan teknologi. Mereka juga melawat sekolah luar bandar di bawah Rangkaian Perpustakaan ASEAN, sebuah projek yang diasaskan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar yang bertujuan untuk memupuk lebih banyak maklumat dan perkongsian pengetahuan mengenai ASEAN dan untuk mempromosikan pemahaman yang lebih baik tentang rantau ini. Para peserta dan pelajar tempatan di kedua-dua sekolah berinteraksi dengan mesra dan mengalami sendiri bagaimana idea ASEAN dalam mempromosikan perhubungan 'perisian' dapat menyumbang kepada kesedaran yang lebih baik mengenai integrasi ASEAN.

#THisASEAN

Laman Sesawang: www.mfa.go.th

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
Tel: +662-203-5000 samb. 22050

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180929/2252123-1 

Source: Ministry of Foreign Affairs, Thailand
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Native American